Wednesday, July 9, 2008

Sonata Untuk Nazrin & Marina...


"Labu Sayong bawa ke kota,
Bayu tengah bertiup lembut;
Ibu beruntung, ayahpun suka,
Putra dinikah, menantu disambut.

Dinihari menanam jagung,
Mangkuk jorong, berisi labu;
Malam ini kita berkampung,
Dalam berkampung memohon restu.

Persis memandang, luasnya laut,
Tepian kali, tumbuh keladi;
Hati terkenang mulut menyebut,
Nyatanya budi lekat di hati."


Nota Jase :

Dua minggu lagu saya telah diminta untuk menyediakan ucapan daripada seorang bapa yang perlu berucap untuk majlis perkahwinan anak beliau. Permintaan ini datangnya dari rakan sekerja saya. Setelah permintaan itu terperap lama, semalam baru saya sempat mengarang ucapan yang diminta; yang merangkumi antara lain ucapan untuk anak menantu, pesanan, harapan dan juga ucapan terima kasih untuk saudara mara yang membantu menjayakan majlis tersebut. Majlis gilang-gemilang itu bakal berlangsung Ahad ini (13 Julai 2008) yang mana saya sudah tentu tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai komitmen lain. Biar pena saya sahaja yang menjadi wakil. Alhamdulillah teks tersebut yang siap lewat semalam dan sudahpun di-emelkan selepas itu. Pagi tadi (ketika saya bermesyuarat di melaka) saya mendapat jawaban ucapan terima kasih daripada rakan sekerja tersebut. Cukuplah tuu... Saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi pantun yang sempat siapkan untuk beliau. Teks ucapan tersebut biarlah menjadi simpanan saya...

No comments: