Tuesday, May 16, 2006

The One On My Review of Suhaimi's Kias Cinta

Inilah cover album Suhaimi, kadang-kadang nampak macam muka Mawi,
kadang-kadang macam Ustaz Bani Sohor (eh betulker nama dia ni?),
macam Mat Bangla pun ader... ahaks, jangan mare yer Suhaimi, lawak ajer..
Mohd Suhaimi bin Saad sebenarnya bukan satu nama baru atau asing bagi peminat nasyid tanahair. Beliau sebenarnya telah muncul sekitar tahun 1999/2000 lagi bersama kumpulan In-Team yang mana di awal kemunculan mereka telah mencipta fenomena hebat dimana lagu sebuah lagu nasyid Kasih Kekasih telah berjaya menjuarai hampir semua carta lagu popular di stesen-stesen radio di seluruh Malaysia. Setelah sekian lama bergerak berempat, akhirnya Suhaimi muncul secara solo melalui 'debut'nya Kias Cinta. Apa yang dapat aku katakan, tetiba sahaja seperti seakan tersedar akan kemerduan suara Suhaimi ni (hebat jugak suara budak niii), mungkin kerana sebelum ini semasa bersama Inteam, kesemua ahli kumpulan adalah vokalis utama, jadi pembahagian sumbangan suara dalam lagu di bahagikan hampir sama rata. Bila tampil solo, kemerduan 'tone' suara Suhaimi memang jelas boleh dinikmati. Jika dinilai dari keseluruhan album, album ini sebenarnya amat berbisa.... album ini bisa menenangkan hati yang gundah gulana, mendamaikan situasi yang kacau, melapangkan dada, meredupkan perasaan yang panas membara.... lagu nasyid dan lagu dakwah yang terkandung dalam album ini, membuat kita seakan leka menghayati; tetapi dalam masa yang sama mengajak kita untuk berfikir juga sejenak akan maksud tersirat dalam bait-bait lirik yang ingin disampaikan. Seperti mana konsep album In-Team yang terdahulu, album Suhaimi juga pastinya tidak lari dari imej pop yang sememangnya satu elemen yang mampu menarik perhatian pendengar (terbukti dengan formula pada album In-Team, UNIC, Far East).
Antara lagu yang boleh mebuatkan kita terkesima.....
KIAS CINTA, lagu ini sungguh merdu dan mendayu-dayu, slow and sentimental. Bait lirik yang amat puitis menambahkan lagi indahnya lagu ini, suara Suhami amat serasi dengan lagu ini. Seakan doa dan harapan yang lahir dengan keikhlasan.... Begitulah metaforanya.
KEMBARA ILMU, jika lagu ini muncul semasa aku masih di menara gading, tatkala sibuk mengejar assignment, mengulangkaji pelajaran, menghadiri tutorial, menjawab soalan peperiksaan... ahh.... tentunya akan menjadi lagu tema untuk membakar semangat mengejar keputusan yang cemerlang !!! "... lembah nurani fitrahnya suci, jangan ditinggalkan gersang, jangan dibiarkan hitam, gersang nurani kerana tiada ilmu, hitam nurani kerana dosa bertimbun..."
KASIH KEKASIH, akhirnya muncul juga lagu ini dalam suasana yang lebih santai, relex, ceria dan bersahaja. Dengan 'key' yang lebih rendah.... bolehlah aku nyanyi kat karaoke nanti... ahaks. Suhaimi mendendangkan dalam versi unplugged dengan lebih matang, macho dan mantap. Sedap di dengar, mengembalikan nostalgia pada versi asalnya....
KESEKIAN KALI, lagu ini menampilkan sifu Suhaimi, aku kira. Siapa lagi kalau bukan Munif Hijjaz. Pertama kali aku dengar, mengingatkan aku pada lagu Aku Tanpa Cintamu (Mirwana menampilkan J Jay). Mengapa ya? Muziknya berbeza, liriknya tidaklah betul-betul serupa, bila dibelek-belek, ahh..... aku ketemu juga jawabannya, mungkin kerana karya orang yang sama, auranya masih terasa. Lagu yang 'radio friendly'. Ada harapan menjuarai Carta Lagu Nasyid IKIM @ Nasyid Minggu Ini RTM 1 !!!
TO KNOW YOU IS TO LOVE YOU, bagi aku ini merupakan percubaan yang baik. Lagu yang mudah meresap halwa telinga, sebutan patah-patah bahasa inggeris Suhaimi juga tidak mengecewakan. Oh Allah, the more I know you, the more I love you.... InsyaAllah.
Bagi anda yang masih mencari-cari album nasyid untuk dibeli (@ untuk didengar pada hari Jumaat seperti aku... barangkali), aku percaya pelaburan RM29.90 untuk album ini memang BERBALOI. Untuk Suhaimi, Selamat Maju Jaya. Kesungguhan dan Keikhlasan, Rahsia Kejayaan. Adalah menjadi harapan agar album ini bisa tercalon untuk kategori Album Nasyid Terbaik, Artis Baru Lelaki Terbaik, Vokal Lelaki Terbaik dalam AIM 14 tahun hadapan. InsyaAllah, kita boleh berjumpa di sana !!!

1 comment:

~chOTTo~ said...

hari jumaat jer ker dgr nasyid?? hee.. been seeing his cd al this while.. at 1st ingatkan Mr World.. sbb ada iras2.. hee.. burnkan boleh?? heee...