Tuesday, April 1, 2008

Corat-Coret ABPBH 2007 @ Genting




Nota Jase :

Terima Kasih kepada Muaz, Mujahid & Nora yang telah memberikan kami tiket-tiket VIP & VVIP untuk menonton ABPBH 2007 bukan sahaja secara live di Arena of Stars, tetapi secara dekat dan dapat sekali sekala ke back stage.

Terima Kasih kepada Asri Rabbani yang mengumpul tiket post party dan memberikan kepada saya... agar saya dan yang lain-lain dapat 'supper' di post party. Tapi, post party kali ini makanannya yang paling out sekali; cuma ada starter dan main course saja.

Nabil RLA2 menjadi artis pertama yang diterjah oleh kami untuk bergambar... sehingga menjadikan Arena gempak sebab para peminat Mawi telah terperasan saya di bawah. Jangan marah yer....

Dalam ramai-ramai jurugambar yang sedang giat mendapatkan pose terbaik Mawi selepas memenangi trofi Penyanyi Lelaki Porpular; terselitlah saya. Dalam 'angan dan sedar' Mawi telah menegur saya sambil tersenyum simpul dari atas pentas tu... "Aik, macam mana tiba-tiba terselit seorang pulak nii... hehehe". Saya yang tersenyum, membalas.. "Mawi... buat-buat tak nampak aje".

Cute terlepas satu saat saja, sebab mencari tandas... jika tidak sudah tentu kami akan berjaya mengambil gambar dengan Datuk Siti. Hahaha...

Antara kawan lama yang saya temui ialah Slen (yang menulis skrip untuk malam gilang gemilang ini...) dan Syazwan (dulu Kosmo... sekarang Awani). Pnajang juga kami bersembang-sembang.

Tak sangka saya dapat bertukar-tukar business card dengan suami Ning, Mr Chris yang kebetulan bekerja dekat dengan 'kantor' saya juga. Siap pesan ngan saya lagi.... next time kalau jumpa jangan lupa tegur dia... hehehe.

No comments: