Tuesday, August 19, 2008

Dumbo & Che Weng ???





Ini merupakan kali kedua saya ke Kuala Gandah Elephant Santuary & Perkampungan Orang Asli Che Weng. Tarikhnya lawatan kali ini ialah16 Ogos 2008. Kalau dahulu bersama Majalah Libur... kali ini dengan adik-adik Tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar (SKBP). Macam mana saya boleh terlibat ni? Saya sebenarnya menyertai program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) Syarikat di mana saya bekerja - Program Bakti Pendidikan namanya. Dalam program ini kami perlu mengelola Kelas Bukan Akademik sekali sebulan dengan mengambil Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai teras untuk aktiviti yang menyeronokkan. Dan bulan Julai 2008 ini adalah bulan santai sebelum menyambut kedatangan Ramadan. Lantaran itu kami membawa adik-adik (satu bas jugakla) ini beriadah dengan gajah dan menginsafi diri bila membandingkan kebertuahan diri dengan orang asli.


Para fasilitator lain perlu datang awal (Amiza, Kak Su, Kak Jam, Arni & Julia antaranya) kerana mereka perlu berkumpul di SKBP tepat jam 7.30 pagi bersama adik-adik. Nasib baik saya dan Fiq menawar diri untuk menguruskan makanan tengah hari (Nasib baik ke? Cam tak bernasib baik jer... Cabaran beb..). Jadi kami cuma memulakan perjalanan tepat jam 10.00 pagi dari KLCC. Itupun sebab Fiq bangun lambat (kalau tak awal lagi ni). Oooppsss...! (sorry bro, pecah lobang). Misinya mudah... cuma perlu mengambil 63 packed snack plate di KFC Karak yang telah saya tempah di awal pagi. Namun begitu akibat ajaran sesat oleh petugas KFC Karak (sabar ajelah...), kami cuba tiba di sana jam 11.30 pagi, setelah puas meneroka Bentong !!!. Selesai mengumpulkan makanan kamipun bertolak menuju Elephant Santuary. Dumbo The Flying Elephant.... Here We Come !!!


Bila tiba di sana, kanak-kanak sedang menonton video (dah puas bermain dengan gajah tadi sebebnarnya). Memandangkan Fiq kali pertama sampai, tentulah tak puas hati kalau tak dapat tengok gajah. Nasib baik kami masih sempat merakam aksi-aksi gajah yang sedang berehat di lokasi berehat mereka (di belakang lokasi pertunjukan menunggang gajah & memberi makan gajah). Sedangkan pertunjukan sebelah petang cuma akan bermula jam 2.30 petang. Dah puas tengok gajah... kamipun mengagihkan makanan kepada semua peserta - adik-adik, cikgu-cikgu dan fasilitator. Cup.... masih sempat tengok gajah mandi dari luar pagar walaupun kami tak bisa mencuba.


Selesai solat zohor (ada yang jamak takdim, saya cuma jamak ta'khir), kami berjalan kaki untuk bermesra dengan Kaum Orang Asli Che Weng yang pemalu (tak sampai 2 minit pun jarak perjalanan dari elephant sanctuary (pusat konserversi gajah ni). Cikgu (dari JAKIM) yang mengendalikan mereka begitu seronok bercerita (alamak... lupa pulak nama Cikgu ni walau dah dua kali berjumpa). Kami sempat berewang dan menyumpit. Adik-adik ada juga yang membeli kraf tangan dan menderma. Fiq siap bagi sebeg cokelat lagik kepada orang asli. Kemudian kami melihat sendiri pondok-pondok kayu kaum orang asli ni. Rasa sayu. Rasa hiba. Rasa bertuah. Rasa yang berbaur. Tapi dek kelucuan Abang Mus (orang asli laa) yang dok menyanyi... hampir lupa segalanya. Abang Mus ni orang asli yang fasih berbahasa melayu.


Nasib baik adik-adik ni sempat naik bas. Bas pulak meluncur laju selepas itu. Saya hampir tak terkejar. Lewat lebuhraya hujan meluru dengan lebat juga. Bila Fiq dah tak larat nak sembang, dia tidur saja. Ambik kesempatan bro. Saya teruskan pemanduan... terpaksa tapi rela.


Adik-adik SKBP bergumbira, Alhamdulillah.


No comments: