Sunday, August 24, 2008

I Was Tagged By Yoyo

Alamak… tetiba saja saya telah di TAGGED oleh Yoyo (dah nak masuk dua bulan dah pun, jangan marah ye Yo). Saya kenali Yoyo bulan Mei lalu ketika melancong ke Korea. Mula-mula macam malas nak layan… tapi bila dok belek blog Yoyo… interesting pulak soklan-soklannya. Lantaran itu, saya pun terpaksa berjaga malam dan memerah otak demi untuk menyiapkan ‘tesis’ ini. Rasa macam buat Master balik.


BILA KALI PERTAMA MENAIKI KAPAL TERBANG? Hmm… let me see. Saya tidak pernah menaiki pesawat semasa masih belajar. Kali pertama rasanya tahun 1996 ketika sudah mula bekerja, itupun penerbangan domestik sahaja dari Subang ke Bintulu. Walaupun kali pertama, saya cuba berlagak ‘cool’ sahaja dan mengikut semua arahan dan pesanan yang telah diberikan oleh mereka yang berpengalaman. Saya amat bernasib baik ketika itu kerana telah dipilih mewakili syarikat untuk satu lawatan sambil belajar ker MLNG dan ABF di Bintulu. Apapun pengalaman pertama itu memberi pengajaran yang amat bermakna buat saya dan menjadi ahli keluarga yang kedua menaiki kapal terbang.


KALI PERTAMA KE OVERSEA? Jika Haadyai, Thailand dikira oversea.. maka ia telah menjadi kenyataan dalam tahun 1997. Saya dan Angah mengikut seorang rakan sekampung kami (Ramli)yang baru graduate dari UUM untuk mengambil barang-barang beliau di kolej. Lantas itu, kami terus ‘cross border’ sehingga sampai ke Haadyai. Jika ‘cross border’ tidak diiktiraf maka rekod ini akan berpindah ke tahun 1998 di mana buat pertama kali saya melawat Along di Los Angeles, USA selama 9 hari. Meskipun begitu, dalam tahun yang sama saya ada menghadiri kursus & melancong ke Singapura (1 minggu sebelum ke LA), alamak…. cross border lagik !!!


KALI PERTAMA DUDUK BERJAUHAN DARI KELUARGA? Hmmm… terlalu lama dahulu. Zaman Dinosaur !!! Amat tidak saya sangkakan bahawa ketika saya melangkahkan kaki keluar dari rumah ayahbonda untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 di MRSM, Kulim maka sehingga kini secara definisinya saya duduk berjauhan dari keluarga. Kerana selepas sekolah menengah, melanjutkan pelajaran di IPT dan bekerja kini saya tidak pernah kembali untuk menetap bersama keluarga nun jauh di utara. Kalau adapun ketika bercuti sahaja.


TERINGIN SANGAT NAK MELANCONG KE…? Wow… terlalu banyak tempat yang istimewa. Terlalu besar keinginan di hati. Terlalu jauh langkah kaki ini ingin pergi. Jika di suruh pilih tiga tempat utama maka Turki akan mendahului senarai. Saya ingin melihat The Blue Mosque, Haagia Sophia, Grand Bazar, Masjid Sulaiman dan Istana Topkapi lantaran juga ingin menikmati segala peninggalan Kerajaan Othmaniah. Saya juga ingin mencuba Turkish Bath (Hamam), meminum jus tradisi turkey yang dijual di jalanan (from traditional juice vendor), menonton sufi dancing, makan kebab & muhallebici, merasai kopi turki yang pekat dan akhir sekali melawat ladang bunga tulip Turki (yes... saya masih memboikot Belanda) .



Lokasi kedua pula saya pilih Maghribi. Secara spesifik saya ingin menjelajah Marrakech (yang penuh dengan tradisi dan kepelbagaian). Asal nama Maghribi ini dari Marrakech. Kalau ke sini yang menjadi tarikan saya ialah The Souqs of Marrakech, bukan untuk membeli belah tetapi untuk mempelajari budayanya. Selain daripada itu saya juga ingin menjejaki Masjid Koutibia (1147M). Casablanca (kota yang mendadap Laut Atlantik dan penyambung kepada Andalusia di utara). Dan tentunya... “A Kiss is still a kiss in Casablanca, a kiss is not a kiss without your side, please come back to me oh Casablanca, I love you more and more each day as time goes by…”. Bukan itu sahaja, saya ingin ke Casablanca kerana ingin menjejeaki sendiri Masjid Hassan II yang merupakan Masjid yang kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram (Mekah). Masjid ini boleh menampung 25,000 jemaah pada satu-satu masa dengan keluasan 9 hektar.


Dan di tempat ketiga, saya memilih Greece. Negara yang penuh dengan 'statues', 'scluptures', monumen-monumen, 'architectures', 'museums' dan tapak-tapak purba tinggalan Kerajaan Athens, Sparta, Roman & Byzantine (ada juga tinggalan Kerajaan Othmaniah sedikit rasanya). Bagi saya yang meminati kesusasteraan dan filosofi tentunya Greek juga menjadi pilihan kerana di sini terdapat banyak hasil karyawan, budayawan dan ahli falsafah purba agung. Kalau kita masih ingat Athens menjadi Host Olimpik Musim Panas tahun 2004 (selepas terlepas peluang untuk menjadi host tahun 2000 (Sydney) bagi menyambut ulang tahun ke 1000 Olimpik bermula). Salah satu lokasi wajib di Greece ini pastinya 'Ancient Olympia' di mana sukan Olimpik ini bermula lebih dari 1000 tahun dahulu.



FAVOURITE ACCESSORIES? Lelaki ada pakai aksesori ka? Metroseksual, may be. Hmmm… let me think. Dulu saya suka beli bangle, masa muda-muda laa… bila dah tuha (perkataan lama untuk tua), malaslah pulak nak pakai gelang-gelang nii… Apa lagi haa…? Nak mudahkan cerita, kira saya suka beanie (snow cap) & fisherman hat – eh koleksi saya adalah dalam satu plastics box. Butang baju melayu… mestilah, nak pakai setiap Jumaat kan. Jam… tak collect sangat, tapi kalau ada lebih rezeki nak tambah koleksi Swatch dan Fossil (my last fossil dah kena score 3 tahun dahulu & dah ler beli kat US !!!)


KALAU ADA DUIT ??? Fisrt and foremost… nak langsaikan hutang. Nak jadi bebas hutang. Langsaikan pinjaman kereta dan kad kredit… ini 2 yang utama. Pinjaman perumahan, saya ikut rentak pemeberi pinjamanlah... Then masukkan sebahagian dalam 'Unit Trust'. Gi melancong ke tiga Negara di atas plus lagi dua country, Portugal (nak menjajah negara yang menjajah melaka ni) dan Norway (nak tengok matahari terbit tengah malam). Lagi satu, nak buat private function kat Pulau Tiga (ingat Survivor 1?) ngan Mawi dan jemput rakan-rakan Yellow Mellow (ini kira nak elak paparazzi ikutlaaa nii). Last but not least.... Ini kira kalau dapat durian runtuh yang betul-betul banyak giler laaa…. Saya nak buka rumah kebajikan (ala-ala finishing school concept) untuk ‘teenagers’ yang bermasalah. Nak kembalikan mereka ke jalan yang lebih berfaedah.

SIAPA YANG ANDA NAK TAGGED ?


Cute
Suhana
Oza
Nizam

No comments: