Monday, December 29, 2008

Catatan 4 : Konvoi KL-FTA/Hadiah Daripada Hati





Macam tajuk album Sitilah pulaklah entry kali ini... Tapi sesungguhnya ia memang Hadiah Daripada Hati kami untuk Mawi & Ekin. Hadiahnya adalah potret Mawi & Ekin menggunakan medium pastel yang dilukiskan oleh seorang pelukis di Central Market - Saudara Aris yang diusahakan oleh Che Bedah, Cikgu Jah dan Kayriel. Harganya... masih dalam kemapuan jika berkongsi kos... Ahaks. Dalam saat-saat terakhir setelah dua tiga kali kami berbincang akhirnya sempat siap juga sebelum hari keramat tersebut - 28/12/2008. Kesian Si Kayriel yang terpaksa mengangkut potret ini menggunakan pengangkutan awam sebelum dapat di muatkan di dalam Kenari beliau. Potret bertukar kereta setibanya di R&R Seremban di mana 'Transporter 2' nya ialah Matrix !!! Setelah tibanya di FTA maka ramailah yang mengambil peluang untuk bergambar kenang-kenangan.


Kad Ucapan separa siap telah ditempah oleh Che Bedah. Tugasan untuk menyiapkan kad tersebut dengan menggunakan senireka 'kolaj' telah diamanahkan kepada saya dan Arnie yang memang suka kerja tampal-menampal ini. Kerja-kerja seni ini pada mulanya ingin menggunakan majalah terbaru Perkahwinan Mawi... tetapi sayanglah untuk menggunting meskipun majalah tersebut harganya cuma RM5.90 sahaja senaskhah. Lantaran itu saya dan Arnie menggunakan gambar-gambar yang kami gunting daripada keratan surat khabar sahaja. Cantik juga hasilnya... Lebih kurang satu jam jugalah kami melakukan kerja-kerja kreatif ini. Nasib baik ada makanan dan minuman dan ditemani oleh rakan-rakan lain. Setelah kad siap, barulah kami membenarkan semua rakan-rakan yang bakal hadir keesokan harinya untuk menandatangan. Maka bermaca-macamlah kata-kata hikmat dan pantun yang keluar...

Akhir Cerita : Saya cuma sempat meyampaikan sendiri ke tangan Mawi hanya kad sahaja. Itupun ketika majlis telahpun tamat. Sebelum Mawi & Ekin berangkat pulang (ke hotel saya kira). Itupun nasib baik sempat menyelit antara puluhan jurugambar ketika Mawi dan Ekin telah memasuki kereta. Nasib baik Mawi membuka cermin kereta sisi. Dapat juga saya menghulur kad dan bersalaman. Memang Potret tidak mampu kami/saya sampaikan kepada Mawi dan Ekin lagi. Mengapa dan kenapa... Biarlah Rahsia (Alamak... lagu Siti lagi). Tapi mungkin juga kami menunggu saat yang lebih sesuai.. di PGH mungkin?

No comments: