Thursday, October 8, 2009

Terasa Macam Nak Makan Papadomlah Pulaaak !!!


Memang saya pernah mengatakan yang saya terlalu inginkan Talentime mendapat anugerah Filem Terebaik di FFM yang lalu. Tetapi saya kira ia mungkin kurang adil kerana saya sendiri ketika itui belum menonton Papadom. Setelah menonton papadom malam tadi di GSC Alamanda maka dengan jelas dan tidak syah lagi bahawa barisan juri sebenarnya telah membuat pilihan yang amat tepat. Papadom lahir sebagai sebuah satira ringan penuh dengan mesej membina dan diadun tawa berbaur tangis. Ia bukan sebuah filem yang 'perfect' tetapi ia lahir sebagai sebuiah filem generasi baru yang amat segar. Kesalahan kecil yang dapat ditangkap oleh mata saya ialah kelihatan wayar microfon di dalam singlet Dom ketika di awal-awal filem. Selain daripada itu juga saya kira watak Farid Kamil sebagai Hisham sebenarnya tidak perlu dilembutkan. Watak Que sebagai Mat juga tidak perlu di 'nerd'kan. Namun begitu, saya memang puas menonton filem ini. Memang berbaloi. Saya kira anda juga perlu menonton. Lakonan Afdlin, Liyana Jasmay, Vee dan Norkhiriah memang mantap habis !!! :Lagi satu... lagu-lagu nyanyian Afdlin yang menghiasi filem ini juga membuat saya terhibur. Tahniah untuk sebuah lagi filem Malaysia !!!

No comments: