Tuesday, October 20, 2009

Down - Jay Sean feat Lil' Wayne



Lagi satu lagu berhantu muncul untuk melengkapi tahun 2009 ini. 'Down' by Jay Sean feat Lil' Wayne adalah lagu yang menguasai carta lagu di seluruh dunia ketika ini. Adakah ini export terbaru dari Bollywood ke Hollywood? Ataupun export terbaru dari Britain ke Amerika? Jay Sean, lihat saja raut wajahnya, kita pasti dapat agak yang beliau mempunyai susur galur keturunan India. Apa-apapun sebagai rakyat Asia saya tetap bebangga kerana seorang penyanyi berdarah Asia berjaya menempatkan diri di puncak Billboard Hot 100 !!! Jay Sean beberapa tahun lalu telah berjaya menggegarkan UK Top 75, kini tiba giliran beliau untuk merentas lautan Atlantik ke bumi Uncle Sam untuk bikin HAVOC !!! Bila lagi penyanyi Malaysia boleh melangsaikan tanggungjawab ini. Mungkinkah Zee Avi? Sebelum itu... layan saya video klip ini !!! Enjoy...

No comments: