Tuesday, July 29, 2008

e-mel Dari Seorang Sahabat



Senyumlah Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Senyumanmu Di Pagi Ini
Sungguh Bererti
Kerna Cinta Bersemi Lagi
Setelah Kemarau Panjang
Di Lebuh Raya Di Papan Tanda
Tergambar Wajahmu
Dengan Kalimah Cinta Untuk Kita
Semoga Kekal Selamanya
** Bilaku Bisikan Puisi Cinta
Dan Tugu Peringatan Negara
Bagai Tersenyum Dalam Diam Bergembira
Memberi Sokongan Cinta
Agar Bersinar Sentiasa
Berganding Tangan Kita Berdua
Menyusuri Jalan Di Tengah Kota
Sambil Senandungkan Lagu
Lagu Kisah Cinta Lama
(Ulang Rangkap **)
Terima Kasih Ku Ucapkan
Oh... Kepadamu
Kuala Lumpur Kerana Kau Temukan
Cinta Antara Kami Berdua
(M. Nasir/S. Amin Shahab/Alleycats)
Nota Jase :
Pagi tadi saya menrima satu e-mel dari seorang sahabat yang kini sedang bertungkus lumus membanting tulang empat kerat di Dubai. Rasanya tentu kerinduan untuk pulang ke tanah air amat membara sekali sebab itu e-melnya kali ini mengandungi gambar-gambar klasik Kuala Lumpur (yang saya kongsi bersama di atas) dan lirik lagu Senyumlah Kuala Lumpur (Alleycats). Ucapan saya... "Sabar bang.... Raya nanti pasti dapat ketemu anak dan isteri, belajarlah berpuasa di perantauan. Bukan semua orang dapat peluang untuk mengharungi cabaran ini, mereka yang terpilih sahaja yang dapat."

Saturday, July 26, 2008

Perjumpaan Ketiga Pasca Korea


Maka hari yang dinanti-natikan pun tiba, Akhirnya Melting Pot @ Concorde Kuala Lumpur menjadi pilihan. Yup, sebelah Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (hmm.. jarang beno nampak Malaysian pakai t-shirt HRC KL ye, I wonder why... hahaha). Perjumpaan kali ini macam ada 2 sesi, sesi pertama yang melibatkan kaum Hawa bermula sejak jam 9.00 pagi lagi dimana ada rombongan Cik Kiah... bukan, bukan Rombongan Cikgu Jah ke GM. yang melibatkan seramai 7 orang. Tidak bayak yang saya tahu pasal GM memandangkan saya obviously tak turut serta, yang pastinya cuma 2 kedai sempat di lawati dan melibatkan perbelanjaan berjuta Rupiah, hahaha.

Sementara perjumpaan sebenar cuma bermula sekitar 12.30 yang melibatkan lebih ramai ahli Kumpulan Yellow Korea. Kali ini tedntunya lebih merih kerana Gadis2 CSI juga turut serta. Riuh kembali dan bukan sekadar riuh dalam e-mel sahaja.

Makanan di Melting Pot memang banyak pilihan dan enak. Kalau tak, tak mungkin semua makan dengan 'lahap' sekali? Atau... ada yang dah kosongkan perut semalaman? (Sila rujuk e-mel berantai Abanag Everland). Ada juga yang sakan bershopping sampai lupa makan ni...

Kami makan, sembang, makan, sembang, ambil gambar, jual accessories, makan ambil gambar... dan... dan... tup, tup Abang Burn sefamili ajak makan raja buah (durian laaa) kat Tanjung Malim. Hmmm... BEST tuh.

Okay, saya konpomkan jemputan ini untuk Ahli Yellow Mellow sahaja. Ahad, 3hb Ogos 2008, Rendezvous @ Pertemuan di Restoran Jejantas Sungai Buluh Arah Utara, Jam 2.30 petang. Jumpa lagi minggu depan yee... Kali ni kita Makan Durian Habis-habisan !!!

Thursday, July 24, 2008

Saya Mencari Peralatan Ini. Boleh Bantu Saya?


Kepada sesiapa yang tahu di mana saya boleh mendapatkan 'trousers/pants hanger' yang boleh menggantung lima helai seluar sekali gus ini sila hubungi saya di alamat emel saya jasemario@gmail.com (pada rakan-rakan yang tahu no telefon saya, bolehlah menelefon ya). Sudah lama saya mencari 'trousers/pants hanger' ini sebenarnya. Hampir di seluruh pelusuk negeri, namun belum ku temui. Parkson sudah, Ikea sudah, Jusco sudah, Tangs sudah... Kalau sudi membantu, terima kasih saya dahulukan.

Tuesday, July 22, 2008

A Journey on the River Kwai at Kanchanaburi


Perjalanan dengan teksi dari Bangkok ke Kanchanaburi mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Nasib baik kami mendapat tawaran yang menarik; Bangkok > Kanchanaburi > Suvarnabhumi cuma BHT 3000. Keseluruhan perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam 30 minit. Boleh tahan kan? Nasib baik kereta best, jadi boleh relexlah dalam teksi. Kami berhenti di War Cemetery, River Kwai Bridge dan War Museum (Thailand-Myanmar Railway Centre).

Apa yang menarik di sini? Kami sempat makan baked sweet potato dan t-shirt dan fridge magnet di sini murah. T-shirt putih cuma RM7.00 sehelai. Fridge Magnet pula, RM10.00 boleh dapat 3 keping. Lama jugalah kami menghabiskan masa di War Museum dan berjalan-jalan di sekitar River Kwai sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Bangkok. Meskipun begitu; sempat lagi singgah di sebuah masjid dan factory market sebelum tiba di Suvarnabhumi jam 6.00 petang. Pesawat pulang ke LCCT - KLIA jam 8.20 malam waktu tempatan.

Cuma agak ralat sedikit kerana tidak dapat menaiki Death Railway Train. Katanya begitu menakjubkan sekali.....

Pattaya Oh Pattaya... Akhirnya Sampai Juga


Cerita berkenaan Pattaya memang melucukan. Ia berlaku pada 14 Julai 2008. Bayangkan kami terpaksa merempuh perjalanan selama 4 jam sebelum tiba di Pattaya dari Bangkok kerana kesilapan mengambil bas. Bas lompat yang akan berhentian pada setiap kali orang menahan, tentulah mengambil masa yang lama untuk sampai. Jika naik bas ekspress, cuma 2 jam sahaja perjalanan. Tujuan utama kami ke Pattaya bukanlah untuk menikmati pantainya ataupun aktiviti snorkling ataupun paragliding. Tetapi HRC... ya!!! Hard Rock Cafe Pattaya; untuk menambahkan koleksi t-shirt. Alif pula kirim short glass. Cikgu Jah sempat lagi sms kirim 3 helai t-shirt. Wow... berbaloi... memang berbaloi. Hasilnya seorang dapat sehelai HRC t-shirt untuk di pakai pulang ke tanah air.

Alhamdulillah, sempat juga kami solat jamak di sebuah masjid di Pattaya yang berdekatan dengan stesen minyak PETRONAS Pattaya Klang. Di situ juga ada gerai makan muslim thai. Apa lagi... Tomyam lah !!!

Monday, July 21, 2008

My Bangkok Adventure



12 Julai yang baru lalu, saya dan Lisa telah berjaya mendarat di Kota Bangkok dengan pesawat Air Asia. Perancangan untuk ke Thailand ini memang telah lama di buat. Kami mempunyai beberapa misi kali ini. Bagi Kota Bangkok; aturcara utamanya ialah Chatuchak Market, Vimanmek Mansion, Giant Swing dan Index @ MBK. Memang ini bukanlah kali pertama kami menjejakak kaki ke Kota Bangkok tetapi - pada setiap kali datang samada libur ataupun kerja pasti ada saja lokasi yang terlepas atau tidak berkesempatan.
Pesawat mendarat di lapangan Terbang Suvarnabhumi lebih kurang jam 11.30 malam. Jadi, perkara utama ialah mendapatkan teksi untuk ke penginapan yang terletak di Sukhumvit Soi 3. Yes.... bagi mereka yang tahu ada Jalan di Sukhumvit ini yang dinamakan 'Arab Street'. Sesuai dengan namanya maka inilah syurga makanan halal asia barat di Kota Bangkok ini.
Bagaimana dengan pengembaraan kami. Seawal jam 8.00 pagi - 13 Julai 2008, kami telah keluar dari penginapan. Tujuan perjalanan pagi ini ialah untuk menjelajah Chatuchak Market. Stesen BTS yang paling hampir dengan hotel kami ialah Nana. Kami perlu mengambil tren dan berhenti di Stesen Asok. Dari Asok, kami perlu menukar kepada perkhidmatan MRT dari Stesen Sukhumvit untuk berhenti di Kampang Phlaeng yang betul-betul terletak di bawak Pasar Chatuchak. Kami menghabiskan masa lebih kurang 3 jam di Pasar Chatuchak. Apa yang di beli? Kebanyakannya cendera hati untuk saudara mara. Dari lampu ke seluar nelayan, dari keychain sampailah ke payung kertas.
Dari Chatucak Market kami mengambil BTS Mon Chit dan turun di Victory Monument. Dan dari situ... kami merasai pengalaman untuk naik bas lompat di tengah-tengah Kota Bangkok untuk ke Vimanmek Mansion. Tiket Bas cuma BHT 10.
Vimanmek Mansion sebenarnya merupakan 'Golden Teak House' yang terbesar di dunia. Ia adalah peninggalan istama King Rama V. Dan kadang-kadang masih digunakan sehingga sekarang untuk meraikan tetamu di raja. Kompleks Vimanmek Mansion ini telah digabungkan dengan lebih kurang 14 galeri yang lain. Maka, sudah tentu tidak dapat masuk semuanya. Usai melawat VM, kami mengambil teksi untuk berhenti di Giant Swing. Tujuannya cuma satu - SNAP Pictures !!!
Dek kerana kepenatan, maka kami terpaksa mengambil teksi lagi sekali untuk ke MBK di mana satu Mall yang terkenal dengan baranag yang murah (ala-ala Pertama Kompleks). Tetapi yang lebih penting di tingkat atas MBK ialah INDEX. Sebuah furniture mall yang setanding dengan Ikea di Malaysia !!! Kalau tak percaya... kenalah datang sendiri.
Setelah penat membeli belah dan melangsaikan lawatan seharian. Kami pulang ke hotel untuk mandi, solat, berehat dan melepaskan lelah. Tentunya Arab Street, Siam Paragon dan Sala Daeng menanti kami di malam hari.

Sunday, July 20, 2008

Apabila Bertemu Sahabat Jauh... Pasti Menggamit Memori Lama


Semasa saya dan Lisa berada di Kota Bangkok Ahad lalu, saya dikejutkan oleh SMS dari sahabat saya Ajeem yang mengatakan yang beliau dan keluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur (nak tanya arah ke Traders Hotel). Alamak... macam mana nak jumpa ni... nasib baik kali ini kursus yang dihadiri Ajeem berlangsung selama seminggu. Dan kami cuma akan pulang ke tanah air pada hari Selasa. Sempatlah berjumpa selepas itu.... Balik dari Bangkok, kami ada agenda dengan Mawi pada hari Rabu. Jadi...sehingga hari Khamis barulah kami dapat berjumpa Ajeem dan Hajar dan anak baru mereka Nazmi (yang lahir 1/4 yang lalu), Naufal (anak sulong) saya dah ketemu tahun lalu.


Pikir punya pikir, teringat saya akan satu restoran yang baru di buka di Taman Melati Utama, Setapak (nampak restoran ni semasa kami makan Satay Kajang Hj Samuri dua minggu lalu). Restoran ini mudah dilihat di MRR2 jika kita menuju ke arah Gombak/Kuantan. Nak mudah lagi... sama lokasinya dengan Restoran Kontroversi Sheila Rusly tuu... tahu kan. Lantaran itu, selepas Maghrib - Khamis lalu, kami pun sampai ke Traders Hotel untuk mengambil mereka sekeluarga. Sudah lama tak jumpa sebenarnya. Meskipun 'parent company' saya dan Ajeem sama tepi beliau bertugas nun jauh di Kuantan. Sebab itu jarang bertemu... Ingat lagi 6-7 tahun lalu semasa saya bertugas di Bangi, tika itu saya selalu 'out station' ke Kerteh (sekarang ni saya cuma out station ke Melaka atau oversea sahaja). Setiap kali bertugas ke Kerteh saya pasti akan singgah di Kuantan. Naik pesawat dari KLIA turun di Kuantan. Jumpa Ajeem makan-makan atau tengok wayang kemudian baru ambil teksi ke Kerteh. Routine ini memang sah memandangkan tiada pesawat MAS yang mendarat di Kerteh. Hahaha.... Lagipun masa tuu... masing-masing tengah single-mingle.


Ooopppssss... mealut pulak, saya sepatutnya cerita pasal Memori Corner yang saya singgah Khamis lalu. Restoran ini baru sebulan lebih di buka. Pemiliknya seorang Chinese Muslim. Jadi halallah makanan di sini. Harga... boleh tahan juga. 4 orang makan dengan 6 menu utama beserta 4 jenis minuman yang kaw-kaw... RM88.88 !!! Tapi yang lebih utama ialah... suasana restoran ini, Cool beb !!! Mengimbau zaman lampau, penuh dengan nostalgia kampung, kakitangan pun boleh di katakan sporting (especially budak yang jaga kaunter tuu... Nama dia Faizal). Jap... ada wi-fi lagi, boileh update blog kat sini. Tak rugi mencuba, betul....

Friday, July 18, 2008

Crocs Siapakah itu?




Dalam entry sebelum-sebelum ini saya ada menyebut tentang Mawipun memakai Crocs (selain daripada Misha Omar). Tak sangka pula semasa dia datang untuk Rumah Terbuka Mawi di RSM dia pun pakai Crocs. Kiranya dah jadi sandal rasmilah tuu. Itulah... Crocs memang selesa. First time nampak rupa bentuk Crocs ni; memang nampah hodoh. Tapi... keselesaan sebenarnya lebih penting dari rupa paras, lebih-lebih lagi kalau kita kena berdiri atau berjalan jauh. Alamak... terlebih sudah, dah jadi macam 'spoke person' Crocslah pulak. Di sebabkan tak perasan yang Mawi memakai Crocs... sayapun tak 'aim' betul-betul masa ambil gambar Mawi ketika beliau nak melangkah masuk ke RSM. Tapi bila dia dah tanggalkan Crocs dan dan tukar memakai capal - untuk sesuaikan dengan mood hari rayalah katakan.... saya pun ambil kesempatan untuk meng'snap' sekeping gambar Crocs Mawi. Tak cukup dengan itu, sempat jugak saya bertanya Mawi pasal Crocs ni. Menurut Mawi, dia memang rasa selesa pakai Crocs. Nak tahu Mawi beli Crocs kat mana? Tidak syak lagi jawabannya... KOREA !!! Kalau siapa yang perasan, dalam artikel Mawi pergi Korea bersama peminat dalam Utusan Malaysia, dia memakai Crocs yang satu ni. Laaa... lupa pulak nak tanya, berapa pasang Crocs Mawi ada.

Dan... Dan... Dan... Cikgu Jah, Suzy, Nora, Cute, Mus, Pak ManWi, Mak Wan, Abang Everland... dan yang lain-lain Yellow Mellow Korea Kimchi, apa ditunggu lagi, jom ramai-ramai lepas hi-tea 26hb ni, kita pi Ikano Power Centre, kita serbu Crocs Concept Store di sana untuk borong Crocs pilihan hati !!!

Wednesday, July 16, 2008

Sekitar Rakaman Rumah Terbuka Mawi di RSM (3/3)

Abang K.... Datuk K membuat persediaan sebelum memulakan rakaman... "Apa yang membuatkan Datuk meminati Mawi?" Dari jauh AKDK dan keluarga datang ni. Inilah tanda sokongan padu...

Apa yang saudara buat bila mendengar/membaca berita-berita negatif mengenai Mawi? Mudah saja... jika ada kesempatan berjumpa Mawi, saya tanya beliau sendiri akan kebenaran cerita-cerita tersebut.

"Apa yang dipesan Cikgu terhadap Mawi ni? "Cikgu harap...." Ahh... cuba, try, test, tanya Cikgu sendiri... Hahahaha

Dalam langkah pertama... Mawi telah melambai kami yang dijemput kerumah terbuka beliau...





Tiga pose istimewa Mawi.... tataplah... Yang ni memang khas saya snap untuk Fanatik.... Lunatik (oopsss... lawak je laaa) Mawi laaa


Sekitar Rakaman Rumah Terbuka Mawi di RSM (2/3)

Mawi tengah dipakaikan mikrofon. Ye lah nak bercakapkan... kenalah semualeh dengar. Nampak macam terkejutlah pulak si Mawi nii...

Bertafakur ke Mawi sebelum memulakan rakaman?

Ramai jugak yang hadir yer... Kata Mawi di jemput 1000 orang... Yang datang 30 orang sahaja... Hahaha... Itulah yang dinamakan EKSKLUSIF, saya ulang EKSKLUSIF, hehehe

Ini sebenarnya... tengah rakaman video klip lagu Ayah... Aku Merinduimu nii... Macam tersenyumlah pulak Mawi ni. Banyak shot sebenarnya. Banyak kali jugalah takenya. Hasilnya... kita tunggu...

Khusyuk giler Brader jurugambar ni... Cuba tengok kat skrin tuu..

Kru dan penerbit pula...

Ini antara shot yang menarik... lama juga Mawi kena berlakon merenung di luar jendela nii...

Sekitar Rakaman Rumah Terbuka Mawi di RSM (1/3)


Apa dimenungkankan oleh Mawi tu?



Ini kes banyak kamera laaa ni. Sebab tu tak tahu nak aim yang mana satu. Cute ambil kesempatan untuk bergambar dengan Mawei bila Mawi datang lepak di meja kami. Saya senyum... tetapi mengapa pulak Si Suzy macam masam je tu?



Ini semua Pria Terhebat kat meja saya.... meja paling dekat dengan pintu. BTW, ini baju melayu edisi terbaru saya (masih ada tiga pasang di tailor), Mus baju melayu hitam... hmm... ini baju melayu masa ambil diploma ker? Galzean, baju melayu pink masa kenduri dua tahun lalu kot - kenduri sapa ntah... dan ada seorang pakai baju melayu kawen. Yang mana satu?

Inikan rumah terbuka Mawi, pesal saya pulak yang dok tunjukkan makanan dan ajak Mawi makan ni? Hahaha...

Tanyalah apa saja... tapi berkenaan hari puasa dan raya saja

Ini sesi sakat menyakat antara saya dan Mawi

Sempat lagi Cikgu nii... Tapi yang saya confirm, pasti lagi jitu yang Mawi tanda tangan untuk Lynn & KY. Betulkan Cikgu?

Rumah Terbuka Mawi di RSM (Aksi-Aksi Mawi)







Ini antara aksi-aksi Mawi yang sempat saya rakamkan selepas program rakaman Rumah Terbuka Mawi di RSM. Sebenarnya Mawi ada lagi dua atau tiga pasang baju melayu untuk sesi fotografi ini, cuma sayapun agak malas untuk menunggu lebih lama (lagipun inikan majlis orang). Baju melayu kaler merah rasanya. Ada juru gambar dan jurumekap yang bertugas. Sayapun tak pasti akan keluar di majalah mana, tapi mesti untuk keluaran Hari Raya Aidil Fitrikan . Yang lebih pasti.... ia keluar di blog saya dahulu... hehehe, jangan mare yer.

Rakaman Rumah Terbuka Mawi di RSM




Pulang dari bercuti, saya dan rakan-rakan mempunyai agenda hebat yang telah mengakibatkan saya terpaksa mengambil satu hari tambahan cuti tahunan. Sebenarnya... ada rakaman rumah terbuka Mawi di Restoran Seri Melayu untuk siaran TV1. Rancangan yang saya sendiripun tidak tahu tajuknya ini dengarnya untuk siaran Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. (Terima Kasih Kak Ita & Nora yang memanjangkan jemputan untuk saya, Lisa, Cute, Mus, Galzean, Yeo & Yani) Rakaman ini dijadualkan bermula jam 3 petang, saya kira bermula agak lewat juga - terutama acara makan-makanlah. Sebelum itu, rakaman untuk sesi temubual yang melibatkan Cikgu Jah, Abang Khalid, Puan Erna dan saya bermula kira-kira jam 3.15 petang. Memandangkan semua soalan yang diajukan adalah secara spontan, sayapun hampir terlupa apa yang ditanya dan apa yang saya jawab. Yang saya ingat... Lagu Mawi yang paling saya minati ialah "Cinta Hakiki". Maka... kalau nak tahu cerita lanjutnya... kenalah tunggu tarikh siarannya nanti. Kami mula masuk dewan lebih kurang jam 4.10 petang, dengan disambut mesra oleh Mawi yang memakai baju melayu serba hijau yang tanpa di duga juga sedondon dengan Cikgu Jah & Suzy (baju baru yang kainnya di beli di Korea). Menu yang disediakan juga tidak kurang hebatnya - menu hari rayalah katakan, seperti satay, nasi impit, ketupat, lemang, mee hon goreng, kuih raya, buah-buahanlah dan punch. Sambil makan, kami dapat berceloteh dengan Mawi dan bertanya apa-apa yang kami nak tahu berkenaan rayalah. Mawi juga sempat mendendangkan lagu raya 'malar segar' beliau... Ayah (alamak... tajuk 'full'nya saya lupalah).


Tak dapat tidak... kenalah ambil gambar dengan Mawi jugakan....