Monday, May 29, 2006

The One When AC Invites Siti Nurhaliza on AC DiSini!!!


selamat menonton rancangan bual bicara yang baru masuk episod kelima ini, tak kering gusi dibuatnyer... AC Dimana? AC DiSini. Sempooiiiiii !!! (sambil menunjukkan isyarat BEST, menggunakan ibu jari tangan kanan)


actually aku nak paste gambar aku ngan CT yang ori laa... but, yang karikatur pun kira OK jugaklah kan... kan... kan.... lagipun Yeo lom kirim laa gambo tuh.

It was Friday, 26 May 2006 - a very hectic day for me. Due to last munite changes, I have to attend our production meeting at Melaka... again :))) But, awal-awal lagi aku dah set my mind that I'm going to go back early, i.e. 5.00 pm sharp from Melaka. The meeting when so well, I manage to draw up the update schedule for my customer in Thailand and e-mail to them for confirmation, but the meeting when on until 5.30 pm. Bila dah kuar from parking... kena blocking pulak ngan petrol trailers, dekat 10 minutes jugak lah menanti. Pas tu nak dijadikan cerita.... dapat pulak sms pulak from Jel, nak tak nak kenalah jumpa dia kat Sg Udang. Hmm... ingat kan dia rindu kat aku (perasanlah pulak) rupa-rupanya nak ajak aku join Unit Trust !!! (InsyaAllah Jel, nanti aku pikirin). By 6.30 pm, I'm on my way to Astro already !!! The journey is OK until I met my first jam scenario at Senawang due to some road works in progress, lepas tuu bila sampai R & R Seremban until Nilai - terpaksa aku tempuhi such a heavy rain and wind, cabaran.... cabaran. Then, bila sampai area Serdang... aku dah buat kesalahan dengan meneruskan perjalanan ke tol Sg Besi.... a lot of cars dok berbaris nak bayar toll and jam giler jalan nak ke KL. Nak tak nak aku kena masuk Serdang Jaya dan buat U-turn. Alhamdulillah, sampai jugak kat ASTRO around 8.20 pm.... Kalau tak, mesti AC risau aku tak datang.... ahaks!!! Siti jangan cakaplah, musti gabra abis....

Kali ni, kami World Gang memang dah cadang nak dok 1st Class Seat, which means... yang paling depan & selesalah, supaya CT nampak jelas kami... ahaks. Hasrat tercapai... ini semua dek keganasan orang itu yang telah menggunakan segala skill yang ada untuk menerjah ke studio dan 'fight' ngan dua orang budak, maka tercapailah hajat.... ahaks !!!

AC DiSini Episod 5, sepanjang pengetahuan aku.... inilah yang paling ramai sekali penonton. semuanya mesti dok tunggu CT untuk membuka rahsia atau buat statement maut.... "Yes !!! Datuk K dan CT akan menikah dalam masa terdekat..." Namun semuanya hampa apabila CT cuma mampu mengatakan yang kami memang berkawan.

Rancangan dimulakan degan Gossip, as usual. Kali ni about bekas suami seorang penyanyi yang popular dengan lagu "Hak Milik Kekal" di tangkap mabuk eeh.. mabuk ker pil estacy (lupa lak aku). CMP kali ni gi Mahkamah Syariah ngan Shaheera..., pas tu biasalah pendapat orang ramai pasal isu tuh... kalau tanya aku, tak payahlah nak glamerkan lagik keluarga Rafar tuh, cakap jer "bekas pemandu kereta laju bertaraf selebriti..." ahaks.
Pas tu ader Cabaran AC seperti biasa.... Tetapi amat luar biasa kali ni sebab dengan tak semena-mena aku yang sepatutnya bangun dari sofa 1st Class tuu terpaksa duduk jugak akhirnya. Dah lah tuu.... out of the blue, bila rancangan ON AIR balik after commercial break, tup-tup AC sitting besides me talking about Cabaran AC. Tiba-tiba jer mic kat mulut aku tanya nama aku..... OOpsss Satu Malaya nampak lagi aku, this time around; very- very clear !!!(depa mesti ingat aku giler glamer sebab cakap nama aku jefri zain... nak jadik james bond mesia lah tuh... ahaks). Dan yang tumpang glamer dah tentulah celebrity hunter dan gadis yang ada buah hati baru sebab keempat2 kami (termasuk Yanie) yang dok kat sofa tuu dah tentu kuar TV sebesar-besarnya. Rasanya Yeo & Spedex pun tumpang Glamer kot???? Lupalah pulak.... Cabaran AC kali ini, membuka kulit durian dan makanlah isinya; apa lagik.... (Aku pun nak sebab akupun suka makan durian...., especially lempuk durian)
Inilah kali pertama Bual AC mengambil masa yang paling lama (dalam 40 minit), rasanya by 9.20 pm, AC dah perkenalkan CT. Tapi sebelum tu, aku sempat melambai-lambai tangan kat Siti sebelum dia kuar on stage (untuk pengetahuan... CT lambai semula sambil tersenyumlah... jangan jeles). Untuk kali pertama juga, jemputan bual AC; menyanyi secara life. Memang power giler suara CT nii (sapa tak tahu kan). CT dah tentu menyanyikan lagu "Biarlah Rahsia". Perbualan banyak membicarakan tentang perhubungan CT dengan Datuk K, tawaran berlakon dan macam-macam lagik. Siti pun dah pandai buat lawak jugak... asyik menyakat AC yang dia akan nyanyikan lagu "Gerak Khas" dan "Kau Kunci Cintaku....", kalau AC teruk mengasak dengan soklan-soklan separa sensitif... ahaks. (This means... CT memang memgikuti perkembangan sesama rakan artis).
Di akhir Bual AC, pastilah Abg Jamil akan serahkan karikatur CT untuk dilekatkan kat Hall of Fame AC Disini. Super lawalah pulak "goresan" Abg Jamil kali nii....
Dan seperti biasa.... tentulah ada sesi bergambar dengan CT setelah selesai program. CT sempat tandatangan CD Royal Albert Hall aku, sempat jugak mintak Yeo snap kan gambar (this will be my third pix with CT). Dan sudah tentu yang terover tangkap gambar mestilah awek glamer tuh entah berapa keping entah.... Cuma yang ralatnya, tak dapat ambil gambar all the Wolrd Gang dengan CT.
Seperti yang dijangka, bila aku ON semula HP ku...., mesej masuk berderu bagaikan aku ni pulak selebriti... ahaks. Nizam kawan aku kat Seremban yang sedang bercuti siap call cakap dia dah malas nak tengok aku dalam TV... so aku balas balik kata "sebab ko dah lama tak tengok aku life, sebab tuu aku kena kuar TV... ko tu asyik sibuk study jer !!!"
World Gang mengakhiri aktiviti AC DiSini mingu ini dengan heavy supper kat Mahsuri Cafe, Bandar Kinrara. Cafe yang kelas.... dan harga berpatutan !!! Tapi kami balik awal jugak sebab masing-masing ada aktiviti lain pada hari Sabtu !!!
Untuk AC, kalau AC baca ler blog ni.... " Bila nak jemput Mawi ni?"

No comments: