Tuesday, October 13, 2009

My Heritage Night @ The Museum - The Cruise


Saya memang nak letak gambar saya; malangnya gambar tersebut 'blur' lah pulak. Jadi terpaksalah menjadikan Yeo sebagai model iklan di hadapan Melaka River Cruise ini. Destinasi pertama kami ini sebenarnya ialah Melaka River Cruise dan bermula di Taman Rempah. Hentian utama ini memang amat teratur dan menarik sekali. Proses untuk membeli tiket dan beratur juga kemas dan lancar. Tetapi bagi kumpulan kami memanglah cepat dan pantas kerana bot telahpun di tempah awal. Turut mengikut kami 'Rombongan JaseMario' ialah 2 orang kakitangan daripada PERZIM. Orang PERZIM kenalah pastikan yang kami selamatkan. Huhuhu...


Memang segak dan bergaya sekali dengan t-shirt MHN@TM Hitam Glow In The Dark ini. Tambahan pula semua peserta sporting dan menepati masa dan begitu menghormati antara satu sama lain. Tidak ada yang berebut-rebut menaiki bot. Ya sememangnya tidak perlu berebut kerana tempat duduk melebihi para peserta. sebab itu semuanya relax sahaja. Meskipun ini bukan pengalaman pertama saya menaiki Melaka River Cruise ini , tetapi setiap kali pasti ada keistimewaannya. Cuma kali ini bersama kawan-kawan ianya menjadi lebih istimewa.


Seperti biasa Mr Desmond menjalankan tugas beliau sebagai pemandu pelancong yang baik. Terutama dalam menyampaikan maklumat berkenaan Negeri melaka dengan amat terperinci sekali. Kelebihan Mr Desmond bukan sahaja beliau mempunyai maklumat mendalam tentang Melaka tetapi beliau fasih berbahasa malaysia dan Inggeris. Bahasa memang membantu beliau dalam menjalankan tugas seharian beliau. bermaca-macam cerita yang dikongsi oleh beliau dengan kami.


Perjalanan di dalam bot mengambil masa kurang lebih 45 minit (lama juga sebenarnya). Perjalanan bot ini memang agak perlahan jika hendak di bandingkan dengan bot penumpang biasa. Ini mungkin mengambil kerana untuk mengambil kira celoteh Mr Desmond yang perlu dihabiskan dalam masa perjalanan tersebut juga. Meskipun tidak banyak soalan yang di ajukan oleh kami kepada beliau dek kerana kami lebih teruja menghabiskan masa dengan menikmati keindahan alam dan tinggalan sejarah di kiri dan kanan, sedar- tidak sedar kami sudah sampai ke destinasi iaitu Jeti Padang Niru. Maka bermulalah episod yang lebih mencabar !!!

No comments: