Monday, August 4, 2008

Apa Yang Anda Tak Mampu Saksikan di TV1 Semalam?


* Auditorium Perdana Angkasapuri cuma 80% sahaja penuh.

* Dengan promosi yang agak kurang, lebih banyak 'audiens paksa rela' jika dbandingkan dengan mereka yang betul-betul teruja untuk menonton Senandung Muhibah RTM - RTB kali ke-16 ini. Kali keenam belas? Biar betul? Macam mana saya boleh terlepas pandang 15 tahun yang lalu? Kamipun cuma dapat tiket semalam.... Tapi bila sampai ke auditorium, tidak pula di tanyakan tiket ketika hendak memasuki auditorium.

* Kareografi tarian dari Brunei nampak lebih moden, cantik dan tangkas dari hasil kareograf Cikgu EE (Akademi Fantasia) dari Malaysia. Tapi malang memang tidak berbau. Dua insiden yang agak memalukan telah menimpa penari-penari dari Brunei ini. Seorang penari lelaki yang begitu rancak menari, tanpa sedar zip seluarnya telah terkoyak. Nasib baik beliau agak profesional dengan langkah tarian memberansangkan terus laru menuju belakang pentas dan tidak muncul semula. Sementara penari wanitanya pula semasa mengiringi lagu Hati Kama telah terpelecok dan jatuh di atas pentas ketika menari. Dengan mkuka selamba selamba dan tersenyum dia lantas bangun dan meneruskan tarian.

* Setelah selesai Jac menyanyikan lagu baru beliau. Dia hampir tersadung dan tergelincir di atas pentas (perkara yang sama pernah berlaku pada Jac di stadium malawati satu ketika dahulu). Jac dengan tumit 3 inci dan anting-anting baru menyanyikan lagu Dambaran Cinta (dari filem apa Kata Hati). Dambar? Ini macam perkataan baru sahaja. Menurut Kamus Dewan Edisi 3, dambar bermaksud lamban, lambat membuat sesuatu @ tidak tangkas. Adakah lagu ini mengupas tentang seorang gadis yang lambat untuk melafazkan cinta? Ataupun tajuk sebenar lagu ini ialah Dambaan Cinta? (Damba = terlalu ingin, hendak, mahu)

* "Mawi Fans" mendapat tempat duduk khas yang telah disediakan oleh RTM. Baik sungguh hati penganjur. Malangnya kami cuma di tempatkan di bahagian belakang auditorium. Maka dengan itu kala ada sesiapa yang cuba-cuba mencari kami di kaca TV, alamatnya hampa !!! Maka ini jugalah jawaban kepada kenapa gambar Mawi yang saya ambil ketika menyampaikan lagu Cinta Zulaikha kecil dan kabur.

* Dua persembahan tarian telah di'scrap' oleh penganjur di saat-saat akhir. Cinta Zulaikha & Dambaran Cinta. Kata Penerbit, Mawi & Jac sudah cukup POWER. Tak perlu penari lagi. Setuju?

* Selesai konsert jam 10 malam, maka kedua-dua VIP dari RTM (Menteri Penerangan) dan RTB (juga Menteri Penerangan) naik ke pentas untuk bersalaman dengan semua penyanyi. Dan seperti biasa, RTM akan menyediakan jamuan selepas tamat siaran langsung.

* Mawi memang masih PANAS. Bukan sahaja peminat yang datang menunggu beliau untuk bergambar dan mendapat tandatangan. Para Krew juga mengambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau di atas pentas lagi.

* Jac ditemuramah di atas pentas untuk program apa ntah yang saya pun tak tahu.

* Persembahan yang mendapat tepukan gemuruh selain daipada rCinta Zulaikha dan Lagu Jiwa Lagu Cinta ialah Hati Kama dan Erti Hidup. Kalau nak tahu kenapa, kenalah tengok siaran ulangan.

No comments: