Semasa bermalam di PETROSAINS pada 30 -31 Oktober 2009 yang baru lalu (alamak - tentunya saya akan terpaksa membuat entry menarik berkenaan camping di PETROSAINS kan?), saya menerima 'automated SMS' berkenaan persembahan Laman Santai jam 8.30 malam pada 31 Oktober 2009 yang akan menampilkan Mawi & Ella sebagai tarikan utama. Memang menarik kerana jika ini benar-benar berlaku maka ia adalah kali pertama Mawi akan membuat persembahan di Laman Santai setelah kurang lebih 2 tahun Laman Santai diwujudkan !!! Lantaran itu saya pun meminta bantuan Cikgu Jah untuk menghubungi 'orang kuat' Mawi untuk mengesahkan maklumat tersebut.
Ternyata pagi 31/10 saya mendapat pengesahan tersebut di mana Mawi benar-benar akan muncul. Maka seperti biasa.... saya terpaksalah menyebarkan maklumat ini kepada 'anda tahu siapa anda'. Kan... Kan... Kan... Maka leboh kurang jam 8.00 malam saya pun sampai ke Laman Santai bersama Lisa dan Cikgu Jah telah siap sedia menunggu. Yang lain-lain katanya nak datang tetapi mungkin sebab cuaca yang kejap-kejap hujan maka ada yang membantutkan niat. Namun begitu... suasana Laman Santai memang ramai dengan pengunjung yang pastinya untuk menunggu Mawi dan Ella !!!
No comments:
Post a Comment