Thursday, October 29, 2009

Who Said Akon is Bad? He is Damn Badd Actually !!!










Konsert Akon Freedom Beach Concert 2009 di Surf Beach paradise, Sunway lagoon Sabtu lalu adalah yang terhebat pernah saya saksikan sepanjang 3X Akon singgah di Malaysia !! Menurut cerita 8000 tiket berjaya dijual tetapi dari pandangan mata kasar saya lautan manusia melebihi dari 10, 000 orang. Begitulah betapa hebatnya pengaruh Akon di Malaysia !!! Jika ada yang mengatakan Akon adalah Bad Boy memandang beliau adalah Konvict; tennyata hampa kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Penyanyi Senegal-Amerika yang terkenal dengan "tossing-fan-offstage" dan juga " gyranting-with-girl-onstage" ini tenyata mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan tanpa sedikitpun mengurangkan tenaga dalam persembahan beliau dengan menyampaikan lagu-lagu hit beliau dan protege beliau (sepeti Just Dance, What You Got & Dangerous)

Akon memulakan persembahan lebih kurang jam 9.15 malam setelah dua penyanyi Malaysia membuat persembahan sebagai opening act iaitu Nikki (what a waste panggil Nikki, sebab kesalahan pemilihan lagu dan suara beliau ala-ala opera membuatkan penonton 'boo') Nasib baik artis Malaysia di selamatkan oleh rapper underground Caprice yang memberikan persembahan yang amat memberangsangkan !!!

Persembahan Akon dimulakan dengan 'perfect' sekali. It is an awsome performance since the very first minute. Untuk sebuah konsert terbukan Akon adalah 'pitch perfect' untuk keseluruhan persembahan. Sehinggakan jika kita memejam mata kita akan terasa seperti mendengar suara Akon dari alat pemain cakera padat. Saya bukan sahaja terhibur tetapi kesungguhan Akon untuk menghiburkan peminat adalah amat jelas bukan sahaja dengan pemilihan lagu, tenaga yang beliau ada, percakapan yang terancang dan pergerakan yang sungguh energetic.

Antara lagu yang sempat di nyayanikan oleh Akon termasuklah Soul Survivor, Getto, Smack That, I'm So Paid, Right Now (Na Na Na), I Want To Love You dan lain-lain lagi.

Antara aksi merbahaya yang telah dilakukan oleh Akon ialah apabila beliau telah tanpa di sangka-sangka telah melontarkan dirinya ke arah penonton dan menyatakan beliau akan merangkak (ataupun diusung oleh para peminat)ke hujung batasan penonton dalam usaha untuk membuktikan yang semua peminatnya bersatu hati. Sesungguhnya tindakan berani mati Akon ini telah membuktikan kepada dunia dan penghibur barat bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Aman dan peminat Malaysia bukan sahaja sporting tetapi berhemah tinggi. Ini adalah kerana Akon berjaya sampai ke penghujung dengan selamat di tambah pula dengan tiada seorang penonton pun yang tercedera. Maka terdengarlah perkataan yang terpacul dari mulut peminat... "OMG I touched akon !!!".

Maka berakhirlah dengan jayanya konsert yang saya tunggu-tunggu sejah Julai lalu. Saya amat berbangga kerana bukan sahaja dapat menyaksikan persembahan Akon secara live untuk kali ketiga tetapi akhirnya dapat bergambar dengan Akon di PC !!! YES... hasrat tercapai !!!

No comments: