Awal minggu ini ketika sedang selak menyelak Akhbar The Sun sbelum memulakan kerja jam 8 pagi di kantor.. mata saya tiba-tiba tertarik akan iklan berkenaan Healthy Eating with Daniel Green. Apa yang pasti saya tak suka memasak, tapi saya sukan makan. Saya tak kenal siapa si Daniel Green ini, yang pasti dia mesti chef selebriti jika tidak tak kan Times akan menjemput beliau untuk mengadakan demo di Times Book Store di Kl Pavillion. Saya pun gatal tangan menghantar e-mel untuk mendapatkan dua tiket. Seperti yang diduga, masib saya baik lantaran dihadiahkan 2 tiket percuma !!!
Daniel Green menurut ceritanya mengalami masalah berat badan ketika remaja. Lantaran itu beliaupun belajar untuk memasak makanan-makanan yang sesuai untuk beliau menguruskan badan. Menurut beliau lagi, dia mengambil masa 3 tahun untuk mendapatkan berat badan seperti sekarang. Beliau turun sehingga 28 kilogram dan 'maintain' untuk tahun keempat belas sekarang. Mengikut teori Daniel kta perlu makan makana yang kita suka tetapi mengikut kadar rendah lemak secara alternatif. Contohnya, jika kita suka pisang goreng, apa kata kita ubah kepada pisang rebus yang direbus bersama bijan. Sedap juga saya rasa tadi.
Dalam buku di atas, kita akan dapat cara-cara memasak salad sotong Thai, Phad Thai rendak lemak, Malaysian Risotto, tom yam dan juga smootie buah. Kalau nak tahu detail.. kenalah beli kan. harganya cuma RM34.90 sahaja.
Daniel sedang berbincang dengan salah seorang penerbit sebelum memulakan rakaman... eh, kakalu rajin tengoklah kat NTV7. Manalah tahu kot-kot muka saya masuk tv lagi. Macam serious gilalah pulak si Daniel nii.
Inilah sayang saya kata pisang rebus tadi. Mula-mual dia potong pisang nipis-nipis. kemudian dia masukkan air ke dalam pan, kemudian masukkan pisang, biji bijan, akhir sekali sedikit gula. Menu nini boleh dijadikan starter ataupun dessert juga.
Dalam masa yang hampir 1 jam tersebut, Daniel sempat berkongsi dengan kami 4 menu. Dalam gambar ini ada tiga sahaja. Ada pisang, ada salad, yang lagi satu tuu saya lupalah pulak... tapi ikan rasanya. Saya sempatlah juga merasa makanan-makanan ini. Ye lah... orang lain dok kejar Daniel. Boleh tahan jugak kelakar dan petah juga Daniel semasa mengendalikan program tadi sebenarnya...
Dalam masa yang hampir 1 jam tersebut, Daniel sempat berkongsi dengan kami 4 menu. Dalam gambar ini ada tiga sahaja. Ada pisang, ada salad, yang lagi satu tuu saya lupalah pulak... tapi ikan rasanya. Saya sempatlah juga merasa makanan-makanan ini. Ye lah... orang lain dok kejar Daniel. Boleh tahan jugak kelakar dan petah juga Daniel semasa mengendalikan program tadi sebenarnya...
Secara dasarnya saya juga perlu mengawal permakanan saya. Tiga bulan lalu, ada juga kontrol seperti cuma makan nasi lemak sekali seminggu, roti canai juga sekali seminggu, semua minuman tanpa susu... dan... dan... panjang berjelalah senarai. Sekarang ni macam nak mula balik habit lama. Ada cadangan?
No comments:
Post a Comment