Sunday, May 4, 2008

Corat Coret AIM 2008


Kami kengkawan terpaksa terjah juga akhirnya kerana sehingga saat akhir tiada pihak yang dapat confirmkan jemputan AIM kali ini. Saya cuma dapat satu tiket RM50 dari sahabat yang kini berada di Indonesia (jam 5.30 petang baru dapat dari adik beliau... Mus dan Cute macam mana?) dan dapat lagi dua tiket RM50 semasa tengah berlegar-lagar di PWTC semasa acara dah nyawa-nyawa ikan nak mula.

Terima kasih Tuhan.... nasib baik kami 'di selamatkan' di saat-saat akhir oleh Asri Rabbani yang kebetulan ada 'seat kosong' (bukan ustaz Asri lead vokalis Rabbani tu yer...). Lantas dapatlah masuk setelah 1/2 jam acara bermula di bahagian bawah dewan.

Tapi Jemputan Post Party macam mana? Yang ini memang ada yang akan makan hati berulam jantung.... tengoklah slide untuk jawabannya.

Secara peribadi saya memang tak puas hati kerana Album 1 dalam 1000 tidak mendapat apa-apa pencalonan kali ini. Macam tak percaya kerana semua nama-nama besar ada terselit untuk menerbitkan album ini... M Nasir, Arwah Loloq, Ajai, Arab dll. Tambahan pula lagu Lagu Biru baru sahaja memenangi Tempat Kedua Hits 1 Musim Kelima. Namun apa nak buat.... Tapi apabila AIM bertembung dnegan Konsert AF6 yang dipancarkan secara live dari Istana Budaya.... pandai pula nak buat last minute decision untuk gabungkan Mawi, Bang Kua & Rahim Maarof untuk jayakan segmen mengenang bintang yang telah gugur melalui Kau Ilhamku? Nak tinggikan rating ke? AIM dah suam-suam kuku? Siapa nak jawab...? Maka betitik tolak dari sinilah kami buat keputusan untuk menonton secara live AIM kali ini.... hahaha. Kalau tak bye-byelah AIM.

Semua orang dok sibuk membincangkan imej baru Mawi... yang ala-ala Justin Timberlake? Entah siapa Perunding Imej beliau sekarang... Kikin ke? Busana Mawi semua sudah tahu... hasil kreatif Bon Zainal. Snow Cap/Beanie? Cadangan siapa? panas juga Mawi memakainya... hahaha... Menurut kata Mawi... dia nak simpan rambut? Betul ker? Tapi jambang Mawi tu... kalau dilihat dari dekat...kemas sebenarnya.... Tak caya... tengokler slide kat atas tuh.... Mungkin dari jauh nampak serabut. Dekat-dekat Okay.

Saya mencari Sohaimi Mior Hassan sebenarnya... Sarat beg saya dengan 3 CD beliau termasuk yang terbaru. Nakkan Abang Sohaimi tandatangan CD beliau yang saya miliki... namun selepas menyampaikan anugerah... Entah kemana dia lesap. Nasib baik Datuk Siti dan Bang Kua ada... Oooppsss... terlupa nak bagi Mawi sign CD AF Volume 2 yang ada lagu Doa Dalam Lagu tuu... tu ler asyik sembang sangat.

Post Party.... best jugak kali ini. Yang paling best ialah Cup Cakes. Tapi nak minum Coke kena belilah pulak RM5/can. Tapi macam tak ramai artis yang datang... Adalah nampak Que Haidar... yang datang ngan ex-Zahid ker? Cikgu Linda... sanggup tu dari Istana Budaya. Yang saya nampak kelibat seperti Candy AF5, Asfar OIAM, Waheeda (yang selepas ambil anugerah Album Etnik terbaik terus tak masuk dewan... naper ek?), Mua'dz (siap ke depan tahniahkan Peja), Pop Shuvitz, Atillia, Estranged (yang menang video terbaik - Sangkar dll. Saya juga mencari Ash MI1... juga tidak kelihatan.

Komen saya tentang keputusan.... Secara peribadi... saya setuju untuk keputusan Lagu Terbaik (Izinku Pergi - Kaer), Lagu Bahasa Melayu oleh Penyanyi Asing (Rossa - Terlalu Cinta), Vokal Wanita Terbaik dalam Album (Siti). Yang lain-lain tu... kita boleh buat koridor talk... hahaha.

No comments: