Tuesday, May 9, 2006

The One Night at Perantau Two

Bergaya sakan nampak dengan t-shirt baru - "World Gang"
Meng"update"kan blog memang sesuatu yang memeritkan... Mencari cerita yang menarik untuk ditulis lagilah susah. Nak kepilkan gambar... lagiler malas... ahaks. Walaubagaimanapun... kenalah jugak menulis, kalau tak buat apa ada blog... tak gitu???
Semalam, kami bloggers baru nak naik yang masih hijau daun pisang (Jase, Kona & Chotto) dan bakal bloggers yang bolehker menggegarkan arena pem"blog"an? (Cute, Spedex & Mirose)... telah menghadiri jamuan makan malam (yg disponsor oleh Jase... ahaks, saja nak amik kredit ni, sumpah pak cik ikhlas....) @ Perantau Two. (sempadan Kampung Abu Bakar Baginda dan Sungai Merab).... (Melewati denai di Kampung Abu Bakar Baginda sesekali, bagai menggamit memori lama yang penuh nostalgia, kenangan memang tak bisa dilupakan). Kenapa ada jamuan makan ??? Yelah....nak sambut hari ulang tahun kelahiran Cute. Sedap jugak kek yg dibawa oleh siKona. Menunya..... hmmm.... kejap nak rewind balik... ada ikan kembung tiga rasa, sotong goreng tepung, kerabu sotong, sup cendawan, cendawan goreng, tomyam campur, telur dadar.... kira oklah tuuu.... sebab tu ada dua orang big foot yang tambah nasik.... kwang 3X.
Memandangkan aku dah kena kutuk dengan seorang blogger (dalam blog dialer) katanya... apatuh.... aku ni pengejar artis?? Kira macam "Celebrity Hunter", lebih kurang cam "Crocodile Hunter".... maka akupun saja nak tayang album gambarku yang maha hebat, semasa menghadiri (atas jemputan ok, ada yang jemputan VIP lagik.... ahaks) beberapa program terkini sepanjang awal tahun ini seperti Hits 1 Akhir, Anugerah Seri Angkasa, Anugerah Bintang Porpular dan AIM 13 yang baru lalu.... kira ok jugak 'hunt' aku sepanjang 4 bulan pertama tahun ini... ahaks !!!!
OKlah.... untukmu Perantau Two.... insyaAllah akan ku jejaki lagi....., untuk artis2 Malaysia... selepas ini, semakin ramai yang akan bergelar "Celebrity Hunter" apatah lagi, seletah membaca blogku ini.... sebab masing-masing nak disenaraikan dalam Malaysia Book of Records - Orang Kebanyakan Yang Paling Banyak bergambar dengan Artis !!! Boleh?

No comments: