Sunday, March 2, 2008

Zoom In @ RTM Bersamana Datuk Siti Nurhaliza


Hujan agak lebat... Namun kami terpaksa juga meredah air yang mencurah dari langit kerana ingin menonton secara live Zoom In @ RTM Bersama Datuk Siti Nurhaliza. Sudah lama sebenarnya Siti tidak muncul di kaca TV secara live, seingat saya kali terakhir mungkin Konsert Fenomena semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. Kami? Ooopppsss.... Saya, Lisa & Cute. Mus menarik diri kerana lebih berminat untuk mendengar ceramah politik, ye lah pilihanraya kan kian hampir. Jika dilihat daripada pas masuk, tertera nama Accapan dan Angeline Tan, namun yang muncul ialah Shamshul Ghau Ghau dan Loouisa Chong. Aznil & Kumpulan Coda kekal sebagai jemputan.



Inilah Pentas Zoom In @ RTM yang agak ringkas dan simple. Saya ambil gambar ini semasa rancangan belum bermula lagi. Kami lambat juga sebenarnya. Semasa sampai di Auditorium.. dah penuh sesak sebenarnya. Nasib baik Cute ada kabel yang kuat, dapatlah juga kami menerobos masuk untuk duduk di barisan pertama !!! Antara yang kelihatan ialah beberapa wartawan hiburan terkenal Malay Mail, Utusan & Berita Harian dan juga penulis blog hiburan yang sensasi.



Siti membuka tirai persembahan dengan lagu "Destinasi Cinta" yang diiringi oleh penari di bawah pimpinan EE. Pada pendapat saya, kali ini penyampaian Siti seperti lebih baik daripada Juara Lagu, mungkin kerana kurang kareografinya. Persembahan diteruskan dengan lagu Mulanya Cinta dan sebelum pesanan penaja, Siti menyampaikan lagu Biarlah Rahsia (kenapa bukan Pastikan !!!). Yang pasti... Siti nampak kurang memakai pakaian ini.




Inilah aksi yang saya sempat snap.... Aku Takkan Jemu... Kini... Menuju Destinasi hey... hey...




Lagu Inggeris yang dinyanyikan oleh Siti malam ini tajuknya "Love You Inside and Out". Macam lagu lama yang evergreen. Niat di hati nak cari mp3nya... entah bila. Ada 4 orang peminat bertuah yang sebenarnya dikenakan oleh Shamshul & Louisa.... tetapi amat bertuah sebab boleh berkongsi pentas dengan Siti semasa beliau mendendangkan lagu "Tunggu Sekejap" & "Sejakku Bertemu Padamu". Persembahan tambah hangat dengan tarian ala-ala Jaipong mengiringi lagu "Es Lilin".



Anak Sulung Siti Nurhaliza Production - Kumpulan Free Pop Rock??? Coda. Boleh tahan juga suara vokalisnya mendendangkan lagu Menanti Sebuah Jawaban & Buai (single pertama kumpulan ini). ".... Jalan tak selalu mudah, tapi hari masih indah..."


Siti mengambil semula pentas dengan mendendangkan lagu "Cintamu" dan kemudian berduet dengan Pak Nil dengan lagu "Horey Horey". Pak Nil cuba menjadi Raja Lawak dengan mensumbangkan lagu "Aku Cinta padamu" dengan gaya Misha Omar. Persembahan Pak Nil ditutup dengan lagu porpilar beliau; "Profesor Klon" dengan lebih sumbang lagi.



Siti mengakhiri tirai Zoom In @ RTM kali ini dengan lagu "Melawan Kesepian" dan "Ku Mahu" Spa Q !!! Secara keseluruhan memang berbaloi meredah hujan. Tambahan pula saya telah di interview oleh En Muharji mengenai Siti Nurhaliza untuk sebuah rancangan lain yang akan disirakan bulan Mei nanti. Tunggu.... (sebab tulah gambar Siti duet ngan Pak Nil tak ada... saya dok sibuk shooting... hahaha)

No comments: