Saturday, May 20, 2006

The One On AC DiSini Ep 3 & Ep 4

Episod 4, Psangan Gerak Khas - Norman & Abby.
Gambar aku ni ngan karikatur jer... ahaks.



Episod 3, "World Gang" dengan Adlin (dan Emelda, kekasihnya).... Kali pertama aku menonton lakonan Adlin ialah dalam Teater Bakai, dah lamer giler... in the 90s.... Tetapi kalau di tanya lakonan Adlin yang paling aku gemari tentulah dalam Jogho. Apa? Lom nonton? Why not carik VCD citer ni kat kedai....

Semalam, 19 Mei 2006 merupakan kali keempat aku ke Studio 2 untuk menonton live, AC Disini (ACDS). Sampai AC pun dah kenal muka aku ni.... ahaks. Jumaat lepas ACDS memberi laluan pada konsert kemuncak AF3.

Episod 4, banyak membicarakan tentang isu hangat terbaru Norman - Abby. Mula-mula katanya, Hans Isaac... tapi mungkin sebab isu ini lebih hangat maka jemputannya pun ditukarkan. Sungguh tabah Norman & Abby yang sanggup menerima jemputan AC ni... bukan calang-calang artis yang berani. Tapi nampaknya Abby macam belum betul2 bersedia, makan banyak juga soalan2 AC yang apabila dijawab/tidak dijawab. Norman nampak lebih cool dan seperti telah bersedia dan menberi jawaban yang ikhlas.

Episod 3, Adlin Aman Ramlee... kalau bukan AC pengacaranya, dah tentu aku tak datang sebab Adlin bukanlah termasuk dalam senarai selebriti yang aku mengikuti perkembangannya. Tetapi cara Adlin menjawab soalan AC dan memeriahkan lagi suasana rancangan memang best. Seperti biasa Adlin memang laser dan jujur dalam memberi pendapat, berani dan telus... lantaran kehadiran kali ini bukan sesuatu yang dikesalkan. Thank You Adlin kerana menghidupkan Malam Sabtu ini.... kwang 3X.

No comments: