Monday, February 26, 2007

VMY 2007 : Perancis di Malaysia "Colmar Tropicale" (002/2007)

Sudah lama sebenarnya saya berkeinginan untuk melawat Bukit Tinggi. Selama ini gambaran Colmar Tropicale cuma mampu dilihat di dalam majalah dan akhbar sahaja. Tidak ada kesempatan sebenarnya. Lantaran ABPBH 2006 berlangsung di Genting pada 5 Februari 2007 yang lalu, maka saya mengambil kesempatan untuk mengajak Lisa, Mus dan Cute untuk 'melencong' ke Bukit Tinggi. Ternyata, rancangan kami tidak sia-sia.

Bermula jam 9.00 am saya keluar dari 'pertapaan saya' di Puncak Jalil. Kemudian singgah mengambil Cute di Kinrara-Puchong. Tiba di rumah Mus di Taman Midah, Cheras lebih kurang jam 9.45 pagi. Akhir sekali tiba di rumah Lisa di Ampang Jaya pada jam 10.15 pagi. Nasib baik trafik agak baik. Jadi kami sebenarnya masih 'on time'.

Kami tiba di Bukit Tinggi lebih kurang jam 11.00 pagi. Bersiar- siar sambil mengambil gambar di sekitar Colmar Tropicale. Ketika kami sampai pertunjukan kebudayaan sedang hangat berlangsung. Ketika itu 3 pasang penari "Portugis" tengah asyik menarik tarian mereka. Pemandangan sekitar Colmar Tropicale amat indah sekali. Selesai menjamu mata, mengambil gambar dan 'window shopping' di Colmar Tropicale , kami menaiki tram ke Japanese Garden dan juga Rumah Teh Jepun yang pertama seumpamanya di Hutan Hujan Tropika dan juga Botanical Garden. Saya sempat membeli mug Japanese Garden untuk menambah koleksi mug saya. Lebih kurang jam 1.30 petang kami turun dari Bukit Tinggi untuk menikmati makan tengahari di Genting Sempah sebelum meneruskan perjalanan ke Genting Highlands untuk menyaksikan ABHBH 2006 pada sebelah malamnya.

Yuran masuk ke Bukit Tinggi ialah RM16 seorang (merangkumi semua lokasi di atas termasuk taman arnab). Untuk mereka yang tidak tahu, Colmar juga adalah nama sebuah Bandar di Perancis. Kiranya Bukit Tinggi – Colmar lebih kurang seperti Bandar Berkembarlah… Jadi, jika ada kesempatan mengapa tidak ke sana sahaja, tak gitu?

No comments: