Perjalanan dengan teksi dari Bangkok ke Kanchanaburi mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Nasib baik kami mendapat tawaran yang menarik; Bangkok > Kanchanaburi > Suvarnabhumi cuma BHT 3000. Keseluruhan perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam 30 minit. Boleh tahan kan? Nasib baik kereta best, jadi boleh relexlah dalam teksi. Kami berhenti di War Cemetery, River Kwai Bridge dan War Museum (Thailand-Myanmar Railway Centre).
Apa yang menarik di sini? Kami sempat makan baked sweet potato dan t-shirt dan fridge magnet di sini murah. T-shirt putih cuma RM7.00 sehelai. Fridge Magnet pula, RM10.00 boleh dapat 3 keping. Lama jugalah kami menghabiskan masa di War Museum dan berjalan-jalan di sekitar River Kwai sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Bangkok. Meskipun begitu; sempat lagi singgah di sebuah masjid dan factory market sebelum tiba di Suvarnabhumi jam 6.00 petang. Pesawat pulang ke LCCT - KLIA jam 8.20 malam waktu tempatan.
Cuma agak ralat sedikit kerana tidak dapat menaiki Death Railway Train. Katanya begitu menakjubkan sekali.....
No comments:
Post a Comment