Sunday, November 9, 2008

Sekitar Post Party.... Anugerah Skirin 2008 (1/2)


Ini adalah sebahagian daripda photo yang sempat saya jadikan slide. Rasanya macam ada banyak lagi... Secara peribadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang yang saya sokong kemenangan mereka seperti Pak Nil (Bual Bicara Terbaik), Kak Ogy & Zamarulhisham (Pelakon Wanita & Lelaki Terbaik - Drama), Que Haidar & Normah Damanhuri (Pelakon Pembantu Lelaki & Wanita Terbaik - Drama), Rosyam Noor (Pelakon Lelaki Terbaik - Filem). Yang lain-lain tuu saya tak kisah sangat memang atau tidak... hahaha. Apa yang saya dapat lihat ialah seperti Kad Jemputan di keluarkan melebihi kapasiti kerusi, ditambah pula dengan kekangan keselamatan yang amat ketat. Dan lagi satu... rakyat Malaysia memang tak pandai menghargai masa... ramai juga mereka yang mendapat Kad Jemputan tetapi tiba lewat.

Sambung esok pula yaa.... ngantuk beb !!!

Coretan Anugerah Skrin 2008


Usahlah bertanya bagaimana saya mendapat jemputan ini. Atau siapa yang menjemput saya. Yang pasti semalam saya memang berada di PWTC bersama-sama dengan para penggiat seni samada filem ataupun drama untuk sama-sama meraikan kejayaan mereka. Saya juga berada di 'post party' sejurus tamat acara. Mee Goreng kali ini memang sedap. Entry ini cuma untuk memaklumkan sahaja tentang peristiwa ini. Nanti akan saya 'uploadkan' gambar-gambarnya ya. OK... Mawi dan Ekin tak ada yaa.... (Jadi Cikgu, Galzean, Azwan & Mus tak perlu jeles). Tapi saya sempat berbual panjang dengan Zulhuzaimy Marzuki yang sekarang sedang sibuk dengan 'Impak Maksima The Musizal' !!! Dalam pada itu, persembahan Lah Ahmad (of V.E.) dan Kak Dibah 'Yang Teristimewa' memang mengancam, tidak lupa juga dengan Datuk Siti Nurhaliza. 'Bling-Bling' habiiiissss....



Friday, November 7, 2008

TAG By SueMije


TAG ni? Alamak... Ntah apa-apa la TAG ni. Jangan marah ye Sue. Tapi disebabkan saya tengah mood baik giler.. Kira laayaaan je lah....

RULES :


1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.

3. Post that picture with NO EDITING.

4. Post these instruction with your picture.

5. Tag 10 people to do this.

DAN.... Inilah my recent PIX !!! Beginilah saya setiap hari Jumaat di Pejabat.

Maka dengan itu, dengan paksarela saya menTAG :

1. Cute

2. Oza

3. Hidayat

4. HazranZaara

5. Halim

6. Yoyo

7. Eeza

8. Chah

9. Beckham

Thursday, November 6, 2008

Drupadi.... Masih Cantik

Sekarang ini agak sibuk juga orang membicarakan tentang sebuah filem Indonesia yang bertanding di Jakarta International Film Festival 2008 bulan November ini. Filem ini diberitakan akan ditayangkan kepada umum sekitar bulan Disember. Tonggak utama kepada filem ini ialah dua orang pelakon hebat iaitu Dian Sastro dan Nicholas Saputra (Ingat Ada Apa dengan Cinta?). Tajuknya ialah DRUPADI.

Filem ini di angkat daripada Hikayat/Kitab Mahabrata versi Kartini. Ia mengisahkan tentang seorang Puteri Panchala yang dilahirkan daripada api yang menjadi pertaruhan. Drupadi turun ke bumi menemani Krishna untuk menamatkan fasa baru kehidupan manusia. Memandangkan Drupadi adalah seorang yang amat jelita maka kesemua pahlawan di muka bumi ingin mengambil hatinya. Maka satu pertandingan memanah telah di adakan dimana sesiapa yang menang akan menjadi suami kepada Drupadi. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Arjuna, Pahlawan Tengah Pandawa namun begitu akhirnya Drupadi menjadi isteri kepada kesemua lima-lima Pendawa akibat permainan buah dadu yang dikendalikan oleh Kuruna dimana takdir Drupadi telah dipertaruhkan oleh suaminya Arjuna. Bgaimana pendapat anda?

Sebenarnya pada 2001, seorang junior saya ketika di sebuah IPT di Selangor Darul Ehsan yang ketika itu sedang melanjutkan pelajaran di Palembang, SUMSEL (Sumatera Selatan) di Universitas Sri Vijaya di dalam bidang perubatan telah menghadiahkan patung di atas iaitu Patung Drupadi ketika dia pulang ke Malaysia. Meskipun saya sebenarnya tidak gemar untuk menghias rumah dengan patung (samada 'teddy bear', ukiran binatang atau yang 'seangkatan dengannya') tetapi saya terima juga hadiah ini dengan hati terbuka dan yang pasti ianya masih tersimpan rapi sehingga kini. Saya meletakkan patung Drupadi ini di pejabat sebenarnya. Dari Bangi berpindah ke Kuala Lumpur dan akan ke Bangi semula insyaAllah esok.

Sempat tadi saya berhubung dengan Aslan (Dr Aslan, kini - yang menghadiahkan saya patung Drupadi tersebut) tadi. Sekitar jam 9.45 malam beliau ditemani ibu, ayah, isteri dan anak, telah berada di KKIA untuk berangkat ke Mekah kerana mengikuti rombongan Haji Malaysia sebagai Pegawai Perubatan. Aslan; selain bekerja akan mengerjakan haji juga. Nikmatnya. Saya mendoakan Aslan anak Pak Bacho pemilik ladang buah salak di Tawau ini akana mendapat Haji yang Mabrur. Jangan lupa doakan saya juga, insyaAllah.

Yaa.. Drupadi akan pulang ke Bangi esok. 7 tahun dan masih cantik.

Sunday, November 2, 2008

Kemuncak Aidil Fitri (02/03)


Bagi peminat Mawi; tentunya puas pada malam tersebut. Tak kiralah samada membeli meja murah atau mahal. Dekat meskipun jauh daripada pentas. Mawi yang tidak turut serta ketika Putera2 AF menyampaikan lagu raya kerana masih menikmati hidangan cuma muncul di pentas selapas 3/4 majlis bermula. Mawi mendendangkan 2 buah lagu solo iaitu lagu raya; Ayah... Aku Rindu Padamu dan lagu dari album Satu Dalam Seribu, Ya... Salaam (dalam album beliau berduet bersama Yasin untuk lagu ini). Selain menyanyi; Mawi juga mengedalikan aktiviti bersama kanak-kanak iaitu pertandingan laungan siapa paling panjang, berlawak dengan pengacara majlis (dari Raja lawak2) dan juga membuat cabutan bertuah bersama Ekin. Mawi juga tidak lupa menyanyikan lagu Raya Juara bersama Zahid, Faizal, Mila dan Reez (yang menggantikan Khai).

Kepada mereka yang ingin bergambar dengan Mawi ataupun Ekin, jika memiliki Tag agak mudah kerana boleh bergambar di dalam dewan. Jika tidak; maka ada dua kesempatan lain. Satu - ketika Mawi dan Ekin keluar ke tandas dan kemudian ada sesi bergambar bersama Karangkraf di luar dewan. Bagi mereka yang rajin menunggu pula; satu jam selepas program tamat Mawi dan Ekin juga sempat meluangkan masa untuk bergambar tetapi agak lewat juga kerana ketika artis lain telah mulai meninggalkan Menara Yayasan Tun Razak Mawi masih dikelilingi wartawan untuk sesi temubual. MasyaAllah...

Dan kemuncak bagi 'sesi paparazi' ini tentunya bulan 12 nanti... hahaha.

Kemuncak Aidil Fitri (01/03)


29hb Syawal 1429H @ 29 Oktober 2008 yang baru lalu adalah hari terakhir kita beraya tahun ini. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kita akan dipertemukan lagi dengan Syawal tahun hadapan. Saya menutup sambutan Lebaran kali ini dengan menghadiri Majlis Kemuncak Aidil Fitri bersama Bintang2 AF anjuran AlNajwa & Mestro. Majlis seakan-akan reunion bintang-bintang AF ini telah dimeriahkan lagi dengankehadiran lebih kurang 18 bintang2 AF dari AF2 hingga AF6. Antaranya ialah Mawi AF3 (sebagai teraju utama yang juga membawa Cik Kikin bersama), Zahid AF2, Farah AF2, Marsha AF3, Faizal AF4, Mila AF5, Heliza AF5, Dafi AF5, Shawal AF5, Noni AF5, Stacey AF6, Nubhan AF6, Reez AF6, Saida AF6, Toi AF6, Nadia AF6 & Alif AF6.

Majlis ini meriah dan santai tetapi mereka (peminat) yang membeli meja mahal antara RM200.00- RM450.00 sahaja yang dibenarkan duduk, makan dan bergambar bersama-sama bintang-bintang AF. Saya dan Lisa pada awalnya cuma mendapatkan meja biasa yang berharga RM150.00 seorang tetapi akhirnya mendapat durian runtuh apabila Faizal FC telah 'mengupgrade' kedudukan kami ke meja 17. Terima kasih kepada Faizal FC yang amat bermurah hati terutama Ridz dan Kak LIB. Lantaran itu, Galzean pula yang mendapat hadiah istimewa daripada saya apabila mendapat jemputan di saat-saat akhir untuk mengisi kekosongan kerusi di meja yang saya dan Lisa tinggalkan.

Majlis berjalan agak lancar. Mula agak lewat tetapi tamat seperti yang dijangkakan. Rata-rata terhibur dengan nyanyian dan lawak jenaka semua bintang AF. Makanan pun boleh dikatakana menyelerakan meskipun di meja yang dihidangkan makanan agak terhad, kalau di buffet ia lebih banyak pilihan. Saya secara kasarnya amat berpuas hati kerana bukan sahaja dapat bergambar dengan Mawi seperti biasa tetapi juga kerana telah menjadi orang pertama yang memenangi cabutan bertuah. Alhamdulillah...

Akhir kata, rugi juga kalau tak pergi hari tuu...

Saturday, November 1, 2008

Selamat Ulang Tahun ke XX ... Ya Halim !!!


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke XX untuk adik saya yang seorang ni yang kini sedang bertugas di Arab Saudi (wow bestnya - boleh buat umrah selalu). Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik hendakNya. "Abang memang tak ada hadiah nak bagi kat Halim laa, jauh sangat, kira broadcast kat blog ni hadiah istimewalah, ok?". Ini merupakan gambar terakhir yang sama ambil dengan Halim (pada 13/3/2007, di rumah saya) sebelum beliau menamatkan zamat bujangnya pada tahun yang sama juga. Isteri Halim, Fae sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran di UK. Halim pula bekerja di Middle East; international habis. Saya juga yang masih setia di Malaysia. Dulu semasa bujang ada juga Halim ni transit di rumah saya ketika pulang dari luar negara sebelum pulang ke kampung halaman.


Yang di atas ini merupakan permohonan Halim pada tahun 2002 (yang masih saya simpan)untuk menjalani Latihan Industri di sebuah syarikat eksplorasi minyak dan gas di Kerteh. ('Halim, kalau nak balik naskhah ni kena bayar harga seperti artifek @ antik, ok'). Salinan ini di hantar kepada saya 'kononnya' hendak mintak bantuan saya (menggunakan 'kabel' saya di Jabatan PSTM syarikat tersebut) agar beliau mendapat tempat untuk menjalanai latihan di syarikat/jabatan yang diminta. Saya kira bantuan saya mungkin sedikit sahaja tetapi 'result' akademik dan kegiatan 'co-curricular' beliau yang melayakkan beliau sebenarnya. Apa yang pasti, bantuan kecil tersebut adalah titik tolak yang membuatkan Halim rapat dengan saya sehingga kini meskipun sebenarnya Halim telah mengenali saya setahun sebelumnya ketika projek pelajar sekolah & UTP sempena F1 yang dikendalikan oleh syarikat saya bekerja. Ketika itu saya terlibat sebagai facilitator. Begitu pantas masa berlalu.. dulu 2001, sekarang 2008!!!