Saturday, May 8, 2010

AIM 17 - Coretan Saya... Maaf Terlambat



Anugerah Industri Muzik ke 17 (AIM 17) telah sempurna dilangsungkan pada 4 Mei 2010 yang baru lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ada dua insan yang 'paling harus sekali' saya ucapkan jutaan terima kasih. Mujes kerana telah memanjangkn kad Jemputan V.I.P dan Asri Ubai kerana telah memanjangkan undangan 'Pos Party'. Jika tidak sudah tentu saya dan rakan-rakan tidak akan berkesempatan untuk sama-sama memeriahkan 'ibu' segala anugerah industri muzik di Malaysia ini seperti tahun-tahun lalu.

Antara trivia-trivia yang perlu saya ketengahkan termasuklah :

(01) Persembahan pembukaan CTKD dengan lagu Jika Kau Tak Datang sungguh mengkagumkan dan memukau. Mendapat tepukan gemuruh bukan sahaja di dewan malah di rumah bagi mereka yang menonton di kaca tv.

(02) Persembahan kedua oleh kedua pengacara AIM 17 - Afdlin & Adibah sungguh-sungguh 'Unsangkarable'. Tindakan mereka mengubah lagu Pagi dan Gelap (Hujan) dan Lagu Ku untukmu (Meet Uncle Hussain) membuatkan kita ketawa sihingga tak kering gusi dan hampir pecah perut.

(03) Persembahan 1Malaysia oleh Sheila Majid, Jaclyn Victor & Karen Kong (Siti Nurhaliza Cina) dengan lagu Cinta Ada juga akan menjadi antara persembahan yang akan disebut-sebut sehingga tahun depan. Sheila memang pukul habis...

(04) Mawi tak kena boo. Alhamdulillah....:). Tapi Mawi balik awal yaa malam tersebut. Huhuhu...


(05) Kedua-kedua artis Cina dan India yang membuat persembahan pada saya belum layak untuk beraksi di Pentas AIM.

(06) GLee Malaysia !!! Deangn lagu Satu Harapan (nyanyian asal Jac). 8 penyanyi muda telah berpadu suara, tenaga dan langkah tari untuk menutup AIM 17 dengan 'Da Bomb'. Namun yang paling menonjol tentulah Iqwal (WCOPA 2008) dan Alif Satar (OIAM 1).

Berikut Adalah Keputusan penuh AIM 17 :

Artis Baru Terbaik
Yuna

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Hazami (Survivor) (Saya sokong keputusan ini !!!)


Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta) (Seperti yang telah ku duga !!!)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)

Kulit Album Terbaik
Sarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree)

Rakaman Album Terbaik
Akasha (Into..Akasha)

Video Muzik Terbaik
Oh! Sizuka (Pop Shuvit)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Enjut (Noraniza Idris)

Album Nasyid Terbaik
Allahu Rabbi (InTeam) (Akhirnya... dapat juga InTeam anugerah !!!)

Lagu Nasyid Terbaik
Dia Muhammad (InTeam)

Album Rock Terbaik
Adrenalin (Faizal Tahir)

Lagu Rock Terbaik
Situasi (Bunkface) (Yes !!! Yes !!! Yes !!!)

Album Pop Terbaik
Dayang Live (Dayang Nurfaizah) (Congrats Dayang. Saya akan cari CD ini selepas ini)

Lagu Pop Terbaik
Dan Sebenarnya (Yuna)

Album Hip Hop Terbaik
K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique)

Lagu Hip Hop Terbaik
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique)

Album Inggeris Tempatan Terbaik
To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Deeper Conversation (Yuna)

Album Cina Tempatan Terbaik
I’m Karen (Karen Kong)

Album India Tempatan Terbaik
Life Is A Mystery (Shruthi)

Lagu India Tempatan Terbaik
Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti) (Lagu ni memang best !!!)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)

Lagu Terbaik
Dan Sebenarnya (Yuna) (Tak sangka, tapi suka)

Album Terbaik
Adneralin, Faizal Tahir

Anugerah Kembara
Bunkface

Anugerah Wirama
Adnan Abu Hassan

No comments: