Tuesday, May 26, 2009
Kafe Baru di Taman Equine !!!
Monday, May 25, 2009
Kotak Cinta
Saturday, May 23, 2009
Tuesday, May 19, 2009
Sunday, May 10, 2009
It's Not A Passion Anymore... It's An Obsession !!!
Tidak dapat tidak, saya terpaksa mengakui hakikat di atas... memang saya dan Crocs sebenarnya telah melampaui batas 'passion'. Awal bulan April yang lalu saya di kejutkan dengan e-mail yang di hantar oleh seorang rakan mengenai "Crocs Sales of The Year". Ini termasuk dengan model-model Crocs yang belum di jual di Malaysia. Maka sayapun memanjangkan e-mel tersebut kepada saudara mara dan rakan-rakan. Lantaran membuat tempahan. Janjinya 3 minggu untuk proses pengiriman tetapi sehingga kini belum ada perkhabaran yang jelas. Lantas sudah tentu kecewa bersarang di hati. Bayangkan jika ini menjadi realiti maka saya (dan Lisa juga) sebenarnya akan memborong 10 pasang Crocs (dengan separuh harga ) !!! (Nota : bukan semua 10 pasang untuk kami)
Dalam masa yang sama juga saya telah 'mengorbankan' sepasang Crocs Off-Raod yang telah saya pakai lebih 6 bulan kepada Galzean. Puncanya ialah kerana sebenarnya Crocs Off-Road 'Army/Orange' saya itu satu saiz kecil daripada yang sepatutnya saya pakai (ye lah semasa beli dahulu rasa macam OK, petugas di kedai pulak tidak banyak membantu). Maka elok sangat untuk Galzean yang dengar ceritanya sudah mula terpikat dengan Crocs dan merancang untuk membuat koleksi !!!
Kedua-dua cerita tadi sebenarnya telah memungkinkan saya membeli Crocs baru !!! Satu hajat tak sampai dan satu lagi pula telah 'dikorbankan' !!! Lantas proses mencari Crocs barupun bermulalah... Setelah puas menjelajah dari IOI Mall, Lot 10, Ikano Power Centre & Mid Valley tidak juga ketemui yang berkenan. Mulanya saya mencari stok yang masih di jual 50 % tetapi akhirnya pada 10 Mei 2009 yang jatuh pada Hari Ibu Sedunia dan AEON Bukit Tinggi telah menjadi saksi di mana saya telah 'jatuh cinta' dengan Off-Road Mossy Oak/Khaki. Model baru, 'spin-off' & 'special edition' daripada orioginal Off-Road. Lisa pun berkenan. Model ini juga 'ala-ala' Crocs Winter Camo Beach yang telah saya miliki setelah pulang dari Korea tahun lalu. Hmm 'saya yang copy cat Mawi' atau 'Mawi yang copy cat saya'?
Saturday, May 9, 2009
Siapa Mikhail Di Hatimu?

JaseMario, Novel Mikhail & Ramlee Awang Murshid
19 April 2009 @ PBAKL 2009, PWTC
Friday, May 8, 2009
'Kenangan Di Penjara Setahun Lalu'

Jangan terkejut dengan tajuk entry saya kali ini. Sememangnya saya tidak pernah masuk penjara. Hatta disabitkan kesalahan mahupun berlakon drama apatah lagi lawatan cuti-cuti Malaysia. Bulan Mei tahun lalu saya menonton Break Out bersama Mawi di Seoul. Bukan saya seoranglah. Lisa ikut juga... dan ramai rakan-rakan Yellow Mellow @ YM. Teater Tarian Komedi Tanpa Suara ini mengisahkan tentang 5 banduan yang cuba untuk melepaskan diri dari penjara. Ia merupakan sebuah persembahan pecah panggung di Korea Selatan. Kami memang bertuah dapat menonton di sana. Kini Break Out dalam sesi lawatan ke Malaysia untuk persembahan amal di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Niat di hati memang ingin menonton lagi, namun setakat hari ini saya mempunyai dua tuntutan yang sedang menunggu. Surabaya atau Miri? Yang mana satu bakal menjadi realiti?
Persembahan amal ini akan berlangsung di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 23 & 24 Mei 2009. Waktu persembahan ialan jam 3.00 petang dan 8.30 malam dan harga tiket pula ialah RM63 & RM 93. Break Out juga akan di pentaskan di Dewan Sri Pinang, Pualau Pinang pada 27 & 28 Mei 2009 pada jam 8.30 malam sahaja. Harga tiket adalah sama seperti persembahan di KL. Jika ingin maklumat lanjut bolehlah melayari sini & sini.

Wednesday, May 6, 2009
Jom !!! Rimba Jinbara Kemensah

Sebenarnya sebelum ke Mid Valley saya dan Lisa telah membawa Najib untuk mandi -manda dan berkelah di Rimba Jinbara Kemensah. Mula-mula rancangannya hendak ke Hutan Lipur Sungai Congkak tetapi memandangkan Najib ada pengalaman yang tidak begitu enak di sana maka kamipun menukar arah perjalanan dan meluncur laju ke sini yang sebenarnya lebih dekat dengan ibu kota. Rimba Jinbara Kemensah ini letaknya di belakang Zoo Negara sahaja. Jadi amat mudah untuk ke sini. Memandangkan ini merupakan kawasan persendirian maka kami perlu menyewa chalet jika mahu mandi, berkelah dan melepaskan lelah di sini. Semua kemudahan asas ada. Jika ingin menyewa perlalatan pun ada. Jika malas membawa makanan usah gusar kerana gerai makanan menyediakan makanan yang enak dengan harga berpatutan. Kami menghabiskan masa di sini lebih kurang 2 jam 30 minit. Memang tak puas dan rasa ingin ke sini lagi untuk berendam sampai kecut !!! Baru best...
Tuesday, May 5, 2009
Backyard Monsters & Dinosours Are Back !!!

Hujung minggu lalu Najib datang bermalam di rumah kami. Najib ini jika hendak diikutkan dia berpangkat anak angkat. Tapi Najib ni tak lah memanggil saya babah ke, walid ke, ayah ke, pak cik ke, uncle ke... Najib panggil saya abang saja (Kalau dah panggil saya abang tentulah Lisa di panggil kakak ye). Macam mana Najib ni boleh jadi anak angkat? Dua tahun lalu saya mengikuti Program Sentuhan Kasih anjuran syarikat di mana saya bekerja. Program di bulan Ramadhan ini mengajak para pekerja untuk menaja hadiah hari raya kepada anak-anak yatim yang dipilih. Saya (dan Lisa) telah menaja hadiah untuk Najib yang ketika itu berumur 13 tahun. Perhubungan semasa program selama lebih kurang 5 jam tersebut kekal sehingga kini. Di mana sekurang-kurangnya 2 kali setahun Najib akan bermalam di rumah, pernah juga Najib mengikut saya pulang ke kampung bersama anak-anak saudara saya yang lain. Memandang Najib datang lagi maka kamipun merancang beberapa program dan salah satunya ialah merungkai misteri dinosour dan serangga pelik di belakang rumah.
Pameran Backyard Monsters & Dinosours Are Back ini sedang berlangsung selama sebulan ini di Pusat Konvensyen Mid Valley Megamall Kuala Lumpur akan tamat pada 17 Mei 2009. Tiket Masuk ialah RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak dari 5 - 15 tahun. Pameran di buka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ada lebih kurang 9 species dinosour di pameran ini. Jika ingin memegang Ikon Dinosour silakan saja kerana Trynnosaurus Rex @ T-Rex. Selain daripada itu ada juga Deinonychus, Triceraptops dan Apotosaurus. Serangga raksasa juga ada; antaranya ialah belalang mentadu, kala jengking, lebah pepatung dan semut. Antara yang paling menarik minat saya ialah 'mata kumpuan'. Telah 50, 000 orang telah mengunjungi pameran ini termasuk saya, Lisa & Najib. Anda bila lagi? Banyak maklumat yang boleh diperolehi...
Monday, May 4, 2009
AFMASUK10 QHAUD hantar ke 32999
Sunday, May 3, 2009
AIM 16 (5/5) : Congratulations Damian Mikhail
Layan jer lagu "Jelita" - Damian Mikhail ni... (which was released on 14/2/2009). Yang ni dah sah-sah bukan original video klip OK (saya ambil kat YouTube, ini jer yg ada). Adakah lagu ini ditujukan khas oleh Damian untuk 'fiance' dia tu? Sudah semestinyalah kan...:) (Lagi satu.. kita tunggu 'full album' Damian keluar dan dicalonkan untuk AIM 17. Mana tahu dapat Best New Artis & Best Pop Song... hehehe)
AIM 16 (4/5) : Tahniah Kepada Para Pemenang
Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-16 (AIM 16)
Tarikh :
2 Mei 2009
Tempat :
Dewan Merdeka, PWTC, KL
Siaran Langsung :
NTV7
Pengacara :
Bob Lokman, Adibah Noor, dan Afdlin Shauki
Persembahan :
Misha Omar, Dato' Sheila Majid, Joe Flizzow, M. Nasir, Faizal Tahir, Rossa, Hujan dan Meet Uncle Hussien.
Ini adalah ketiga-tiga Trofi yang dimenangi oleh Dato' Siti Nurhaliza. Nasib baik kami sempat bertemu Saida lantas meminta kebenaran beliau untuk mengambil gambar trofi-trofi ini tanpa kehadiran Dato' Siti sendiri yang kini sedang menunaikan umrah di Mekah. Dato' Siti memenangi Anugerah Persembahan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik. Yang saya ralat ialah apabila Dato' Siti kalah di dalam persaingan Lagu Pop Etnik Terbaik kerana saya mengharapkan lagu di Taman Teman memenangi kategori ini. Apa-apa pun segudang tahniah untuk Dato' Siti dari saya.
Janda meletup.... itulah gelaran yang sesuai untuk Nora Danish ketika ini. Saya kira Nora Danish cuma datang untuk memeriahkan majlis kerana beliau bukan penyanyi. Nora datang juga tanpa kehadiran geng-geng Gaia beliau iaitu Farish & Tam. Saya cuma ambil kesempatan untuk bergambar dengan Nora Danish kerana Cute begitu teruja untuk bergambar dengan beliau. Hahaha...
Paus memang betul-betul membuat kejutan. Sama sekali saya tidak menjangkakan yang Aizat akan memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) dengan Lagu Kita. Mengikut sejarah AIM, kemenangan selalu berpihak kepada Reshmonu apabila dicalonkan dan saya pula mengharapkan agar Bob AF2 memenangi kategori ini kerana saya kira lagu Cinta Terhalang lebih menguji kekuatan dan variasi vokal penyanyi tersebut jika dibandingkan dengan Lagu Kita yang lebih moderate.
Bertuah betul Jutawan Baru si Tomok. Baru saja menang OIAM3 semalam, sudah dipanggil untuk menyampaikan Anugerah di OIAM (sesuatu yang tak mungkin di rasai semasa New Boyz). Tomok datang bersama Aweera dan Esther. Sambil mengambil gambar saya sempat berbisik kepada Tomok agar beliau menggunakan duit kemenangan beliau untuk mengAFUNDI ISMA agar kedua beradik ini dapat mencipta sejarah menjuarai dua rancangan realiti yang berbeza di dalam tahun yang sama !!!
Tahniah Misha Omar !!! Saya sebenarnya tidak kisah Misha menang kategori Album Pop Terbaik. Tetapi untuk tiga lagi kategori lain? Saya ada pilihan lain; antaranya untuk Lagu Pop Terbaik saya memilih lagu Ketentuan - Ramlah Ram. Tetapi malam ini memang malam Misha sebenarnya kerana telah berjaya menggondol 4 Anugerah (lebih 1 dari Dato' Siti !!!). Ucapan saya - Bila nak buka Pendakap Gigi?
Kalau bertemu dengan Resh memang tak saha kalau tak mengambil gambar. Selalunya saya teruja dengan fesyen fusion yang ditampilkan oleh Resh di setiap Anugerah. Beliau tidak kisah menjadi "istimewa" !!! Dan Resh amat mesra dengan fan !!! Untuk Resh... Tahniah kerana berjaya menggondol Anugerah Rakaman Album Terbaik melalui Harapan. Akan Tetapi... Dimanakah boleh di beli album ini? Tidak pernah saya terjumpa di Speedy Video ataupun Music Valley. Adakah ia diterbitkan untuk AIM sahaja? Hmm... macam juga album Arus Qudus Yasin tuu... mana ada di CD Store?
Berikut Adalalah Senarai penuh Penerima Anugerah (Yang dibold - saya SUKA) :
1. Kulit Album Terbaik
Vignes Balasingam/Remain Unknown - Estranged
2. Rakaman Album Terbaik
Harapan - Reshmonu
3. Album Pop Etnik Terbaik
Lentera Timur - Dato' Siti Nurhaliza
4. Album Nasyid Terbaik
Nostalgia Nadamurni - Rabbani
5. Album Hip Hop Terbaik
OK-Malique
6. Video Muzik Terbaik
1000 Tahun (Mahu Hidup) - Butterfingers
7. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Pada Cintanya - Dato' Siti Nurhaliza
8. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Ayat-Ayat Cinta -Rossa
9. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Raihan- Assubhu Bada
10. Lagu Cina Tempatan Terbaik
Man Jiang Hong - Man Jiang Hong
11. Lagu India Tempatan Terbaik
Ethirrpaarakiren - Anbarasan & Anuratha
12. Album Cina Tempatan Terbaik
Will Be Good - Will Ng
13. Abum India Tempatan Terbaik
Ethirpaarkiren - Anbarasan & Anuratha
14. Lagu Pop Etnik Terbaik
Nafas Cahaya - Misha Omar
15. Anugerah Wirama
Habsah Hassan
16. Persembahan Vokal Di Dalam Lagu (Wanita)
Dato' Siti Nurhaliza - Di Taman Teman
17. Lagu Nasyid Terbaik
Bila Nur Melimpah Hati - Rabbani
18. Lagu Hip Hop Terbaik
Mentera Beradu - Malique & M. Nasir
19. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Aizat - Lagu Kita
20. Album Inggeris Tempatan Terbaik
President - Joe Flizzow
21. Artis Baru Terbaik
Meet Uncle Hussain
22. Lagu Rock Terbaik
Bila Aku Sudah Tiada - Hujan
23. Lagu Pop Terbaik
Cinta Adam & Hawa - Misha Omar
24. Album Rock Terbaik
Hujan - Hujan
25. Album Pop Terbaik
Misha Omar - Misha Omar
26. Lagu Terbaik
Nafas Cahaya - Misha Omar
27. Album Terbaik
Lantera Timur - Dato' Siti Nurhaliza
AIM 16 (3/5) : PINKY BREWSTER?
Tujuan utama saya ke AIM 16 ini pun kiranya untuk memberi sokongan kepada 4 pencalonan Mawi iaitu Album Nasyid Terbaik (Allah Habeebi - yang merupakan taruhan terbaik Mawi) dan tiga lagu di kategori Lagu Nasyid Terbaik iaitu Allah Habeebi, Serulah Namanya & Teman Hakiki.
Tidak dapat tidak, mesti kena bergambar jugakan... itupun nasib baik sempat menahan Mawi & Ekin ketika keluar meninggalkan dewan untuk pulang kerana seperti biasa, Mawi memang jarang turut serta dengan "Post Party AIM", seingat saya lah... tapi kali ini nak di jadikan cerita; Mawi terlupa membawa Kad Jemputan AIM juga... Mawi... Mawi...:). Lupa pula nak tanya siapa yang menaja pakaian Mawi dan Ekin kali ini haa....?
Bukan tidak puas hati. Bukan menidakkan keputusan AIM. Tetapi saya percaya Album Allah Habeebi sebenarnya adalah merupakan taruhan terbaik Mawi untuk memenangi anugerah di AIM setakat ini. Setelah Album ini tewas di tangan Rabbani (Nostalgia Nada Murni) saya seperti dapat mengagak yang lagu Rabbani "Bila Nur Melimpah Di Hati" yang dicipta lebih kurang 20 tahun lalu akan di nobatkan sebagai lagu Nasyid Terbaik !!! Saya percaya Mawi memang kuat semangat.... Harap-harap Mawi akan menerbitkan album/single yang lebih hebat untuk bertanding di AIM 17 !!!
AIM 16 (2/5) : Ayat-Ayat Rossa

Memang tidak ku sangka banget yang akhirnya dapat bertemu Rossa untuk mendapatkan tanda tangan beliau di CD-CD Rossa milikku. Tambahan pula kan Rossa baru melahirkan album terbaru yang berjudul ROSSA sahaja. Jika dibelek kulit album Rossa ini ada satu bait ayat yang ditulis oleh Rossa yang menarik minat saya, katanya untuk anak dan keluarga beliau..."because of u i still standing tall". Antara lagu-lagu menarik pula termasuklah Hey Ladies, Terlanjur Cinta (feat Pasha Ungu)... sebut pasal lagu ini, bagi saya yang paling sedap pernah di dengar ialah semalam ketika Rossa menyanyikan secara live bersama Faizal Tahir di AIM 16 !!! Sebelum ini saya dengar lagu ini seperti biasa-biasa sahaja !!!.... Tega & Tak Berpaling DariMu juga menarik. Rossa tampak seperti gembira dan berbagga sangat apabila saya menghulurkan CD ini untuk ditandatangani beliau... Apatah lagi ianya Made In Indonesia, maksudnya CD ini di beli di seberang !!!
Takkan nak mengambil tandantangan sahaja kan? Tentulah perlu merakam gambarnya juga. Baju yang Rossa pakai ni seperti ada imej rama-rama/kupu-kupu/butterfly !!! Memang tidak sempat lama untuk berbicara dengan Rossa... lagipun agar tidak 'dimarahin' oleh Pak Guard & peminat-peminat yang lain yang juga ingin mengambil kesempatan untuk mengambil gambar dengan Rossa. Kalau tidak tentu boleh buat promosi blog saya kan... Hahaha.

Ini merupakan CD pertama Rossa yang saya miliki. Sudah tentu di beli di seberang juga. Nak dapatkan yang originallah katakan.... Memandangakan ini merupakan CD kompilasi maka... tentulah banyak lagu yang menggetar jiwa di dalam CD ini. Kita tentu masih ingat akan lagu Terlalu Cinta yang telah menerima Anugerah AIM 15 bagi Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang di Nyanyikan Oleh Artis Luar Negara tahun lalu. Dan Rossa mengulangi kejayaan itu lagi tahun ini dengan lagu Ayat-Ayat Cinta bagi AIM 16. Tahniah Rossa !!! Lagu lain yang TERPILIH termasuklah Atas Nama Cinta, Pudar, Aku Bukan Untukmu (yang sebenarnya saya mulai suka lagu ini setelah mendengar Heliza menyanyikan lagu ini di AF5 satu ketika dahulu), Wanita Yang Kau Pilih dan Tegar.
AIM 16 (1/5) : Jemputan

Saban tahun, AIM menjadi acara 'rasmi' saya dan rakan-rakan. Saban tahun juga kami akan menghubungi 'sahabat-sahabat' yang ada hubungan terus dengan Industri Muzik Malaysia untuk untuk mendapatkan samada jemputan mahupun tiket. Tahun ini dek kerana kesibukan masing-masing maka acara kemuncak industri muzik tanah air tahun ini hampir tidak 'meriah' kerana kami tidak dapat turut serta (perasalah pulak). Bila disebut kami di sini; sudah tentulah merangkumi saya, Mus & Cute. Namun seperti kata pepatah melayu lama... 'Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'... Alhamdulillah, 'jemputan' yang kami perolehi di tangga PWTC sewaktu majlis hendak bermula ini merubah segalanya. Maka dengan itu, secara rasminya tahun ini kami akan berjumpa dengan Mawi (lagi), Rossa (yang diterbangkan dari tanah seberang), Sheila Majid, Dato' Siti Nurhaliza (ataupun beliau ke tanah suci?) dan tidak lupa juga Jutawan Muda Baru - Tomok !!! (Nak dijadikan cerita tiba-tiba sahaja SMS di HP saya 'jam' sejak petang semalam yang implikasinya saya tidak mendapat sms dari sahabat yang berada di Indonesia yang meminta saya mengambil jemputan AIM dari adiknya di Ampang !!!)
