Monday, February 19, 2007

Di Hari Bahagia Suhana & Nazmizan...


Antara Hantaran-hantarannya...

Sempat juga kami 'berposing' dengan pengantin...

Saya dan Lisa sempat berkunjung ke Majlis Perkhawinan Suhana (Wartawan Utusan Malaysia) dengan Nazmizan (bekas Atlit Kebangsaan) di Taman Muhibbah, Alor Star pada 18 Februari 2007 yang lalu. Kenduri ini di sebelah Suhana, kenduri di sebelah Mizan akan di adakan di Terengganu pada 24 Februari 2007 ini. Majlis ini bertemakan ‘Maroon – Putih’ (Majlis sebelah Mizan tentunya bertemakan ‘lavender’, berdasarkan kepada warna hantaran yang dihantar. Hantaran Mizan digubah di dalam bekas rotan, sementara hantaran balas dari pihak Suhana digubah di dalam kulit kerang. Kalau hendak mengetahu secara terperinci, kenalah baca surat khabar kan…

Lisa pula terperanjat bila melihat Banner Majlis Perkahwinan mereka yang sememangnya telah menjadi trend di Kedah. Bilik pengantin mereka juga menambat hati Lisa… apatah lagi ia berwarna putih. Selain dari lauk pengantin, ada DJ berceloteh, Teh Tarik & Ais Kacang Korner pun ada !!! Hebat kan…

Suhana merupakan kenalan saya, saya dikenalkan kepada Suhana oleh bekas jiran saya Abang Bond (gelilah pulak panggil si Din ni Abang Bond, tapi itulah yang mereka gelarkan dia di pejabat. Din juga bertugas dengan Utusan, sekarang ini telah berpindah ke Prai). Saya dan Suhana selalu bertukar-tukar pendapat/maklumat terutama berkenaan Mawi Worldlah, siapa lagi… kerana ketika itu, Suhana juga mengikuti perkembangan Juara AF3 tersebut. Sehingga kini saya pun belum pasti samada Suhana masih menyokong Mawi atau tidak. Akhir-akhir ini, Suhana menjadi pakar rujuk saya sebelum saya juga mengikat tali pertunangan.

Nazmizan pula, saya kira beliau baru mengenali saya setalah beliau bertunang dengan Suhana. Semasa saya mengikut Alif OIAM menyertai Liga Futsal Hot.fm di Stadium Juara Bukit Kiara, Suhana juga hadir untuk menyokong Mizan yang menjadi salah seorang selebriti jemputan bagi acara tersebut. Saya kurang pasti Mizan bermain untuk team DJ mana. Tetapi, saya sebenarnya pernah nampak kelibat Mizan semasa saya bekerja di Bangi, sudah tentunya ketika itu Mizan sedang dalam sesi latihan atlit Malaysia di Pusat Latihan Maybank, Bangi.

Aha... Teringat pula saya pernah menyakat Suhana dengan mengatakan Kolum Mizan di dalam akhbar Kosmo (Trek dan Balapan) itu di tulis oleh Suhana (bukannya Mizan), mati-matian Suhana mengatakan ia di tulis sendiri oleh Mizan... ahaks.

Okay.... untuk Suhana dan Mizan, saya tujukan lagu.... Berdua Lebih Baik dari Filem Heart !!!

No comments: