Hazama... calon yang hampir-hampir dapat menjejakkan kaki ke Gudang AF4, tersungkur juga dek AFPRE yang lebih memihak kepada Amirul dak Sarawak !!! Sebenarnya Hazama ni adalah calon favourite aku. Kalau dia masuk, maka aku akan mengAFUNDI lagi tahun ini, memandangkan dia dah OUT, bye-bye AFUNDI (selamat duit aku). Tahun ini aku akan jadi penonton sahaja. Aku dapat berborak sebentar dengan Hazama sebelum muzik@ria bermula, "I say Hi !!!, dia datang dok sebelah aku". Seorang budak yang sempoi, 'happy-go-lucky', gaya mat rempit (tapi bila aku tanya, "Hazama ni Mat Rempit ka?" Tahu apa jawabnya? "Bang, saya ni motor pun tak ada"... Ahaks), tapi style cakap dan berpakaian memang ada gaya mat rempit, ok aja bagi aku. Dulu pernah keje kat Park Royal KL sebagai waiter, selamba jer dia bagi tahu.... memang seorang yang jujur & tak "plastiklah"!!!. Peminat lagu rock dulu-dulu, minat suara Saleem (cam aku jugak !!!). Dia tengah sakit perut masa tuh, asyik mengaduh masa dok sembang ngan aku, kesianlah pulak. Karektor yang menarik untuk ditonton sebenarnya kalauah kita dapat nonton aksi Hazama dalam Diari AF4 (malangnya hasrat tidak kesampaian). Katanya, tak ada nama timang-timangan, panggil Hazama jer. Ah ha.... Lagi satu.... dia ngaku dia minat Mawi World !!!
Tasha... tengok live, memang cun giler... patut ler digembar-gemburkan sebagai mak we Aqasha. Aku ngan budak tu, siap jerit ATASHA masa dia nyanyi lagu Sangkar Emas (pernah jadi lagu kentroversi dalam one of Juara Lagu) kat muzik@ria tuu. Suara dia ok jugak sebenarnya, ditambah ngan cun... memang ada harapan untuk berjaya dalam industri hiburan. Kenapa peminat masih tak mengAFPRE walaupun cun?
Ini merupakan kali ketiga sebenarnya aku berjumpa dengan Leez. Dia pun ingat-ingat lupa akan kami... first time kat PD masa Majlis Makan Malam Amal Bersama Mawi, kedua masa TM Star; masa tuh dia jadi penyanyi jemputan. Katanya selepas Personaliti Celcom dia memang buat freelance jemputan nyanyi, selepas tamat kontrak tiga bulan ni pun akan meneruskan perkara yang sama. Aku rasa dia patut nyanyi lagu Whitney - I Will Always Love You masa Prelude hari tuh, mesti lagi gempak, lagu Kasih yang ala-ala jazzy tuu cam ada yang tak kena jer.... Budak opis aku actually ada yang minat si Leez nii... siap anto e-mel promote AFPRE Leez !!! Siapakah itu?
Masa Debaran Konsert Prelude, di mana aku pun menyelit kat Studio 1, ASTRO tuh... ada berjumpa ngan emak si Shazz nii... mak dia memang sporting abis. Memang nampak sangat memberi sokongan padu pada Shazz. Si Cute tuu siap pinjam 'tangan' S-H-A-Z-Z untuk tangkap gambo. Memang dah ada macam Fan Club jugak lah si Shazz nii..., perbincangan dia orang cam serious jer... Shazz ni pun budak baik jugak, very the sopan santun one.... Apa yang pasti Shazz telah membuatkan aku minat kat lagu Mungkir Bahagia. Mungkin lepas nii, aku kena carik CD Hazami lah nampak gayanya....
Masa muzik@ria where kalau boleh aku tak nak dok atas pentas bersama Hani telah dengan keterpaksaan, di paksa oleh Hani wachaa !!! Lantaran itu aku try duduk belakang sekali, tutup muka ngan cap. Aku actually dok sebelah ngan this sorang uncle. Dalam dok sembang, dia kata I'm actually from Iraq but holding a British Citizenship. I'm teaching at UKM.... bla... bla... bla... macam-macam jugak aku sembang. Sampailah ke satu soalan cepu mas... "How do you know about this programme? Aku bertanya, my daughther is one of them ! Ahaks... Si Liya tuu ler... rupa-rupanya anak professor tuh , mak dia pun lecturer kat UKM jugak. But actually Liya ni step daughter uncle ni lah; he has two other kids with his previous marriage, they live at the UK. Nice prof, with nice daughter. Sora si Liya ni OK sebenarnya, her english also good. Memang nasib tidak menebelahi Liya.... One Thousand Million Smile tetap di sempurnakan dengan baik.
Haider... kalau tengok dalam TV, aku nampak dia ni macam ganas dan kampung sangat... ahaks.... tapi bila jumpa life... dia ni memang "intimate" abis, tengok ler cara bergambar tuh !! He likes to talk, dan dengan penuh inspirasi dan aspirasi ingin berjaya dalam bidang ni. All the best to you Haider... kegagalan demi kegagalan akan mendewasakan kita, dan bila kejayaan di capai... manisnya cuma kita yang tahu betapa indahnya !!!. My comment on his performance, lagu Untukmu Ibu memang lagu yang BEST, tapi dia nampak dalam kepayahan bila menyanyikan lagu itu, tak nampak relex dan kekadang macam terlalu emosional.
Ake pernah sms kat one of my friend, kalau nak di ambil kira juara AF selalunya berumur 24 tahun semasa memenangi pertandingan realiti ini, maka Lynn akan termasuk dalam calon untuk mengecapi nikmat tersebut. Bagi aku suara dia ni ok sebenarnya, lagu yang dinyanyikan pun OK, lagu dang-dang-dut lagik. Inilah yang dikatakan tiada rezeki.... BTW, kalau Raja Dangdut Mesia, si Iwan tengok mungkin dia akan offer Lynn buat album kompilasi kot?
Jeff and Jase... sama taks serupa. Terlalu URBAN, thats my only comment !!! Tapi lagu Jamiroquai yang dinyanyikan tuu best laa, apa tuh Picture of My Life... tak sangka Jamiro... ada lagu slow yang best cam nii.... Thank You Jeff kerana mengenalkan aku kat lagu nii..
That's all for 8 is Enough !!!