Monday, September 29, 2008

Kad Ucapan Kirimanmu....

Di pejabat hari ini seperti kerja yang tidak bekerja. Cuti yang tidak cuti. Tak ada kerja yang perlu disiapkan dan ramai yang telah mula bercuti. Nasib baik ada kejutan istimewa untuk saya hari ini. Nak tahu apa? Sebenarnya; hari ini saya telah menerima 2 Kad Ucapan Hari Raya yang istimewa yang saya ingin kongsi bersama. Dan kedua-dua kad ini belum sempat saya membalasnya lagi. Lantaran itu saya mengambil keputusan untuk paparkan di blog ini dahulu. Bolehkan..?




Kad yang pertama datangnya dari Alif OIAM sekeluarga. Terima Kasih Alif, kerana ingat jugak pada abang ye... Ingatkan bila dah glamer giler ni dah lupakan kat abang... ahaks. Lawak jer, jangan majuk ye. Kali terakhir saya bertemu dengan Alif ialah semasa rakaman program Dia... Alif untuk siaran Aidil Fitri di TV1. Rakaman tersebut dibuat di rumah ibu bapa beliau di Kota Damansara. Saya tidak sempat untuk membuat entry berkenaan program tersebut akibat kekurangan gambar sebenarnya. Ye.. lah mana lagi nak makan dan bersembang, pulak tuu terikat dengan rakaman. Tetapi tunggulah siaran rancangan ini di mana saya juga telah ditemubual. Entah apa yang saya perkatakan saya tak tahu. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah, antara kelebihan Alif selain daripada mempunyai tone suara yang merdu dan sedap di dengar; beliau amat petah bercakap dan juga boleh memahami dan berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Ini adalah bonus jika ingin menjadi penghibur yang baik. Apa yang pasti perjalanan karier seni Alif masih jauh kerana beliau masih muda lagi. Sekali lagi untuk Alif, insyaAllah kad ini akan di balas selepas cuti hari raya kelak. Ataupun abang bagi 'by hand' sajalah ye, itupun kalau ada jemputan ke 'Open House'. Kan...Kan.. Kan


Kad yang kedua pula datangnya dari Iqwal Hafiz. Jika ditanya Iqwal yang mana satu. Jawaban yang pasti ialah Iqwal yang telah membuat Malaysia berbangga dengan kejayaan beliau memungut 4 Pingat Emas, 1 Pingat Perak & 1 Anugerah Industri Hollywood di World Championship of Performing Arts baru-baru ini. Pertandingan yang pernah disertai oleh penyanyi dari Malaysia di tahun-tahun yang lalu seperti Syafinaz, Dina, Deja Moss dan Toi AF6. Penyanyi muda ini, kalau tak silap saya umurnya baru 16 tahun ini saya kenal rasanya 2 tahun lalu ketika saya aktif menonton persembahan pentas. Menjadi rapat setelah persembahan muzikal kerohanian SEROJA di POGH. Kali terakhir berbual dengan Iqwal di awal bulan puasa tahun ini ketika menanyakan tentang kemenangan beliau di LA. Belum ada kesempatan untuk bertemu lagi sebenarnya. Untuk Iqwal... insyaAllah abang akan balas kad ini selepas rayalah juga. Biar lambat asal selamat. Boleh klik IQWAL untuk maklumat lanjut berkenaan diri beliau.


Putrajaya... Di Sini Kami Berbuka...


Sebenarnya macam dah malas nak tulis cerita pasal berbuka puasa nii.... Tambahan pula bulan puasa pun dah nak habis dan merangkak pergi dan anak bulan Syawal telah mula menjengok dan menggamit. Tetapi di sebabkan semalam kami berbuka di Shangrila Putrajaya, maka sebab itu saya buat juga slide di atas dan cerita serba sedikitlah. Ye lah... tempat yang indah mestilah kita kongsi bersama. Di Palm Cafe - Shangrila Putrajaya; mereka menawarkan 'Buffet Ramadan' yang berharga RM75++ seorang. Mengikut 'brochure' yang dikeluarkan, setiap perbelanjaan melebihi RM260, maka pengunjung akan mendapat voucher petrol benilai RM50. Berbaloi tu... Malangnya ababila ditanya... Voucher petrol yang dimaksudkan itu dah habislah pulak. Tambah staff yang bernama Shahrul itu lagi, kalau abang datang lagi esok, saya akan bagi diskaun seorang. Hari ini tak boleh sebab saya dah 'punch' resit. Alamatlah melepaslah kami....

Makanan boleh dikatakan banyak jugalah. Seperti biasa mesti ada satay, 'roasted lamb', ABC, kuih-kuih melayu, pelbagai lauk-pauk melayu serta udang dan oyster. Kalau nak makan semuanya.. memang tak mampu. Jadi saya cuma rasa apa yang patutlah. Dalam dok sibuk-sibuk mencari makanan tuu, terserempaklah pula dengan kawan lama semasa di universiti/kolej kediaman/blok - Mihar namanya. Dia pun ambil kesempatan untuk makan di sini juga. Dah dekatpun, dia menginap di Puchong dan bekerja di Cyberjaya.

Suasana Palm Cafe memang nyaman sekali. tambahan diluar Palm Cafe kita akan dapat menikmati keindahan Putrajaya dengan didepani oleh Taman Putra Perdana dengan Mercu Tanda Putrajaya yang gagah berdiri. Yang lebih menarik, surau juga terletak di aras yang sama maka tidak perlulah berjalan jauh atau menaiki lift.

Jika ada masa mungkin boleh datang lagi untuk High-Tea, kiranya. Itupun bergantung kepada besar dan dalamnya kantung sebab inikan 5 Star Hotel !!!

Sunday, September 28, 2008

Sempat Lagi Berpuasa di Kuantan...


Hujung minggu lalu (26 - 28 September 2008) sempat lagi saya berbuka & bersahur di Kuantan. Jumaat malam berbuka di rumah abah dan mama Lisa (meskipun cuma sampai lebih kurang jam 7.30 malam dek kerana hujan yang amat lebat menyambut kami ketika mula memasuki Kuantan - kiranya berbuka dalam kereta dengan meminum milo sahaja sebenarnya) dan Sabtu malam pula dengan sahabat saya Ajeem dan isterinya Hajar serta anak-anak. Dan ini menjadikan lokasi saya berbuka kepada 7 bandar - selain Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Jakarta, Bandar Putra Permai, Seremban dan Melaka.

Cerita di Kuantan - kali pertama menjejakkan kaki ke East Coast Mall. Bukan apa-apapun. Hampir semua outlet adalah 'duplicate' @ francais yang telah ada di Shopping-Shopping Mall di Kuala Lumpur. Cuma yang menariknya ialah untuk menambah koleksi bergambar di hadapan Crocs Concept Store dan terjerumus di Brand Outlet sebab sales yang menambat hati (banyak jugalah berabis). Di Bazaar Aidil Fitri pula... saya terjumpa dengan One Drop Perfumes. Lantas saya pun membeli 2 set box. Satu untuk saya dan satu untuk Lisa. Untuk saya Box Set 2 - Men yang 'kaler oren' dengan 8 haruman - yang diinspirasikan daripada Signature - Hugo Boss, Echo - Davidoff, Tuscany per Uomo - Aramis, Cool Water - Davidoff, DRakkar Noir - Guy Laroche, Allure Pour Homme - Chanel, Le Male - JP Gaultier & Pleasure for Men - Estee Lauder. Entah... saya bukan tahu sangat bau-bau 'perfume' ni. Untuk Lisa; Box set 2 juga - tetapi 'kaler biji remia'. Setelah puas menjelajah EC Mall dari tingkat ke tingkat, kamipun pulang kerumah tetapi masih sempat untuk singgah di 'Super Cowboy' untuk mencari dulang klasik, thermos klasik, dan berbagai barang-barang klasik untuk 'hamper raya Nenek Sarah'.

Malamnya pula saya dan Lisa berbuka dengan sahabat lama saya, Ajeem dan keluarga di Grand Continental, Kuantan. Boleh tahan juga ramainya orang dan jumlah menu yang di hidangkan. Cuma bab menambah makanan (replanish) yang agak lembab. Tambah sedap sebab Ajeem yang belanja, hahaha. Ye lah... dari jauh saya datang untuk membawa tangga 'Bekvam' Ikea yang dipesannya. Usai berbuka kami meneruskan 'rewang' di Berjaya MegaMall tanpa tujuan spesifik. Bila dah terasa bosa maka kamipun meminta diri untuk pulang sedangkan Ajeem dan keluarga meneruskan urusan mereka.

Lupa pula... Kuantan ada Hotlink Walk rupanya. Deretan kedai mamak yang di cat dengan warna merah Hotlink. Sempat lagi membeli juadah sahur... Hari Ahad pagi dah nak pulang semula ke Kuala Lumpur.

Tuesday, September 23, 2008

Berbuka Bersama Mawi : Eksklusif Che Wiwi & Cik Kikin

Mawi & Ikin dah pandai sedondon sekarang. Baru Hari Khamis lepas saya berjumpa mereka dengan serba oren (warna favourite saya). Hari ini sedondon hitamlah pulak. Mawi dengan Ikin siap berjubah lagi... Kalau warna hitam memang saya tak boleh nak 'copy cat' sebab saya tidak mempunyai baju melayu hitam. Kali terakhir saya memiliki baju melayu hitam ialah untuk konvokesyen... 'long...loong...looong time ago....'. Sementara Baju Melayu Kain Pelikat yang saya gayakan ini sebenarnya saya baru beli pada Hari Sabtu lepas di Kompleks PKNS Shah Alam. Memang trend untuk raya kali ini... Songkok anyaman itu pula saya beli di Padang , Indonesia tahun lepas.



Seperti biasa, aktiviti rasmi dalam setiap kali pertemuan sekurang-kurangnya mesti sekurang-kurangnya satu 'snap' dengan Mawi untuk kenang-kenangan dan 'bahan bukti perjumpaan'. Kan.. Kan.. Kan...



Bagai Adam dengan Hawa,
Bagai Uda dengan Dara,
Bagai Rama dengan Sita,
Bagai Laila dengan Majnunnya,
Begitulah Mawi dengan Ikinnya,

Mawi yang bersiap sedia untuk memulakan cabutan bertuah. Serius sekali.
Jangan lupa cabut nombor saya ye...

Ikin menunjukkan ibu jari tanda BEST !!!
Penat juga Ikin menyiapkan 15 hamper kuih raya nii... Untuk peminat Mawi, apa salahnya. Berbakat juga yer... Ikin ni. Tapi kalau nak tempah tahu hadapan lah.. Tahun ni dah tutup kedai.

Berbuka Bersama Mawi : Album Ucapan Raya

Bergambar dengan Mawi ketika menyerahkan Album Ucapan Hari Raya.

Mawi membelek ucapan-ucapan daripada penyokong beliau.
Tak mengapa mawi, balik rumah nanti boleh baca puas-puas.

Kad Ucapan Hari Raya untuk Mawi memang ada dalam agenda kami. Sebenarnya Kak Nora CB yang nak uruskan. Namun awal-awal pagi Ahad, ketika saya masih lena di buai mimpi tiba-tiba saja sms masuk dari Kak Nora CB. Menurut beliau, dia tak jumpa cari Kad Hari Raya yang besar di Jalan Tunku Abdul Rahman dan meminta saya mencari alternatif. Sejam kemudian barulah saya balas sms tersebut dengan mengatakan yang saya akan ke Jusco Taman Equine mencari Kad seperti yang diperlukan. Saya tiba di Jusco taman Equine lebih kurang jam 11 pagi. Puas mencari, namun tidak bertemu dengan kad yang sesuai. Setelah bebincang dengan Lisa, kami bersetuju untuk membeli album gambar sahaja dan kertas warna untuk dijadikan Kad Ucapan Hari Raya Berlapis. Dalam usaha mencari album gambar yang sesuai saya pun menelefon Kak Nora CB untuk mendapatkan persetujuan. Setelah berjumpa dengan album dan kertas warna yang berkenan saya pun membuat bayaran dan pulang ke rumah. Tanggungjawab saya sebenarnya lebih berat kerana saya perlu ke pejabat untuk membuat 'kolaj' - menampal deko, guntingan kad hari raya lama, sampul duit raya dsb (bahan-bahan tersebut tiada di rumah). Nasib baik saya baru membeli pena 'sharpie' pelbagai warna untuk di jadikan alat tulis - selamat satu bab. Sampai di pejabat lebih kurang jam 3.00 petang. Segalanya selesai dalam masa 2 jam. Alhamdulillah. Sampai di JW mariot lebih kurang jam 6.15 petang bersama Galzean, saya mengedarkan kertas berwarna untuk mereka yang hadir menulis ucapan hari raya untuk Mawi. Semuanya berjalan lancar. Cute dan Mus pula membantu melekatkan kertas-kertas ucapan tersebut dan koleksi gambar peribadi mereka dengan Mawi di dalam album. Semuanya selesai sebelum azan maghrib berkumandang. satu kejayaan sebenarnya. Cikgu Jah, Kak Nora CB dan saya menyampaikan Album Ucapan raya tersebut kepada Mawi mewakili semua yang hadir. Sudah tentu kegembiraan terpancar di wajah Mawi ketika menerima album ini.

Sempat lagi Kak Nora CB membelek saat-saat akhir sebelum di serahkan kepada yang berhak, siapa lagi... Mawi laaa.

Ini adalah halaman saya... Jangan jeles, gambar ini di ambil tahun lalu semasa Sambutan Hari Ibu bersama Mawi di POGH. Latar belakang gambar saya tuu banting Mawi jer... bukan yang Mawi sebenar.. Majlis ni ada kenangan manis buat saya kerana saya telah memenangi Best Dress Male. Wow !!!

Monday, September 22, 2008

Berbuka Bersama Mawi : Aksi-Aksi Wakil Rakyat



Lihatlah... Begitulah bersemangatnya Mawi dalam menyampaikan amanat sebelum berakhirnya pertemuan di malam itu. Lagaknya seperti kempen pilihanraya. Dengan jubah berwarna hitam, seperti kempen di timur tengah pula. Dan kami... begitu khusuk bercampur dan kekadang hilai tawa memenuhi ruang, ketawa akan apa yang diperkatakan oleh Mawi. Antara amanat penting termasuklah mengajak semua penyokong Mawi agar bersatu padu dalam menyokong kerjaya Mawi selepas ini. Hentikan berpuak-puak. Berbaik-baik dan bermaafan di antara satu sama lain. Buang yang keruh ambil yang jernih - persis pepatah melayu lama. Mawi juga berjanji akan menubuhkan/mengaktifkan semula Kelab Peminat (yang baru) dan akan melibatkan diri secara lebih aktif dalam urusan pengendalian Kelab Peminat selepas ini. Yang penting namanya bukan Mawi Friends/Fan Club lagi... (Hmmm, kalau kita lihatpun artis-artis ternama Malaysia Fan Club mereka menggunakan nama yang lebih eksotik; antaranya CTZone (Datuk Siti Nurhaliza), Jacsville (Jaclyn Victor) dan NingClique (Ning Baizura). Mungkin kita boleh memilih nama yang lebih sesuai dan gah untuk Kelab Peminat yang akan di aktifkan semula ini. Nama baru, pengurusan baru & wajah baru. Bukankan lebih bermakna. Apa kata 'Wiwians'? Hahaha...

Pasal Kenduri Kahwin dengan Ikin? Lebih baik jika saya tidak tulis di sini, butirannya jelas dalam kabur - kabur dalam jelas. Poyo jer bunyinya... Hmm... yang lebih menarik perhatian saya sebenarnya ialah untuk lagi satu program yang melibatkan Mawi yang lebih hampir iaitu Majlis Hari Raya bersama Mawi. Pastinya lebih menarik dan mencabar untuk mengendalikannya. 'Let's take one step at a time..' Mungkinkah kita boleh buat di rumah Mawi yang baru itu? sambil BBQ dan bersantai di laman yang luas tuu. Apa-apapun, kita tunggu dan lihat sahaja...

Berbuka Bersama Mawi : Kad Ucapan Hari Raya

Ini adalah Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Eksklusif dari Mawi yang dibuat untuk sambutan tahun ini, 1429H untuk para peminat beliau. Mungkin kalau kita hantar Kad Ray pada mawi dia akan membalas dengan menggunakan Kad ini... Hmmmm. Seingat saya, gambar-gambar yang digunakan untuk kad ini diambil di Restauran Seri Melayu ketika rakaman program "Dia... Mawi" untuk siaran RTM1 pada Hari Raya ini (tarikh siaran masih belum di uar-uarkan). Bolehlah merujuk entry-entry lama kalau nak tahu detail mengenai program ini. Kad ini cuma sekeping sahaja sebenarnya dimana dan gambar eksklusif Mawi di bahagian depan dan belakang kad. Semasa Majlis Berbuka Pusa ini, Mawi telah bergerak dari meja ke meja untuk menandatangani sendiri kad-kad ucapna ini. Bak kata pepatah "He wants to make it personal". Eh ada ka pepatah serupa ini? Hentam sajalah Labu. Lihatlah dek kerana keghairahan Mawi menandatangani kad ini untuk untuk saya; dia dah mencampur-adukkan nama sebenar saya dengan nama glamer saya... ahaks, maka jadilah JeffMario !!!




Begitulah tekunnya Mawi menandatangani Kad-kad Ucapan Hari Raya ini untuk semua yang hadir. Semua berhak mendapat satu seorang secara eksklusif daripada Mawi. Hmm... Ada yang akan 'frame'kan kan ini kan... Siapa? Tak nak cakaaaap. Acara menandatangani kad ini di adakan setelah semuanya kenyang sementara menanti untuk 'round' kedua atau ketiga. Elok juga Mawi bergerak dari meja ke meja, kalau tak mesti dia kena serbu lagiiiiiiiiiiii.....