Monday, May 29, 2006

The One About Anne & Wafi's Wedding

inilah 'bunga telur' vip, dalam tu ada potpuri.... bila dah letak kat ruang tamu umah aku... harum semerbak lah jadinya...

sempat jugak bergambar ngan wafi dan anne nii... sama cantik, sama padan, bagai cincin dengan permata, bagai pinang dibelah dua, tengoklah senyuman yang terukir di bibir masing-masing tuh....


jase and bell, he is more than a friend, more like a brother to me. kalau boring-boring/tension memang aku suka sembang ngan si bell nii... macam2 citer nanti terkeluar especially pasal filem dan dramalah. one day aku pasti dia kan jadi pengarah yang hebat !!! tapi kenalah berlakon filem/drama yang hebat dulu.... one more thing about bell nii, dia ni selalu sangat belanja aku... naik malu gak kadang-kadang tuh


jase and zizan, pesal laa pulak si zizan ni dah tak berlakon dalam rafflesia 2 & rafflesia 3... frust lah pulak, sebab aku minat giler ngan citer rafflesia musim pertama dulu. zizan... antara pelakon mesia yang aku gemari, actually kali kedua jumpa dia ni, first time masa ASA 2004 kat PWTC. Seorang yang humble, sporting dan suka melayan pertanyaan bodoh peminat cam aku ni... ahaks !!!


Fara Fauzana and Jase, macam berjanjilah kami nii pulak, sama-sama hitam. bagaimanapun hitam memang menawan... layaan....


ni gambo kat tepi pelamin, ambik berkat... kah...kah..kah...


Kira macam hari ini dalam sejarah betul, for the first time I'm gonna have 2 postings in a day !!! Ini semua sebab nak kena lawan ngan minah glamer tuu takut dia curik my exclusive story nii. Actually, dia memang nak kena berterima kasih banyak-banyak kat aku sebab aku telah mengajak dia attend kenduri kahwin anak kelima Hj Ngasri & Hjh Habibah... (kira the first celebrity wedding for her lah nii)... Apa lagi kalau bukan kenduri kahwin Anne dan Wafi yang berlangsung hari Sabtu lepas. Majlis Akad Nikah telah dijalankan hari Jumaat malam, kat masjid mana aku lupa lak nak tanya.
Tentu ada yang nak tahu cam ner lah pulak aku leh dapat jemputan nii? Main terjah jer?? Tolong sket, terima kasihlah pada Bell, "my brother" & "potentially the best actor on earth" (bukan bodek nii, betul... cuba tengok "Kaki Bakar", "Aku Raja Gunung Ini", "Pae" to name fewlah, lagi satu, kalau tak di sebabkan Bell, lagi hanccurlah filem "Bisikan Remaja" tuh...).... "Hommies!!! Wiket!!! laa Bell, ahaks... sebab jemput abang ko ni attend kenduri nii.... Cam ner aku leh kamcheng ngan Bell, nanti aaa aku citer...
Sabtu, 27 Mei 2006 bukanlah hari yang mudah bagi aku sebenarnya. Pagi-pagi lagi aku dah kena gi Bukit Pantai, Bangsar, ada program which starts @ 9.00 am. Dahlah rasa macam nak demam jer masa bangun pagi... Ye lah, aku ni sebenarnya join my company punya program Bakti untuk mengendalikan 'non academic' classes for Year 5 students, it is a once a month event where we go and make interesting activities related to english, mathematics & science. This program is for students from low income family yang selalu gagal, kadang-kadang lulus @ galus. Program abis around 12.00 plus +. This is my second year joining this program....
Kalau nak diikutkan memang rasa macam malas dah nak pegi, tapi sebab dah janji ngan Bell, ku gagahi juga langkah kakiku ini. Nak gi sorang, malas lah pulak, so kenalah ajak seseorang. Lagipun, last sekali aku jumpa Bell masa dia datang umah aku, that was months ago, so patutlah jugak ambil kesempatan nii untuk bersua muka, tanya khabar. Selalunya kami hanya berhubung melalui telefon. Sibuk jugak si Bell nii sebenarnya, dengar citer baru balik dari shooting program "Dua Dunia" kena jadik nelayan lagik...., tunggu ler siarannya kat ASTRO Ria dalam masa 2 bulan lagi kot...
Then I called, minah glamer, ajak dia join sebab aku amat memahami akan karier beliau sebagai celebrity hunter. Dan ini merupakan peluang terbaik beliau untuk menambahkan koleksi gambar, ahaks. Pick her at Project Kinrara, (aku terpaksa salin baju kat situ, takkan nak pakai t-shirt hijau oren kot???) drive dalam kepanasan mentari to Jalan Ipoh. Masalahnya... alamak, satu aku sebenarnya tak tahu umah si Bell nii... one more thing, hadiah belum beli and it already 1.00 pm ++.
On da way, kami singgah kat one of not so glamer shopping complex untuk carik hadiah, si minah glamer tuu sempat amik duit, beli sikat dan getah rambut.... ahaks. Nasib baik ada kedai jual souveir, we found a very nice lamp shade (hadiah ni kira standard lah untuk orang kahwin), wrap + wrote a nice greeting card seperti biasa.
Bilaa dah sampai area Batu 5, Jln Ipoh tu nasib baik Bell angkat telefon, ye lah org tu sibuk dok melayan tetamu takut pulak tak di angkat telefon cam ner aku nak carik umah nii...., kita orang sampai around 1.40 pm... mempelai tengah bersanding & acara menepung tawar baru nak start. (apa lagik... minah glamer pun menjalankan tanggungjawabnya). Boleh tahan juga jemputan yang datang. Tentu korang nak tahu celebrity mana yanga aku jumpa... ada Datuk Jins, Datuk Mustafa Maarof, Khairil Khamis, Rashidah Jaafar, Buzen, Wati Elite, Zizan Nin, Fara Fauzana, (dan ramai lagilah... eh Huzz pun ada) dan dah tentulah celebrity tuan rumah Darling.
Lama jugak ler kami lepak, eh... tak sangka pulak terjumpa kenlan lama aku yang kebetulan berjiran ngan Bell. Si minah glamer pulak puas berposing sana sini. Kalau nak tengok gambarnya kenalah masuk blog minah glamer.
Komen? Hmm... pelamin - berseri & menawan, makanan - sedap dan mengenyangkan, karaoke - mengembalikan nostalgia lagu lama, emcee - macam kenal jer, sambutan tuan rumah - 1st class, pengantin - mesra jemputan, bunga telur cantik dan boleh buat hiasan meja. Itu aja komen aku...
Untuk Bell, terima kasih atas jemputan & dapatkan bunga telur VIP tuh.... Bell punya kenduri biler lagik? Cakap awal-awal sebab hadiahnya tentu kena bagi yang lebih besar kan... ahaks. Untuk Anne & Wafi, Selamat Pengantin Baru - Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Untuk minah glamer, terima kasih kerana sudi temankan aku & kongsi hadiah... ahaks. Akhir sekali untuk beruang dan awek & gadis sarawak, selamat membaca... tak lupa juga Yeo, Yani & SpedeX, jangan jeles....

No comments: