Tuesday, December 30, 2008

Catatan 5 : Konvoi Kl-FTA/Gempak Rewang Mawi - Ekin








Kami berjalan kaki ke 'tapak pesta' kira-kira jam 9.15 malam. Saya kata pesta kerana bukan sahaja Konsert Gempak Rewang Mawi - Ekin yang sahaja ada di Padang Awam FTA tetapi juga lambakan makanan yang disediakan percuma untuk para pengunjung. Murah rezeki. Ini termasuklah sate dan cendol. Alhamdulillah meskipun saya dan rakan-rakan tidak berjaya untuk menjamah kerana punyalah ramai orang bagaikan lautan manusia lagaknya. Tapi tidak mengapa. Seperti yang dijanjikan, ramai juga antara kami yang memakai baju oren tetapi di sebabkan kami berpecah maka tidaklah begitu jelas kelihatan di kaca tv - alamak terlebeh sudah.


Antara mereka yang menghiburkan pengunjung pada malam tersebut termasuklah Toi, Ziela, Farah, Faizal, Zahid, Nita (kekasih Zahid from OIAM) dan Kumpulan tidak ternama 3G. Program pula di acarakan oleh peserta Raja Lawak iaitu Along Charm, Angah & Abang Mie. Lebih dari separuh masa kami di belakang pentas, seperti mendengar radio lagaknya. Di belakang pentas dapatlah juga kami bersembang dengan Juan Danza, Sultan Muzafar, Freddie Maestro, Man PA dll. Kawalan ketat seperti biasa menyukarkan untuk kami berbual dengan Mawi; hahaha. Tunggu punya tunggu Mawi cuma muncul di atas pentas kira-kira jam 11.40 malam. (Program sepatutnya tamat jam 11.00 malam). Mawi menyampaikan lagu Habibi yang di petik dari album beliau yang akan di lancarkan tidak lama lagi iaitu Qasidah 2.


Kami pulang ketika Mawi dan semua rakan artis menyampaikan lagu Angah dan Sedar. Alamak... Kikin memang bukan seorang penyanyi lah.... jangan mare yer. Usai konsert dengar cerita ada persembahan Kuda Kepang di tempat yang sama. Malangnya kami tidak dapat turut serta... mengantuk beb. Di sebabkan lapar saya kami singgah untuk membeli burger dan teh tarik sebagai belakan supper. Meskipun begitu, sebenarnya saya cuma dapat melelapkan mata kira-kira jam 3 pagi kerana ada mensyuarat tergempar yang perlu di hadiri... nantikan hasilnya !!!

No comments: