Sunday, May 30, 2010

Kenduri Cokelat Beryls




Sesungguhnya saya memang bukan penggemar cokelat sebenarnya. Tetapi jika ada buffet makan cokelat secara percuma apa salahnya mencuba. Terima Kasih Beryls (salah satu pengeluar cokelat terkenal tanah air) kerana selama 3 hari berturut-turut telah sudi menjamu kami (kita semua yang sudi) dengan cokelat yang dihasilkan oleh kilang mereka. Bermula sejak 28hb Mei yang lalu dan tamat kira-kira jam 6.00 petang tadi (30 Mei 2010) kita semua di ajak untuk makan cokelat secara percuma di sini. Saya dan Lisa cuma sempat untuk menjamah cokelat Beryls kira-kira waktu makan tengah hari tadi. Boleh tahan kenyanglah juga. Nasib baik ada jual air mineral dapatlah juga membasah tekak yang 'lekat' dek cokelat (terutama bagi mereka yang terlebih 'rasa').

Ini merupakan promosi dan tarikan terbaru Beryls di Bangi. Kilang ini baru sahaja beroperasi sebenarnya. Sebelum ini kita semua pasti tahu bahawa Beryls berpengkalan di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Seperti biasa, sesudah merasa semua jenis cokelat. Semua pengunjung pasti akan teruja untuk mendapatkan sedikit buah tangan. Tetapi buah tangan ini perlulah di beli di kedai cokelat yang sedia beroperasi. Bukankah begitu?

Selepas ini, jika masih berminat untuk berkunjung, Kedai Cokelat di Kilang Cokelat terbaru Beryls ini akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari Isnin hingga Sabtu. Lapang-lapangkan hari kita ya... !

No comments: