Tuesday, September 18, 2012

"Penchayat" Edisi Khas


Ya.... saya memang sedang membaca novel hasil tulisan Uthaya Sankar SB. Ini merupakan cetakan kedua. Saya kira saya mungkin telah 'ketinggalan keretapi' semasa mula-mula diterbitkan dahulu. Sebab itu terpaksa menunggu sehingga Edisi Khas. Ia adalah  sebuah cerita 1Malaysia berkenaan perompak berbilang bangsa yang mencuri berhala di sebuah kuil hindu di Kampung Gajah. Sementara Penchayat pula merupakan sebuah majlis timbang tara seperti mahkamah sebelum kes di bawa kepada pihak berkuasa. Menggunakan latar belakang semasa era 60-an, selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Macam tidak percaya pun ada, memandangkan ada seorang Melayu Islam yang sanggup berkompot untuk mencuri berhala tersebut demi untuk mendapatkan duit hasil daripada jualan kepada seorang Inggeris. (Saya ulang Orang Putih; yang ingin menjadikan patung tersebut sebagai bahan antik). Bukan bersifat perkauman, tetapi sungguh 'buruk' melayu tersebut sehingga sanggup melibatkan diri dengan kegiatan tersebut. (Namun iakan cuma cerita).

Memang belum habis membaca, insyaAllah akan menamatkan eksplorasi terhadap karya Uthaya ini dalam sehari dua lagi. Semoga mendapat jawaban yang di cari...

No comments: