Saturday, November 14, 2009

Filem Eropahlah Pulak...:)




Tidak dinafikan kita sering dan terlalu banyak di sogokkan dengan filem-filem Hollywood yang kadangkala dangkal falsafahnya dan cuma hebat dengan teknolgi perfileman sahaja (teknik CGI contohnya). Apa kata sesekali kita cuba menonton filem dari pembikin filem dari negara-negara lain (seperti Eropah, Iran, Jepun dsb) yang tidak kurang hebatnya. Sehubungan dengan itu sejak 12 November lalu dan akan berlangsung sehingga 22 November ini, Kesatuan Eropah telah melancarkan 10th European Union Film Festival 2009 bertempat GSC Mid Valley, GSC 1 Utama dan GSC Pavillion. Sebanyak 19 buah filem dari 15 buah negara EU akan ditayangkan di 3 buah pawagam yang di sebut tadi. Tiket untuk tayangan filem-filem ini murah sahaja, cuma RM5.00 untuk sesebuah filem dan boleh di beli di kaunter tiket seperti biasa.



Saya telah mendapat 2 keping Tiket Percuma daripada Kedutaan Sweden. Ingat Ikea? Ingat Abba? Ingat Roxete? Ya.. Inilah Negara yang melahirkan ketiga-tiga nama besar yang saya sebutkan tadi. Saya masih berkira-kira untuk menonton filem yang mana satu tetapi ada beberapa judul yang telah berjaya menarik minta saya berdasarkan sinopsis yang di baca. Antaranya termasukah :

(1)Lapislazuli (Children Movie/2006/Austria)
(2)Night Owls (Drama/2008/Czech Republic)
(3)In Boundless City (Drama/2002/Spain)
(4)Wonderful and Loved by All (Drama/2007/Sweden)
(5)The Fountain for Suzanne (Drama-Romance/1985/Slovakia)

Apa-apapun saya juga perlu melihat jadual kerja saya juga...:)

No comments: