Sunday, August 3, 2008

Raptai nan Senandung lagi Muhibah (Ceritera 1)





Yang saya pasti malam tadi sekurang-kurangnya 3 orang tak tidur lena. Kak Husna, Sakinah & AD. Mana taknya, ketiga-tiga mereka dapat berkomunikasi melalui telefon dengan Mawi. Yang lucunya... semuanya macam tak percaya saja pada mulanya. Eh... sora Dak Mawi ni dalam telpon (versi Indon) lain ker ? Sampai semua pun tak kenal.Penat je saya ngan Cikgu Jah "berusaha Keras" mencapaikan hasrat mereka ni. Si AD ni lagi laa lawak, siap bagi kat mak dia cakap ngan Mawi lagik "World" betullah.. Si Sakinah ngan Kak Husna siap soh Mawi nyanyi lagik. Amboi-amboi-amboi... pesal tak soh saya jer nyanyi.. Hahaha. Ini semua kisah belakang Auditorium Perdana/angkasapuri awal malam tadi laa (2/8/08). Hmmm... siapa kata Aura Mawi dah beransur surut? Tepuk dada, tanya selera... Tepuk dahi, tanya diri sendiri.
Jap.. Jap... 'back track' sikit, lebih kurang jam 8.30 malam semasa saya dan Galzean dalam kereta nak keluar dari parkir KLCC Convec. Saya usai solat Maghrib & PC Fair. Galzean pula baru habis kerja. Tup.. tup, dapat panggilan telefon dari Cikgu Jah. Hmmm... katanya esok ada Live "Senandung Muhibah" dari Angksapuri/RTM 1. Cikgu nak kan keputusan saya samada ingin turut serta atau tidak, di sebabkan Mawi ada. ON saja jawab saya. Chup!!! Nasib baik saya sempat pesan pada cikgu mintak tanyakan Wan (orang kuat Mawi laaa) samada Mawi hadiri raptai atau tak? Kalau ada.. TERJAHlah jawabnya saya ke angkasapuri . Lantas.. masih punya masakan. Sempat saya mengajak Galzean, malangnya dia ada tanggungjawab lain. Bila Cikgu maklumkan Mawi ada di Angkasapuri, saya pun apalagi. Jawabnya; "OK Cikgu, saya gi ambil tiket malam ni.." Semangat!!! Alahai... Cikgu pun batalkan tusyen, ambil teksi nak datang sama. (Alamak cam ner saya nak kekalkan ranking No 2 ni... perasan).
Hmm.. nak gi Angkasapuri ni, kalau ikut Federal Highway... bikin pusing jugak. Nasib baik, tepat jam 9.00 saya sampai. Cikgu sampai 5 minit kemudian. Apa yang terjadi selepas tu... semuanya dah sejarah. Tapi malam ni memang puas sembang ngan Mawi, Wan dan Nasir. Sebab utama cuma ada 5 orang sahaja kat situ termasuk Cikgu dan saya. Jadi.. sakanlah kami bersembang. Saya akui, kalau saya sorang memang tak pergi/sembang sakan... Segan laa ngan Mawi. Hahaha... Yang ni worth mentioning, Mawi perasan yang Crocs saya sama ngan Crocs Mawi laaa... Malangnya, Mawi tak pakai Crocs pulak malam nii. Kalau dah dah tentu ada gambarnya, tak per tak per... insyaAllah lain kali.
OK... Tiket untuk malam esok ada ngan Cikgu Jah, kalau nak hubungi dia lah. Saya ada 4 keping sahaja yang telah ada tuan punya. Kalau tak pun, esok - 3 Ogos 2008, kita dok depan TV1, tepat jam 8.30 malam. Tapi... Mawi cuma akan muncul 2 kali sahaja... di awal dan akhir rancangan. Mawsi akan menyanyikan lagu Cinta Zulaikha & Lagu Jiwa Lagu Cinta (duet ngan penyanyi dari Brunei - Hans Anuar).
Stop Sat !!!

8 comments:

paklahesa77 said...

sapa kata mawi dah surut.. saya kat uk ni still follow mawi tau.. hehehe.. selalu jgk baca post abg ni.. best cantik menarik tertarik..

YoYo said...

jase.. awat tak tipon Yo skali.. ini tidak hadil okey?? akak marah nie!!

JaseMario said...
This comment has been removed by the author.
JaseMario said...

Yoyo... Hahaha... Kena ikut Q laa Yo. Tunggu siaran lain pulak lah... mana tau ada kesempatan lagik.Dah namapun Yoyo, huruf kedua terakhirkan. Kwang 3X.

JaseMario said...

paklahesa77... TQ kerana membaca blog abang ini. Tak sangka ada reader from UK. Ingat dari Planet Marikh jer ada pembaca... Ada blog? Nak share?

paklahesa77 said...

blog ada tapi takde masa nak update ar bang..
nak menulis tu takde masa.
lagipun tulah kamera takde yg best tu yg tak syoktu tulis je..

Anonymous said...

over here Learn More Here read blog link this hyperlink link

feashason said...

i1s77c9c18 n3r54n9t59 d3q82i2h93 c6a88l9l98 q4m06f0w97 u4a86v8l98