Sunday, April 11, 2010

Sambutan Jubilee Perak Sheila Majid



Sempena 25 tahun penglibatan Sheila Majid di dalam industri hiburan, Syarikat Rakaman EMI dan Warner Music telah melancarkan satu set kotak kompilasi kesemua 7 album solo Sheila Majid iaitu Dimensi Baru, Emosi, Warna, Legenda, Ratu, Ku Mohon dan Cinta Kita dengan bonus sebuah Single istimewa berjudul "Dengarkanlah"(Acis/Sheila) yang dijual dengan harga RM99.90 (alhamdulillah saya berjaya mendapatkannya dengan cuma RM80.00 di Flea market Amcorp Mall).

Saya memang mula mengenali Sheila sejak album pertama lagi meskipun bukanlah peminat setia beliau. Tetapi saya memang mengikuti lagu-lagu Sheila (kerana memang ada lagu beliau yang sungguh malar segar). Ketika menuntut di universiti saya ada mengenali seorang rakan yang fanatik dengan Sheila iaitu Khai (yang lebih dikenali sebagai Kapai). (Apa khabar beliau sekarang?). Jalur muzik yang di bawa oleh Sheila memang moden tetapi santai (sebab itu enak di dengar). Beliau pernah di gelar sebagai Ratu Jazz Negara (mungkin masih lagi sekarang) dan mula mengecapi populariti apabila album Emosi yang diterbitkan pada tahun 1986 meletup-letup di Indonesia (dengan lagu Dia & Antara Anyer dan Jakarta).

Antara Lagu-lagu Sheila yang melekat di hati saya ialah :
01. Legenda
02. Sinaran
03. Memori
04. Jentayu (bersama Nora & Johan Nawawi)
05. Antara Anyir dan Jakarta
06. Di Dalam Emosi Ini
07. Pengemis Muda
08. Gerimis Semalam
09. Mengapa Kasih
10. Kerinduan
11. Cinta Jangan Kau Pergi
12. Ku Mohon
13. Jatuh Cinta
14. Dia
15. Kepergianmu

Langkah Pertama mendapatkan set kompilasi ini = Sudah !!
Langkah Kedua = Mendapatkan tandatangan Sheila... Hmmmm... Bila lagi?

No comments: