Sunday, November 1, 2009

Poliklinik Baru di Bandar Putra Permai






"Brochure" Poliklinik An-Nisa yang meuar-uarkan senarai perkhidmatan dan panel. Piloklinik ini mula beroperasi di Bandar Putra Permai sejak bulan puasa yang lalu. Sehingga kini Dr Hj Aslan seorang sahaja yang menjalankan tanggungjawab sebagai Pegawai Perubatan di sini. Beroperasi 7 hari seminggu. Jika kebetulan kesihatan terganggu bolehlah datang untuk mendapatkan rawatan.





Ini adalah Dr Hj Aslan Bacho yang juga merupakan salah seorang 'saudara' saya di Tawau, Sabah. Saya memang ada lagi 'saudara' di Tawau, Sabah sebenarnya. Saya mengenali Dr Hj Aslan ini sejak beliau memulakan pengajian di peringkat Matrikulasi di UPM, Serdang sebelum melanjutkan pelajarannya ke tanah seberang. Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran beliau dari UNSRI Palembang, Sumsel, Indonesia. Setelah bertahun berkhidmat di negeri di Bawah Bayu, kini beliau telah berhijrah ke Semenanjung lantas membuka klinik di sini. Kebetulan pula saya dijemput hadir untuk Majlis Pembukaan Rasmi Poliklinik ini pada 31 Oktober 2009 yang lalu. Jadi saya ingin menambil kesempatan ini untuk mengajak para pembaca yang tinggal di kawasan sekitar Bandar Putra Permai untuk datang mendapatkan rawatan di sini jika ada keperluan. Saya juga telah mendapat rawatan suntikan vaksin H1N1 di sini sebelum berangkat ke Gold Coast, Australia tempoh hari.



Majlis yang nampak sederhana tetapi ramai juga yang datang tanpa henti. Selain solat hajat, bacaan doa selamat juga di adakan. Saya tiba dengan jiran saya, Zul usai solat Asar. Makanan yang di hidangkan boleh tahan enaknya. Nasi, Mee dan Satay pun ada.



Tetapi juadah ini rasanya paling istimewa yang di bawa khas oleh ibu Dr Aslan dari Tawau, Sabah. Malangnya saya tidak sempat untuk bertanya apakah nama kuih ini. rasanya manis, ada biji bijan. Lebih kurang seperti kuih keria di semenanjung.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Maju Jaya untuk Dr Aslan sekeluarga dengan pembukaan klinik ini serta kerjaya baru sebagai ahli perniagaan. All the Very BEST !!! InsyaAllah segalanya akan mendapat berkat.

2 comments:

draslan said...

Assalamualaikum?.. abg jeff, boleh tahan juga blog nye. terima kasih sebab sempat juga memuatkan gambar2 masa pembukaan poliklinik hari tu. dan terima kasih sebab datang dan memeriahkan lagi majlis. wasalam

PutraPermai.net said...

Assalamualaikum, Jemput ziarah dan join Portal Komuniti Bandar Putra Permai di www.putrapermai.net