Sementelah dah sampai Samoa... saya ambillah peluang untuk bukan sekadar transit di airport Auckland... tapi make a 1 day stop dan bersiar di Bandar Auckland juga. Lagipun inilah peluang untuk 'teng' Awir dalam jumlah lawatan ke luar negara... hahahaha "Devil laugh". Actually saya pejam mata jer bila buat decision nii... ya lah ia melibatkan kos, 1 NZD = RM 2.5. Tambahan pula, tiada direct flight from AKL to KUL pada hari Ahad. Saya terpaksa tukar sektor dan transit di SYD. Dan tahu-tahu ajelah negara orang putih... habis semua luggage saya di geledah. Alhamdulillah semuanya OK.
Saya menginap di sebuah Hostel saja di K-Road (NZD 40.00/night), itupun guna internet booking. 1/2 hari booking taxi untuk ronda-ronda Auckland. Sebab tu lah sempat juga melawat Mount Eden, Auckland Museum (sempat menonton persembahan orang Mouri lagi), Sky Tower, Parnell Village, melintasi Auckland Habour Bridge, Devonport (a lot of historic wooden victorian villa) dan banyak lagi. Selepas itu hampir 4 jam saya melewati dan menjelajahi QueensStreet (jalan ini memang menjadi tumpuan pelancong - sempat juga jumpa student Malaysia kat sana; 'ter' okay. Tujuan utamanya mencari souvenir dan makan kebab. Halamak... T-Shirt kat Auckland ni semuanya lawa-lawa... macam nak beli semuanya. Bila balik hostel lebih kurang jam 9.00 malam... hampir pengsan.... hmm... sempat juga saya kemas beg lagi. Kerisauan makin bertambah sebab dah lebih 20 kg.
Keesokan harinya saya bangun awal sebab flight ke Sydney jam 9.30 pagi. Tepat jam 6.15 am, teksi dah menunggu... Sejuknya Auckland tuhan saja yang tahu. Yang menariknya, pemandu teksi ini seorang Bangladeshi yang begitu arif tentang Kuala Lumpur !!!
Selamat Tinggal Auckland. Kuala Lumpur... aku merinduimu... dah seminggu kutinggalkan tanahair.
No comments:
Post a Comment