Tuesday, July 22, 2008

Pattaya Oh Pattaya... Akhirnya Sampai Juga


Cerita berkenaan Pattaya memang melucukan. Ia berlaku pada 14 Julai 2008. Bayangkan kami terpaksa merempuh perjalanan selama 4 jam sebelum tiba di Pattaya dari Bangkok kerana kesilapan mengambil bas. Bas lompat yang akan berhentian pada setiap kali orang menahan, tentulah mengambil masa yang lama untuk sampai. Jika naik bas ekspress, cuma 2 jam sahaja perjalanan. Tujuan utama kami ke Pattaya bukanlah untuk menikmati pantainya ataupun aktiviti snorkling ataupun paragliding. Tetapi HRC... ya!!! Hard Rock Cafe Pattaya; untuk menambahkan koleksi t-shirt. Alif pula kirim short glass. Cikgu Jah sempat lagi sms kirim 3 helai t-shirt. Wow... berbaloi... memang berbaloi. Hasilnya seorang dapat sehelai HRC t-shirt untuk di pakai pulang ke tanah air.

Alhamdulillah, sempat juga kami solat jamak di sebuah masjid di Pattaya yang berdekatan dengan stesen minyak PETRONAS Pattaya Klang. Di situ juga ada gerai makan muslim thai. Apa lagi... Tomyam lah !!!

No comments: