Saturday, October 24, 2009

Citra, Cinta & Cita


Sebenarnya saya telah dinasihatkan oleh seorang sahabat agar tidak menonton filem ini. Tetapi memandangkan yang menyaran begitu adalah seorang sahabat maka saya menonton juga. Setelah menonton saya sedar kenapa beliau berkata demikian kepada saya 3 bulan yang lalu. Bukan saya menyesal menonton filem ini semalam, tetapi lebih kepada tidak puas hati dengan hasilnya. Yang paling ketara ialah kesan bunyinya yang amat mengganggu penumpuan. Muzik latar saya kira terlalu bising dan kuat sehinggakan ada sesetengah dialog pelakon tidak dapat didengar dengan jelas oleh penonton. Suntingan yang tidak kemas juga mengganggu konsentrasi. Suntingannya nampak serabut dan gopoh. Memang benar karya ini di angkat daripada sebuah novel lampau yang hebat, tetapi apabila naskhah hebat di angkat ke layar perak maka tentunya bukan semua situasi penting dan 'significant' kepada jalan cerita dapat visualkan dengan jelas, nyata, kreatif dan menarik. Lagi satu yang saya kira kurang ialah teknik CGI yang nampak seperti amatur dan juga semua aksi-aksi silat/stunt tidak nampak gah. Terlalu biasa. Kisah adat yang terlalu di peradatakan ini memang menarik untuk difilemkan lantas memberi pengajaran tanpa perlu berhujah. Ada banyak kirikan sosial yang membina yang dapat di tonton tanpa perlu berleter. Yang paling utama tentunya jangan jadikan diri sebagai umpan untuk kuasa besar yang tamak dan sesungguhnya orang barat (dalam kisah ini Belanda) memang tidak mungkin boleh dipercayai. Maka berhati-hati !!! Hmmm... Dialog-dialog pantun di awal filem ini MENARIK JUGA..!

Lakonan? Saya memang tidak berkenan langsung dengan lakonan Ejad. Watak Dayang yang di bawa agak kaku dan tidak mendalam; tidak ada jiwa. Farid Kamil.... yang Hero tak nampak Hero. Watak yang jika kita baca di helaian novel nampak hebat tetapi bila difilemkan kurang keberkesanannya. Hattan dan Aziz M Osman boleh dibanggakan. Tapi mungkin skrip yang tidak mantap? Zulhuzaimy... Kenapa perlu pakai subang? Bachok @ Datuk Bachok bukannya jahat sangat/bukan juga bekas lanun (Hahaha...). Dia cuma budak 'lurus bendul' yang mencari cinta dan menjadi mangsa keadaan/ketakamakkan Panglima Merah. Sekurang-kurangnya itu yang dapat ditonton di layar perak. Lokonan Zul... Memang ada yang perlu diperbaiki. Walau bagaimanapun; saya suka di awal filem apabila Zul menari untuk mengorat Dayang, nampak 'real'. Dan ketika beliau membunuh penjahat dan tiba-tiba Panglima Merah muncul, nampak naif betul terperangkap dengan tipu muslihat Panglima Awang. Tetapi sebagai mana yang dinyatakan oleh Zul di akhbar - secara peribadi beliau tidak puas hati dengan lakokan dan filem ini (sebab itu dia mencadangkan agar saya tidak menonton !!! OOpsss !!!).

Bukan semua tak bagus. Idea di awal dan akhir filem di mana Awang dan dayang menceritakan kisah mereka "Lembing Awang Pulang Ke Dayang" dan membuat 'debrief', memang idea yang bagus. Lucu juga melihat Farid & Ejad di mekap tua.

Meski apapun yang saya tulis dan kritik, kita perlu menonton filem ini kerana 1 Gagasan Mulia... Gagasan 1Malaysia !!! (Semasa saya dan Lisa menonton; cuma ada lebih kurang 14 penonton yang lain. kasihan kan nasib filem kita di bumi sendiri?)