Lisa di Terengganu tgk Masjid Kristal, Mus pula balik mengundi di Hutan Melintang, Azwan juga balik mengundi di Gua Musang... eh...eh... kan saya mengundi di Puchong sebab itu masih di ibukota. Bila time nak tengok result dah tak ada companylah jawabnya, keseorangan. Tapi dalam hati memang dah plan nak ke Laman Santai KeKKWa (ini kali kedua sebenarnya. Meskipun begitu, IB tak jemu-jemu menghantar sms kepada saya saban minggu mengenai program di Laman Santai. Kali ini tentulah umpannya ialah Skrin Besar yang bakal menyiarkan keputusan pilihanraya disamping berhibur bersama Zehra Zamri, Pricillia, Ram & Ifa Raziah). Nasib baik akhirnya saya dapat teman juga kebetulan Ejan EsDCo dan rakannya (lupa pulak namanya) juga nak lepak di Laman Santai, join sekakilah... Huh....
Keputusan dan hiburan selang-seli tidak lama rupanya, kerana akhirnya saya terpaksa balik ke rumah memandangkan Lama Satai menggelapkan lamannya lebih kurang jam 12 tengah malam malangnya keputusan pilihanraya larut sehingga jam 3.30 pagi !!!... lantaran itu saya perlu menghabiskan menonton keputusan di ruang tamu rumah.
Keputusannya semua sudah sedia maklum, buat pertama kalinya dalam sejarah Pilihanraya Malaysia; Parti Pemerintah - BN gagal mendapat 2/3 majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan. BN cuma mampu membentuk Kerajaan dengan majoriti mudah. Secara dasarnya ramai yang menginginkan agar Pembangkang - BA boleh merebut lebih daripada 10 % kerusi yang mereka miliki dalam Pilihanraya ke-11 (2004 - di mana ketika itu BN menang besar dalam sejarah Pilihanraya Malaysia) namun dengan kemenangan lebih daripada 33 % oleh Pembangkang dalam kerusi parlimen kali ini adalah sejarah hitam bagi BN khususnya !!! Tidak cukup dengan itu, BN juga seperti dilanda Tsunami apabila DUN Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor juga jatuh ke tangan pembangkang serta Kelantan masih kekal di tangan PAS untuk penggal kelima berturut-turut.
Ramai yang sedih (ada juga teman rapat dan ahli keluarga), tidak kurang juga yang bergembira (juga teman rapat dan ahli keluarga). Namun bagi saya; Angin Perubahan ini adalah mesej penting untuk kita agar tidak leka dengan apa yang kita miliki kerana semuanya tidak pernah kekal. Tidak kurang penting juga untuk MP yang dilantik oleh rakyat ini agar bekerja keras di kawasan Parlimen masing-masing kerana sejarah telah membuktikan jika tuan-puan tidak menunaikan amanah yang dianugerahkan oleh kami, rakyat... 'there... out you go' !!!
No comments:
Post a Comment