Saturday, May 31, 2008
Friday, May 30, 2008
Sparkling Korea (Siri 3) - Mawi Memasak di Institute of Korean Traditional Cuisine
Nota Jase :
Lebih kurang jam 4 petang waktu Korea, rombongan kami pun bergerak ke Pyeongchang. Destinasi kami ialah Institute of Korea Traditional Cuisine di Gangwondo. Kepada yang menonton Langkah Mawi World di Astro Ria pasti akan ingat begitu kelakarnya Mawi berpakaian tradisi Korea (dengan topi tinggi tu) sambil membuat demontrasi memasak makanan Korea. Kali ini, Mawi cuma berpakaian santai saja. Saya sebenarnya lupa akan nama makanan tersebut, tapi nak membuatnya mudah sahaja. Selain daripada itu kami juga di jamu dengan minuman herba Korea. Kami sebenarnya sempat solat jamak di sini. Air dari pili air - sejuk giler !!! Persis mengmbil wuduk dengan menggunakan air dari peti sejuk. Pemandangan pun indah juga. Sesi di sini cuma makan malam dan bergambar dengan Mawi dan Heliza. Sebelum kami bertolak ke hotel untuk berehat dan tidur dan menamatkan acara hari pertama.
Thursday, May 29, 2008
Sparkling Korea (Siri 2)
Banner yang menyambut kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
GO TO KOREA WITH MAWI adalah salah satu program yang ditaja oleh Korean Tourism Organisation untuk menggalakkan Pelancongan Muslim ke bumi Winter Sonata ini. Cuma percutian kali ini ialah di musim bunga; maka dinamakan Korea Sparkling !!!! Rombongan penggembaraan anjuran Malaysian Harmony dengan kos lebih kurang RM3600 seorang ini melibatkan lebih kurang 220 peserta. Saya dan Lisa tiba di KLIA sekitar jam 10.00 malam dan di hantar oleh Azwan dengan Matrix Inokom. Di sana saya bertemu dengan cikgu jah dan Suzy. Cuma dua orang saja yang saya kenal, yang lain kena berkenal-kenalan lah selepas ini. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 7 jam ini menggunakan pesawat MH066 (dua kumpulan termasuk Mawi) selebihnya menaiki pesawat Korean Air. Dan Korea adalah awal 1 jam dari Malaysia. Penerbangan ke Incheon International Airport mengikut jadual iaitu jam 1.00 pagi, 23 Mei 2008.
Lawatan pertama ialah Everland Theme Park, alamak. Going to a theme park when visiting foreign country is not my idea of visiting. Tapi taman tema ini memang istimewa. Pengunjungnya memang ramai; baik bangsa korea ataupun pelancong. Antara yang menarik ialah bangunan pelbagai budaya yang menghiasi taman tema ini. Keluasan taman tema ini ialah 180 ekar yang di bahagi kepada 5 bahagian.Yang menarik ialah dua bahagian iaitu Open Safari (yang di beritakan memiliki haiwan kacukan LiGer (Lion + Tiger) yang berwarna putih namun kami kurang bernasib baik kerana LiGer keletihan dan perlukan rehat ketika itu) dan T'Speed Station.
Aktiviti di Everland ialah makan tengahari di perkambungan Belanda dan Pertandingan Karaoke Lagu2 mawi (semestinya) di Pentas Terbuka. Menu makan tengahari? Hmm... Fish and Chip !!! Sementara Karaoke pula kami di bahagikan kepada 5 kumpulan. Boleh tahan jugak ler... mawi yang sporting selain dari menjadi pengacara yang ceria dan penuh lelucon, sempat jugak jadi technician... hahaha. Nanti lihatkan gelagat mereka di Astro. Ria atau Oasis? nantikan saja. OOppsss... Heliza pun ada !!!
Sapa lagi kalau bukan mak Wan... You !!!
Antara pemandangan menarik yang sempat saya posing.
Lebih kurang jam 4 ptg waktu Korea kami meninggalkan Everland menuju ke PyeongChong. Destinasi kami seterusnya ialah Institute of Korea Traditional Cuisine. Dimana kami akan belajar memasak masakan tradisi Korea bersama Mawi dan Heliza. Tak laratlah pulak saya nak update malam ni... esok-esoklah yer.
Wednesday, May 28, 2008
Sparkling Korea (Siri 1)
Sebenarnya banyak giler yang nak diceritakan... Tetapi memang tak sempat nak tulis, tambah-tambah lagi keletihan balik dari Korea ni pun belum habis. Esok kerjalah pulak. Sampai rumah tadi jam 8.30 malam setalah pesawat mencecah tanah khatulistiwa ini lebih kurang 6.40 petang. Terpaksa ambil KLIA Transit dari KLIA ke Putrajaya sebab Azwan tak dapat datang menjemput, kemudian ambil teksilah... sekarang dah RM23.00 nak ke rumah saya dari Putrajaya Sentral. Haa... kat atas tuu, beg travelling kami... dan beg saya telah ditandatangani oleh Mawi... so Cute, Mus dan Galzean jangan jeles... hahaha. Yang penting saya nak bagi tahu yang trip bersama Malaysian Harmony (Muslim Travel) ni memang puas hatiu sebab 'pack bagai nak rak' dan banayk tempat menarik yang tekah di cover; idakler shopping.... shopping... dan shopping. Detailnya.... dalam siri-siri akan datang.
Ini my first pix ngan Mawi kat obersea... hahaha (ye lah... saya bukan cam kakak angkat Suzy tuh... dari Mauritius sampai ke LA). Sempat jugak terjah Mawi selepas pertandingan karaoke kat Everland (Kumpulan saya dapat jugak ler hadiah... niat cam nak join... hajat tak sampai). Everland ni..one of the oldest & biggest theme park kat Korea. Sempat lagi Mawi tanya sebab apa Cute tak datang... apa lagi saya cakap dia tak cukup duit... hahahaha... jangan mare yer Cute !!! Lawak jer...
Tuesday, May 6, 2008
Sunday, May 4, 2008
Thursday, May 1, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)