Saturday, May 31, 2008

Sparkling Korea (Siri 4) - Konsert Mawi di KTO



Saya sebenarnya dah terpaksa skip aturcara ni dek ramai sangat yang bertanya berkenaan Konsert Mawi di Pentas Terbuka Korean Tourism Organisation. Konsert ini sebenarnya berlangsung pada hari keempat lawatan kami iaitu pada 26 Mei 2008. Bukan hanya Mawi, tetapi sudah tentu Heliza juga turut serta. Kami tiba seawal 5.45 petang, namun konserta hanya bermula pada jam 6.20 petang. Tempat duduk teramatlah terhad, cuma 15 orang sahaja dari setiap kumpulan yang dibenarkan duduk; selebihnya samaada berdiri di belakang ataupun mengikut saya untuk bersila di bahagian depan. Kan lebih mudah untuk mengambil gambar. Acara dimulakan dengan ucapan oleh Duta Besar Malaysia ke Korea dan diikuti oleh Wakil KTO. Kemudian ada juga kuiz berkenaan Korea yang saya terlepas, kalau tak 'free-free' je dapat hadiah. Mudah sangaat soalannya. Selepas itu maka hadirlah Heliza mendendangkan dua buah lagu iaitu Wassini dan sebuah lagu Korea (dari Drama Winter Sonata).

Mawi pula mengambil langkah bijak dengan memulakan persembahan dengan lagu AlJannah, sekurang-kurangnya kira Mawipun kira "bilingual'lah kan.Lagu Arab pulak tuh. ramai yang bersetuju yang mawi memang gah bila menyanyikan lagu ini. Kemudian rasanya Mawi nyanyikan lagu Tercipta Untukku. Lagu yang bakal HITS di EraFM ni. Tak caya? Tunggu saja. Kemudian Mawi memanggil ketua Kumpulan untuk menyampaikan hadiah Sukaneka. Nasib mereka agak baik bila sempat glamer jugak sebab kena jadi back-up dancer untuk lagu Oh Fatimah.

Seperti biasa.... Mawi tak akan lupa pada persembahan silap mata. Di mana Kak Mona telah bernasib baik untuk diuji. Rasanya, silap mata kali ini re-cycle. Namun tetap mencuit hati dengan soalan seperti nama boss, boyfriend pertama, kawan baik dsb. Kira Mawi dapat 4/5. kata mawi, tak akan semuanya menjadi. Tapi kami tetap terpegun... macam mana Mawi dapat buat silap mata ini?

Eh... lagu duet Doa Dalam Lagu juga ada antara Mawi dan Heliza. Lupa pulak saya, persembahan terasa sekejap sangat bila Mawi tiba ke lagu terakhir, Kian (kira Mawi tukar lagu nii... kan lagu ini ramai yang hafal). Dua kali di ulang dan dinyanyikan bersama peminat (kira macam masa persembahan di Restoran Seri Melayu dulu). Sambil menyanyi bersama peminat Mawi mengedarkan poster yang telah ditandatangani oleh beliau. Saya dapat dua keping kerana Mawi telah berpesan untuk sampaikan sekeping pada Cute. Hebat ko Cute... sampai Korea aura ko !!!!

Apa yang menariknya, persembahan ini telah di uar-uarkan di akhbar-akhbar di Korea. Maka bukan saha kami tetapi para pelajar Malaysia di sana juga ambil kesempatan untuk menonton.

Setelah selesai konsert, kami di jamu dengan 'packed dinner' oleh KTO dengan makanan halal tradisi Korea.

Penat dan Puas hari ini !!!