Wednesday, March 26, 2008

Ucapan Perpisahan

Sana Merak, Sinipun Merak
Merak dibawa ke Inderagiri
Terima Kasih Banyak Banyak
Kerana Sudi Bersama Kami

Air Mata digenang Genang
Meski digenang Tertumpah Jua
Tuan Yang Pergi Jasa dikenang
Mana Nak Cari Galang Gantinya

Sampan Belayar Menuju Laut
Niat Bertemu Permaisuri
Tuan Pergi Rasa Nak Turut
Tidak Kuasa Menahan Hati

Manis Sungguh Tebu Sebatang
Di bawa Dagang dari Palembang
Tuan Laksana Kayu Gerenang
Di Sini Tempat Bergurau Sayang

Ada Cerita Kita Uar Uar
Kayu Bemban Hanyut ke Kolam
Minum Seteguk Menjadi Penawar
Nasihatmu Tuan bak Air Nilam
Nota Jase :
Hari ini saya sekali lagi dipilih menjadi perantara untuk majlis kecil-kecilan kami di pejabat bagi meraikan ulang tahun kelahiran kakitangan dari Jan - Mac 2008, majlis perpisahan Pengurus Besar & Eksekutif PSTM dan juga majlis meraikan kakitangan yang baru masuk ke unit ini. Seperti biasa dalam keadaan yang suntuk itu, saya masih mampu untuk memerah otak menghasilkan pantun untuk GM kami yang akan berpindah tu...

No comments: