Thursday, November 12, 2009

Kemelut Pernikahan Damian & Nadia...


Kad Undangan & Hadiah Perkahwinan untuk Damian & Nadia yang masih tersimpan di rumah. Tidak sempat untuk diserahkan kerana Majlis pada 26 September 2009 yang lalu di batalkan gara-gara 'musuh dalam selimut'?





Kepada mereka yang terlepas menonton Melodi terutama dalam Kemelut Pernikahan Damian & Nadia, bolehlah menonton di sini. Seingat saya ada tiga episod antaranya, temubual tentang dakwaan bapa Nadia, kemudian tampil pula ayah Damian membuat penjelasan dan akhir sekali apabila Nadia tampil untuk menjelaskan pokok perkara bagi pihak dirinya. Mungkin ini adalah kebenaran yang kita sama-sama tunggu selama ini? Bilakah Episod ini akan berakhir?

Untuk Damian, diharap dapat bersabar, tawakkal dan selalu berdoa kepada Allah s.w.t. atas dugaan hebat untuk seorang Saudara Baru yang sedang saudara ditempuhi. InsyaAllah, ada sinar yang sedang menunggu dipenghujung episod ini. Tanpa ragu, I Will Always Support You !!!

No comments: