Sunday, April 25, 2010

'Gothic Horror' Yang Harus Ditonton


Trailer yang sangat menyakinkan untuk kita membeli tiket dan menonton. Susungguhnya tidak menghampakan sekali apabila ditonton. Sebuah 'Gothic Horror Movie' yang harus ditonton terutama bagi mereka yang meminati filem seram. Filem Gothik selalunya begerak dengan seorang watak (dalam filem ini - US Marshal "Teddy") yang dibawa ke suatu kawasan tertutup (Shutter Island) untuk menyiasat kisah kehilangan salah seorang pesakit mental di pulau tersebut.

Sebuah filemn yang simple dari segi sturuktur & plot, tetapi memiliki teknik pencahayaan, imejan dan suntingan dari babak ke babak amat menarik untuk menaikkan suspens.

Runut bunyinya juga yang amat menarik. Yang saya kira adalah gabungan daripada pelbagai muzik lama yang dicampur aduk dengan indah. Yang menariknya, ia tidak digunakan untuk menakutkan penonton seperti kebanyakan filem seram yang lain.

Filem ini juga menyentuh agenda politikal, terutama tentang Dasar Luar Negara Polis Dunia - Amerika Syarikat terutama tentang Dasar Peperangan mereka yang dimasukkan secara lembut oleh Martin Scorsese. Leonardo DiCaprio (yang memegang watak Teddy) dalam filem ini adalah metafora kepada "Man of Violence", seperti yang dinyatakan oleh salah satu watak Dr Naehring "You are not violence, understand clearly what I say". Insan ganas dan Insan keganasan? Sungguh mengelirukan. Insan ganas ialah ialah manusia yang GANAS (contoh : merogol, merompak, membunuh tanpa belas kasihan). Insan Keganasan ialah manusia yang dikelilingi oleh keganasan (atas nama "kemanusiaan" seperti Dasar yang ditaja oleh Amerika Syarikat "Negara Polis Dunia" untuk menjamin keamanan sejagat KONONNYA". Antara babak yang boleh dirujuk untuk memahamai konsep ini ialah - Teddy di Kem Nazi, tragedi isteri Teddy membunuh anak mereka, mainan halusinasi Teddy yang paranoid dalam banyak keadaan (kita seperti melihat babak-babak filem yang tanpa kesudahan). Babak-babak tadi adalah kejelasan kepada keganasan peringakt makro dan mikro. Prasangka ganas yang membibitkan rasa bersalah di akhirnya (yang tidak kesampaian). Secara mudah Amerika sesungguhnya tidak menganggap mereka GANAS tetapi jika kita lihat apa yang telah berlaku kepada Vietnam, kemudian Afghanistan, Iraq dan terkini Iran? PERCAYAKAH kita? Teddy tidak menerima bahawa dirinya "ganas". Inilah persoalan yang ingin dibawa oleh Scorsese dengan begitu unik sekali.

Rating Jase :
Plot : 3.75*/5.00
Lakonan :4.00*/5.00 (Leo DiCaprio)
Keseluruhan Filem : 4.00*/5.00