Friday, March 28, 2008

Tahniah Kak Melah !!!


Ketentuan - Ramlah Ram


Tak Semudah Kau Sangka

Melepaskan Kau Pergi

Hati Yang Meronta, Hampa Kecewa

Ku Tekad Sembunyikannya Dari Pandanganmu


Ku Rela Begini

Berakhirnya di Sini

Dari Bersamamu Terus Berpura

Setelah Cinta Tiada Lagi di Hatimu


Chorus
Ku Hapuskan Airmata Dari Mengiringi


Kesengsaraan Mengharung Perpisahan Ini

Ku Pujuk Jiwa Nestapa

Pendamkanlah Duka

Pasrah Pada Lara Ketentuan Ini


Tak Semudah Kau Rasa

Melepaskan Kau Pergi

Hati Yang Terluka dikunjung Jua

Kerinduan Yang Tidak Tertanggung Terhadapmu

*Bridge

Sesungguhnya
Ku Tahu Betapa Sukar Untukku

Menempuh Hidup

Walau Sehari Tanpamu

Ku Terseksa



Nota Jase :
Saya sempat bergambar dengan Kak Melah @ Ramlah Ram semasa full dress reheasal Final Hits 1 (22/03/2008 di Stadium Negara) baru-baru ini, selepas beliau mendendangkan lagu berhantu "Ketentuan". Walaupun Kak Melah bukanlah termasuk di dalam list penyanyi yang saya minati, saya tetap mengkagumi suaranya yang merdu. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya ketika Taufik Latif mengumumkan kemenangan Kak Melah sebagai Juara Bintang RTM 1985.... "Ram... Ram... Ram... Ramlah Ram". Entah lagu apa yang dinyanyikan beliau, mungkin Jawaban Cintaku Sedalam Lautan Atlantik rasanya, masa tu. Selepas itu Kak Melah muncul dengan album pertama yang mengandungi lagu hits suam-suam kuku "Sabarlah Sayang". Kak Melah bertukar dari star menjadi super star apabila lagu "Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu" meletup-letup dan berkelip-kelip bak baju Kak melah dalam Final Juara Jagu 1988. Sehinggakan saya pun terpaksa menyimpan duit untuk membeli kaset Kak Melah itu. Antara lagu-lagu lain dendangan Kak Melah yang melekat di hati saya ialah "Susah Senang Kita Bersama" (duet bersama Nassier Wahab... hmmm masa ni siapa yang tumpang glamer siapa?, tapi kan dua-dua anak didik Ahmad Nawab), Apa Khabar Mu Di Sana, Cintaku Hanyut Di Lautan sepi, Diam Diam Jatuh Cinta, Siapa Yang Bersalah (yang ini memang menjadi siulan saya semasa menuntut di Serdang, hebat betul lagu ciptaan Azmeer nii) & Maharaja (yang tewas di separuh akhir Juara lagu). Sudah tiga single Kak Melah keluarkan sejak 3 tahun lagu, Maharaja... Dirgahayu.... Ketentuan... Bila nak keluar full album? Apa-apapun, Tahniah Kak Melah.... Saya memang sudah jangka lagu ini akan menang Hits 1 ahad lalu, cuma tersasar sedikit bila Kak Melah tak menang Persembahan Terbaik.

No comments: