Sunday, July 4, 2010

Lets 2View with...


Ini adalah antara inovasi yang paling mengujakan saya ketika pertama kali bertemu dengannya. Tentu sebelum ini kita tidak pernah terfikir yang sebuah kamera mungkin memiliki 2 buah LCD. Satu di belakang (ini tiada yang istimewanya - semua kamerapun ada, cuma saiz yang menentukan) dan satu lagi di hadapan (yang membolehkan objek (manusialah) yang dirakam gambarnya juga boleh melihat apa yang dirakamkan - jadi bolehlah memberi pendapat sebelum 'diklik gambarnya). Hebatkan inovasi ini? ...dan Samsung telah memungkinkannya !!!

Terdapat dua model kamera Samsung yang mempunyai teknologi ini. PL151 & PL101. Teknologi ini mempunyai 4 keterujaan. 'Self Potrait' (untuk mereka yang suka mengambil gambar sendiri), 'Couple Shot' (tak payahlah minta orang ambilkan gambar lagi... Hehehe), 'Children Mode' (Siap dengan bunyi dan gambar badut di LCD Hadapan untuk menarik minat kanak-kanak) dan akhir sekali 'Self Timer' (Hebatnya sebab semuapun boleh melihat hasilnya di LCD hadapan !!!).

Saya telahpun memiliki Samsung 2View PL151.

Berikut adalah ciri-ciri kamera ini :

01. Dual LCDs (1.5" front & 3.0" back)
02. 12.4 megapixels
03. 27 mm wide angle
04. 5X optical zoom
05. 7 percent Tilt-back body (memudahkan untuk mengambil gambar sendiri menggunakan self timer tanpa menggunakan tripod.
06. 720P@30fps H.264 Movie Recording
07. Smart Filter (lens effect : miniature, vignetting, fish eye 1 & 2) (colour effect : sketch, defog)
08. Smart Auto (additional features includes zoom-in-potrait, macro colour, blue sky, natural green & fireworks)
09. Smart Face Recognition (exposure up to 20 faces)

Dua kawan saya Cikgu Jah (yang terus memasukkan duit ke akaun bank saya sejak pertama kali melihat saya mengguakan kamera ini untuk memilikinya juga) & Mat (mula tertarik semasa di pendakian Gunung Ledang) telah mengikut jejah langkah saya dengan membeli kamera Samsung 2View ini. Ada beberapa lagi kawan yang menyatakan minat. Anda bila lagi...? Terdapat 2 pilihan warna iaitu hitam/meroon & hitam/ungu.

Eh... Harganya bagaimana?

01. PL151 = RM 799 seunit
02. PL101 = RM 699 seunit

Berbaloi... Memang Berbaloi-baloi... Hiks !!!

No comments: