'Rewang' saya dan Lisa di KL Pavillion semalam tidak tamat di Times Book Store sahaja. Tiba-tiba saya dikejutkan oleh Lisa. Katanya dia nak belanja saya, tapi tak nak bagi tahu nak nelanja apa. Saya buat relex jer.. tak nak ler tunjuk excited sangat, hehe. Tup..tup... sampailah ke pintu masuk Fish Spa Theraphy. Apa sebenarnya terapi ikan ni. Kalau tak cuba, kita tak tahu kan? Dengan hanya RM38 selama 30 minit, kita ijinkan Dr Garra Rufa dari Turki membantu kita...
Sebelum kita nak boleh lepak macam semua pengunjung ini, kita perlu ikut langkah2 ini. Pertama bayar RM38 untuk 30 minit. Selepas membayar, kita akan di arahkan untuk membuka kasut dan mencuci kaki. Ye lah... kenalah bersih barulah ikan-ikan tu nak makan, kalau busuk nanati semua ikan lari... dan langkah ketiga.. masukkan kaki ke dalam air dan relex !!! Biarkan Dr Garra Rufa menjalankan tugasnya...
Kalau dan tersenyum-senyum tuu... mesti BEST kan !!! Sebenarnya; apa ang berlaku? Cam ni... apabila kita rendamkan kaki... ikan-ikan garra rufa akan datang dan menggigit kaki kita. Ikan ini sebenarnya akan kulit kaki kita yang kasar, keras, mati dan 'diseased'. Menurut kepercayaan, ikan ini juga dapat menghilangkan penyakit kulit seperti psoriasis dan eczema. Doktor-doktor kecil akan menggigit kulit-kulit kaki kita; dalam mas ayang sama kita kan terasa relex. Tapi sebelum kita boleh relex... kita kena belajar untuk menahan geli dahulu. betul... gelinya tuhan saja yang tahu. Sampaikan mak arab kat sebelah kami tuu... bayar jer tapi tak berterapi... geli punya pasallah tuu.
Ini antara gambar yang sempat saya tangkap ler. Dari dekat; supaya jelas... beginilah banyak nyer ikan-ikan yang akan menggigit kaki kita. Bila saja kita masukkan kakai ke dalam air... terus diserbu mereka. Macam ikan piranha mencari mangsa pula. Diberitakan Dr Garra Ruffa ini mula dijumpai di Kangal, Turki (juga terdapat di Syria & Jordan). Di kolam air panas. patutlah air di sini tak berapa sejuk.
Apabila selesai 30 minit, kita perlu lap kaki. Kemudian sekali lagi kaki perlu di cuci dengan sabun dan di berus. Jika tidak kita mungkin akan tersa gatal dek akibat lendir-lendir dari mulut ikan tersebut. Haa... lagi satu Dr Garra Rufa ni tak ada gigi tau, jadi jangan takut. Selepas semuanya selesai... yang pasti saya merasakan kaki saya lebih lembut dan lebih putih, Lisa pun berkongsi pendapat yang sama. Tak percaya? Cubalah...
Untuk maklumat lanjut, hubungi saja alamat di atas.
No comments:
Post a Comment