Thursday, May 29, 2008

Sparkling Korea (Siri 2)


Banner yang menyambut kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon


GO TO KOREA WITH MAWI adalah salah satu program yang ditaja oleh Korean Tourism Organisation untuk menggalakkan Pelancongan Muslim ke bumi Winter Sonata ini. Cuma percutian kali ini ialah di musim bunga; maka dinamakan Korea Sparkling !!!! Rombongan penggembaraan anjuran Malaysian Harmony dengan kos lebih kurang RM3600 seorang ini melibatkan lebih kurang 220 peserta. Saya dan Lisa tiba di KLIA sekitar jam 10.00 malam dan di hantar oleh Azwan dengan Matrix Inokom. Di sana saya bertemu dengan cikgu jah dan Suzy. Cuma dua orang saja yang saya kenal, yang lain kena berkenal-kenalan lah selepas ini. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 7 jam ini menggunakan pesawat MH066 (dua kumpulan termasuk Mawi) selebihnya menaiki pesawat Korean Air. Dan Korea adalah awal 1 jam dari Malaysia. Penerbangan ke Incheon International Airport mengikut jadual iaitu jam 1.00 pagi, 23 Mei 2008.


Jangan tak percaya; Eveland Theme Park juga ada Open Safarinya sendiri.

Lawatan pertama ialah Everland Theme Park, alamak. Going to a theme park when visiting foreign country is not my idea of visiting. Tapi taman tema ini memang istimewa. Pengunjungnya memang ramai; baik bangsa korea ataupun pelancong. Antara yang menarik ialah bangunan pelbagai budaya yang menghiasi taman tema ini. Keluasan taman tema ini ialah 180 ekar yang di bahagi kepada 5 bahagian.Yang menarik ialah dua bahagian iaitu Open Safari (yang di beritakan memiliki haiwan kacukan LiGer (Lion + Tiger) yang berwarna putih namun kami kurang bernasib baik kerana LiGer keletihan dan perlukan rehat ketika itu) dan T'Speed Station.



Eye of Korea di Everland




Aktiviti di Everland ialah makan tengahari di perkambungan Belanda dan Pertandingan Karaoke Lagu2 mawi (semestinya) di Pentas Terbuka. Menu makan tengahari? Hmm... Fish and Chip !!! Sementara Karaoke pula kami di bahagikan kepada 5 kumpulan. Boleh tahan jugak ler... mawi yang sporting selain dari menjadi pengacara yang ceria dan penuh lelucon, sempat jugak jadi technician... hahaha. Nanti lihatkan gelagat mereka di Astro. Ria atau Oasis? nantikan saja. OOppsss... Heliza pun ada !!!



Perjalanan yang perlu ditempuhi untuk ke perkampungan Belanda. Ini nlebih kurang macam gondola kabel car lah...


Ini salah satu tarikan juga di Everland, Roller Coster terbesar dan tertinggi di Asia yang dibuat daripada kayu. Roller Coster ini bergerak selaju 104 km dalam masa 3 minit dengan 12 pusingan maut sehingga mawipun takut nak naik. Saya... dah lama surrender bab-bab roller coster ni.


Lagi situasi di Everland.... cuba cari Ikon Kumpulan Kuning?
Sapa lagi kalau bukan mak Wan... You !!!



Antara pemandangan menarik yang sempat saya posing.
Lebih kurang jam 4 ptg waktu Korea kami meninggalkan Everland menuju ke PyeongChong. Destinasi kami seterusnya ialah Institute of Korea Traditional Cuisine. Dimana kami akan belajar memasak masakan tradisi Korea bersama Mawi dan Heliza. Tak laratlah pulak saya nak update malam ni... esok-esoklah yer.

No comments: