Monday, April 26, 2010

Rakaman Konsert Istimewa MAWI @ Astro Ria


Promo Konsert Istimewa Mawi di Astro Ria. Rakaman dibuat pada 25 April 2010 sesudah Debaran AF berakhir. SMS daripada Nasir (PA Mawi) dan juga Cikgu Jah telah memaklumkan kepda saya tentang program ini. Alhamdulillah, ada juga kelapangan untuk turut memeriahkan. Apatah lagi dapat duduk di kerusi paling hadapan sebaris dengan Ekin (OK) & Cik Bahar....Oh... Tidak. Tarikh siarannya? Entahlah... Sayapun kurang pasti.


Semasa siara langsung Debaran AF saya nampak kelibat Reza. Tidak sangka pula beliau adalah Pengacara bagi Konsert Istimewa Mawi @ Astro Ria ini. Untuk rekod, Reza yang saya maksudkan ialah Reza DJ ERAfm yang juga bekas Pelajar AF3.


Mawi telah memilih lagu Sujud sebagai pembuka tirai konsert. Lagu ini pada asalnya didendangkan oleh Mawi dengan menampilkan adik-beradik KRU (Ya... Abg Long @ Norman ialah Pengetua AF8 !!!). Untuk Konsert ini, Zahid AF2 telah dijemput untuk menyanyikan bahagian KRU. satu tindakan yang amat bijak.


Mawi meneruskan persembahan dengan menyampaikan Lagu Nasyid Serulah NamaMu yang dipetik daripada Album Allah Habibi. Lagu ini agak kurang berkumandang di corong-corong radio. Lagipun stesen Radio sekarang memang AMAT KURANG SEKALI memutarkan Lagu Nasyid. Saya pun hairan. Tetapi Lagu Religi dari Band Seberang kerap juga diputarkan.


Mawi tampil lagi dengan Lagu Duet iaitu Penyembuh Rindu. Lagu Tema Filem MAGIKA (hasil nukilan Edry dari adik beradik KRU, lagi?). Lagu ini dinyanyikan bersama pasangan duet sebenar iaitu Diana Danielle. Ini saya kira sebagai salah satu usaha untuk mempromosi habis-habisa MAGIKA yang bakal berputar di skrin cineplex untuk Musim Aidil Fitri tahun ini. Semoga Sukses KRU, Mawi & Diana !!!


Zahid AF2 sekali lagi dijemput untuk menggantikan pasangan duet Mawi untuk single terbaru Mawi dari Album Idola iaitu Tak Mungkin Berpaling. Lagu ini telah berputar di sekurang-kurangnya ERAfm, saya berkata begitu kerana belum terserempak dengan lagu ini dimainkan di HOTfm. Lagu ini terpaksa dirakamkan dua kali untuk mencapai kepuasan maksima setelah Zahid telah terlupa lirik pada suntingan pertama... Ok, Ok aja Zahid. Lagipun ini bukan lagu awak kan...


Mawi melabuhkan tirai konser dengan sebuah lagi Lagu Nasyid iaitu Allah Habibi. Dinyanyikan oleh Mawi dengan penuh perasaan. Ya... Lagu ini memang sedap juga didengar.


Puas bersembang dengan Mawi malam ini. Yang ralatnya Mawi tidak sempat mendendangkan lagu Hijab & Belalang (lawak je). Hampir setengah jam jugaklah kami berborak-borak sambil ditemani oleh Ekin, Nasir dan Cikgu jah dan anak murid beliau. Pokok bicara terutama tentang Jiwa Kacau, Drama Salam Pulau Nami (saya lupa tajuk sebenar), ABP yang lalu dan macam-macam lagi. OK... InsyaAllah berjumpa lagi di AIM. Aduh...Mana Kad Jemputanku? Belum dapat lagi. Huhuhu..

Sunday, April 25, 2010

Inikah Rentak Asia?





Jika ditanya apakah Irama Asia. Tentu saja gabungan alat muzik yang diketuk, ditiup dan dipetik. Dimainkan secara terus tanpa bantuan tenaga elektrik. Asiabeat adalah antara contoh terbaik yang boleh kita kutip dalam usaha untuk memperkenalkan jalur muzik asia di mata dunia. Mereka menggabungkan alat-alat muzik dari benua kecil India sehingga ke Timur Jauh. Melagukan dengan penuh harmoni demi menyatukan kita semua. Satu usaha kecil yang amat murni.

Pada 22 April 2010 yang lalu - untuk satu (1) malam sahaja, Lewis Pragasam telah mengumpulkan semula beberapa orang sahabat-sahabat beliau untuk satu persembahan eksklusif di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP). Saya dikira amat bertuah kerana berjaya mendapatkan tiket yang dijual pada harga RM40 (dapat diskaun 10% lagi) seorang dan mendapat tempat duduk yang strategik di dalam dewan yang sekurang-kurangnya 95% penuh dengan penonton !!!

Antara penyanyi & pemuzik yang turut serta termasuklah penyanyi tersohor Malaysia; Zainalabidin (katanya akan turut membuat konsert solo tahun ini), Natasha Patamapongs dari Thailand (yang pernah bekerja dengan Lewis untuk album beliau) dan seorang 'rapper muda' yang amat berbakat dan baru sahaja memenangi Pertandingan Mencipta Lagu yang dianjurkan oleh World Instant Noodles Association (WINA) baru-baru ini iaitu Caprice (ya, umur beliau baru 22 tahun !!!). Selain daripada itu turut terlibat ialah Tengku Ryo seorang pemain violin dari Indonesia dan John Kaizan Neptune (dari Amerika Syarikat) dengan gendang dan flute buluh beliau.

Sebuah persembahan yang mantap meskipun melewati 2 jam durasinya, sungguh menghiburkan, pendek kata memang berbaloi-baloi.

Cover Guy?


Sekadar menyokong rakan-rakan dari Team Libur yang saya baru kenali semasa program Libur di Lost World of Tambun bersama Iqwal pada 14-15 Februari 2010 yang baru lalu, maka bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010) di 'Dunia' Karangkraf tempoh hari saya pun menawarkan diri untuk menjadi 'cover' olok-olok Majalah Maskulin. Penat jugaklah melaram. Boleh jual ke majalah ni kalau saya jadi lelaki muka hadapan?

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada En Azlie Halim bekas Editor Libur yang kini telah berhijrah sebagai Editor e-Siswa sejak 1 April 2010 yang lalu. Akan bertambah mudalah Azlie selepas ini. Hahaha...

'Gothic Horror' Yang Harus Ditonton


Trailer yang sangat menyakinkan untuk kita membeli tiket dan menonton. Susungguhnya tidak menghampakan sekali apabila ditonton. Sebuah 'Gothic Horror Movie' yang harus ditonton terutama bagi mereka yang meminati filem seram. Filem Gothik selalunya begerak dengan seorang watak (dalam filem ini - US Marshal "Teddy") yang dibawa ke suatu kawasan tertutup (Shutter Island) untuk menyiasat kisah kehilangan salah seorang pesakit mental di pulau tersebut.

Sebuah filemn yang simple dari segi sturuktur & plot, tetapi memiliki teknik pencahayaan, imejan dan suntingan dari babak ke babak amat menarik untuk menaikkan suspens.

Runut bunyinya juga yang amat menarik. Yang saya kira adalah gabungan daripada pelbagai muzik lama yang dicampur aduk dengan indah. Yang menariknya, ia tidak digunakan untuk menakutkan penonton seperti kebanyakan filem seram yang lain.

Filem ini juga menyentuh agenda politikal, terutama tentang Dasar Luar Negara Polis Dunia - Amerika Syarikat terutama tentang Dasar Peperangan mereka yang dimasukkan secara lembut oleh Martin Scorsese. Leonardo DiCaprio (yang memegang watak Teddy) dalam filem ini adalah metafora kepada "Man of Violence", seperti yang dinyatakan oleh salah satu watak Dr Naehring "You are not violence, understand clearly what I say". Insan ganas dan Insan keganasan? Sungguh mengelirukan. Insan ganas ialah ialah manusia yang GANAS (contoh : merogol, merompak, membunuh tanpa belas kasihan). Insan Keganasan ialah manusia yang dikelilingi oleh keganasan (atas nama "kemanusiaan" seperti Dasar yang ditaja oleh Amerika Syarikat "Negara Polis Dunia" untuk menjamin keamanan sejagat KONONNYA". Antara babak yang boleh dirujuk untuk memahamai konsep ini ialah - Teddy di Kem Nazi, tragedi isteri Teddy membunuh anak mereka, mainan halusinasi Teddy yang paranoid dalam banyak keadaan (kita seperti melihat babak-babak filem yang tanpa kesudahan). Babak-babak tadi adalah kejelasan kepada keganasan peringakt makro dan mikro. Prasangka ganas yang membibitkan rasa bersalah di akhirnya (yang tidak kesampaian). Secara mudah Amerika sesungguhnya tidak menganggap mereka GANAS tetapi jika kita lihat apa yang telah berlaku kepada Vietnam, kemudian Afghanistan, Iraq dan terkini Iran? PERCAYAKAH kita? Teddy tidak menerima bahawa dirinya "ganas". Inilah persoalan yang ingin dibawa oleh Scorsese dengan begitu unik sekali.

Rating Jase :
Plot : 3.75*/5.00
Lakonan :4.00*/5.00 (Leo DiCaprio)
Keseluruhan Filem : 4.00*/5.00

Saturday, April 24, 2010

Crocs Warehouse Sale @ IKANO


Event: Crocs Warehouse Sale
Venue: Ikano Power Centre 2nd Floor, Lot S3.
Date: 30 April 2010 - 03 May 2010
Time: 10.00 am - 10.00 pm

Rock bottom prices RM35 onwards!
Spread the news!! Come one come ALL!!! See you there!

Nota Jase :
Dah lama tak tulis pasal Crocs. Selain daripada saya tidak membeli Crocs baru, saya juga tidak berjumpa dengan selebriri yang memakai Crocs akhir-akhir ini untuk merakam gambar. Dalam pada itu juga masih menunggu Warehouse Sale Crocs juga... Maka ini adalah berita yang ditunggu-tunggu itu. Ayuh kawan-kawan...

Tuesday, April 20, 2010

Perkampungan 1Malaysia @ MKL


Semalam kami makan besar di Restoran Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur sempena menyambut kejayaan Nina menamatkan pengajian beliau dalam bidang perubatan. Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur (kali terakhir saya menjamu selera di sini ialah bulan November 2009 yang lalu bersama peserta kursus dari Iraq), singgahan kali ini telah menemukan dengan sebuah produk pelacongan yang baru dan amat menarik iaitu Perkampungan 1Malaysia @ Menara Kuala Lumpur.

Perkampungan ala-ala Perkambungan Budaya Sarawak ini memuatkan produk senibina seperti binaan Rumah-Rumah Tradisional di Malaysia seperti Rumah Kedah, Rumah Selangor, Rumah Pahang dsb. Produk kraftangan seperti demonstrasi batik dan anyaman rotan. Produk sukan tradisional seperti demonstrasi gasing, congkak dan batu seremban. Produk seni seperti tarian tradisional, muzik gamelan dan silat. Perkampungan ini dibuka dari jam 5.00 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Tidak syak lagi ia merupakan tarikan terbaru ibu kota. Maka, malam ini sekali lagi saya dan Lisa ke Manara KL untuk meninjau Perkampungan 1Malaysia @ Menara Kuala Lumpur ini. (Tetapi malam ini kami tidak makan di Restoran Seri Angkasalah... sekadar di sebuah kiosk di Laman Menara KL sahaja).

InsyaAllah kali ini saya akan membawa peserta kursus dari Equatorial Guinea pula ke sini bulan hadapan !!!

Thursday, April 15, 2010

Saya Telah Buat Yang Terbaik !!!




Yang Terbaik - Marsha

Ku selalu memikirkan tentang kita
Apa pun yang harapan yang dikejar
Kerna aku masih penuh rasa ragu
Melihat kau seperti tak bersungguh

Chorus
Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa
Diriku dah berikan yang terbaik
Dan bukannya nak mengungkit
Siapa benar siapa salah
Siapa menang siapa kalah
Dah berikan yang terbaik
Memaksa hati merisik
Mungkin kau bukan teman hidup
Yang terbaik untukku

Memang benar ku amat mencintai mu
Dan harapkan di sana pun begitu
Tetapi kau tak luahkan perasaan
Apa lagi memberikan ku kasih

Ulang Chorus 2X

Nota Jase :
Ada 2 'posting' di FB sahabat saya Hazwan yang menyebabkan saya teringat akan lagu Marsha "Yang Terbaik". Yang pertama "preparing my gun to fight with auditors", sementara yang kedua pula ialah "Aku berada di pihak yg benar,kalau dia byk songeh,aku tembak jer dorg..dgn ko skali aku tembak hehe". Itulah hakikatnya, musim-musim auditor datang ini mahupun musim-musim penilaian prestasi (bagi syarikat yang menilai prestasi kakitangan mengikut Tahun Kewangan 1 April - 31 Mac setiap tahun) kita semua akan teringatkan pengorbanan dan semua hasil kerja yang telah kita laksanakan selama setahun dengan penuh dedikasi.
Apa yang pasti kita memang telah melakukan yang terbaik. Setidak-tidaknya pada pandangan kita sendiri. Pihak yang menilai pula seharusnya menilai dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berwawasan dengan tunjang untuk membangunkan segenap garis, batas dan lapisan. InsyaAllah...

Wednesday, April 14, 2010

Tuesday, April 13, 2010

Penangan Pertadingan Bakat


Talentime adalah sebuah filem yang indah yang memperkatakan tentang erti (pada pandangan Arwah Yasmin) bagaimana untuk menjadi Bangsa Malaysia, di mana kita perlu bersaing antara rumpun bangsa yang berlainan (Melayu, Cina & India) dan dalam masa yang sama belajar untuk memahami perbedaan lantas jatuh cinta dengan ketidaksamaan tersebut. Ia adalah sebuah filem tentang persahabatan, kekeluargaan dan bagaimana kita menjalanai kehidupan seharian. Sebuah filem yang dibangkitkan daripada sebuah lanskap yang amat mudah (Pertandingan Bakat Pelajar Sekolah) namun sarat dengan pengertian mendalam. Ada banyak sangkut-paut emosi daripada momen-momen yang ditonjolkan; begitu juga dengan saat-saat kelakar yang menggeletek hati. Ia bukan sebuah filem yang sempurna tetapi bagi saya yang menonton buat pertama kali pada bulan Oktober 2008 (di pejabat arwah Yasmin dan ketika itu filem ini masih dalam keaadan 'raw cut' ketika itu) ini merupakan hasil terbaik Arwah Yasmin. Yang masih saya ingat sehingga kini ialah air mata saya mengalir ketika menonton babak diantara Syafie 'Mukhsin" dan Kak Yan.

Saya tidak berkesempatan menonton filem ini di pawagam ketika ia ditayangkan awal tahun lalu. Namun alhamdulillah, saya berjaya mengulangi momen tersebut malam ini dengan cakera DVD yang telah dibeli lebih sebulan yang lalu. Terima Kasih Arwah Yasmin atas penghasilan filem yang amat menyentuh perasaan ini.

Amiin !!!




"Lagu ini yang akan membuatkan anda menangis sambil menonton Talentime"

**********************

Nota Kaki :
22nd Malaysian Film Festival
Best Director - Yasmin Ahmad
Best Actor - Mahesh (nominated)
Best Supporting Actor - Syafie (nominated)
Best Screenplay - Yasmin Ahmad
Best Original Story - Yasmin Ahmad (nominated)
Best Cinematography - Soon Keong (nominated)
Best Editing - Affandi Jamaludin (nominated)
Best Original Music Score - Pete Teo (nominated)
Art Direction - Nick (nominated)
Best Promising Actress - Jaclyn Victor
Special Jury Prize for Implementing Humanitarian Elements In A Motion Picture

Monday, April 12, 2010

Ayuh Gadoh ??? Lepas tu, Masuk Kelab Teater !


Dalam sibuk-sibuk kita samada menyahut atau memperlekehkan Gagasan 1Malaysia yang yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib muncul sebuah filem yang secara terbuka membicarakan soal kehidupan kita sebagai Bangsa Malaysia yang tinggal dan diam di Persada yang tercinta ini. Ada banyak dialog-dialog yang amat provokasi (yang memang terlebih sensitif)yang mungkin menyebabkan filem ini tidak 'mahu' untuk di tayangkan di layar perak. Tetapi sesungguhnya dalam membicarakan soal yang benar ini, kadang-kadang kita harus bersikap terbuka dan merelakan. dalam keterpaksaan, penuh pengorbanan.

Gadoh dengan Tagline Aku Bangsa Malaysia ini diarahkan oleh Brenda Danker dan Namron. Ia bertitik tolak daripada sebuah pergaduhan yang berlaku diantara penuntut berbangsa Melayu dan Cina di sebuah kantin Sekolah Menengah yang diakibatkan oleh prasangka buruk yang telah lama dipupuk sejak dari kecil. Di dalam menyuarat para guru, Cikgu Ann telah mencadangkan kepada Pengetua untuk menubuhkan Kelab Teater yang membabitkan para pelajar yang terlibat dengan pergaduhan tersebut agar mereka dalam mengenal, mempelajari dan menghormati antara satu sama lain. Cikgu Ann dengan muslihatnya telah berjaya mendapatkan rakan lama beliau (En Azman Hashim, seorang penggiat teater) (yang juga merupakan bekas pelajar bermasalah di sekolah tersebut satu ketika dahulu) yang seuniversiti dengannya untuk membimbing Kelab Teater tersebut. Maka disitulah bermula segalanya sehinggakan sebuah teater yang sarat dengan pengajaran berjaya dipentaskan...


Antara momen-momen manis yang saya belajar dari filem ini termasuklah :

"Keterpaksaan memang membingungkan. Berkerja dalam keterpaksaan memang membingitkan".

"Cerita kat sekolah memang best. Mengimbau kenangan lama semasa muda".

"Pandangan yang amat stereotaip menegani teater dan penggiat teater".

"Kerja cikgu bukan sahaja untuk mengajar. Tetapi...".

"Ini merupakan kisah prasangka antara kaum di negara ini".

"Lagu tema... Suingguh-sungguh mengancam".

"luahkan apa yang terpendam. Tentu boleh meleraikan".

"Sungguh provokasi. Tetapi amat benar sekali".

"Lihat dalam cermin. Lihat mereka semua sebagai manusia, bukan prasangka".

"Ada budak perempuan cina yang menolong seorangg melayu buta melintas jalan. Sebelum itu kelihatan dua orang remaja lelaki melayu yang mempermainkan orang buta tersebut".

"Perangkap? Seni dipolitikkan?".

"Kadang-kadang kita hidup ini bukan untuk bersenang-lenang sahaja".

"Akibat penyesalan, sesi minta maaf antara para pelajar sebelum pementasan. Sungguh mengharukan".

"Persembahan Teater yang amat bermakna".

Informasi Filem:
Durasi: 70 minit
Pengarah: Brenda Danker & Namron
Penerbit: Anna Har
Syarikat Penerbitan: Big Pictures Productions
Disokong oleh : Pusat KOMAS
Dibintangi oleh : Namron, Nicholas Liew Davis, Zahiril Adzim, Amerul Affendi and Maya Tan Abdullah
Bahasa: Bahasa Malaysia dengan sarikata English/Bahasa Malaysia
Rekabentuk Poster : Alexdrina Chong, Lucid Design Collaborative Studio

Nota Jase : Tahniah untuk Namron & Zahiril Adzim atas lakonan yang amat memberangsangkan. Subjek filem ini amat mudah tetapi sungguh bermakna sekali. Skrip filem ini juga amat dekat masyarakat. Saya telah berjanji dengan Zahiril (ketika bertemu dengan beliau di ABPBH 2009 baru-baru ini) untuk menonton dan menulis berkenaan Gadoh ini. Untuk rekod, DVD Gadoh ini telah saya beli di PBAKL 2010 yang lalu.

Sunday, April 11, 2010

Sambutan Jubilee Perak Sheila Majid



Sempena 25 tahun penglibatan Sheila Majid di dalam industri hiburan, Syarikat Rakaman EMI dan Warner Music telah melancarkan satu set kotak kompilasi kesemua 7 album solo Sheila Majid iaitu Dimensi Baru, Emosi, Warna, Legenda, Ratu, Ku Mohon dan Cinta Kita dengan bonus sebuah Single istimewa berjudul "Dengarkanlah"(Acis/Sheila) yang dijual dengan harga RM99.90 (alhamdulillah saya berjaya mendapatkannya dengan cuma RM80.00 di Flea market Amcorp Mall).

Saya memang mula mengenali Sheila sejak album pertama lagi meskipun bukanlah peminat setia beliau. Tetapi saya memang mengikuti lagu-lagu Sheila (kerana memang ada lagu beliau yang sungguh malar segar). Ketika menuntut di universiti saya ada mengenali seorang rakan yang fanatik dengan Sheila iaitu Khai (yang lebih dikenali sebagai Kapai). (Apa khabar beliau sekarang?). Jalur muzik yang di bawa oleh Sheila memang moden tetapi santai (sebab itu enak di dengar). Beliau pernah di gelar sebagai Ratu Jazz Negara (mungkin masih lagi sekarang) dan mula mengecapi populariti apabila album Emosi yang diterbitkan pada tahun 1986 meletup-letup di Indonesia (dengan lagu Dia & Antara Anyer dan Jakarta).

Antara Lagu-lagu Sheila yang melekat di hati saya ialah :
01. Legenda
02. Sinaran
03. Memori
04. Jentayu (bersama Nora & Johan Nawawi)
05. Antara Anyir dan Jakarta
06. Di Dalam Emosi Ini
07. Pengemis Muda
08. Gerimis Semalam
09. Mengapa Kasih
10. Kerinduan
11. Cinta Jangan Kau Pergi
12. Ku Mohon
13. Jatuh Cinta
14. Dia
15. Kepergianmu

Langkah Pertama mendapatkan set kompilasi ini = Sudah !!
Langkah Kedua = Mendapatkan tandatangan Sheila... Hmmmm... Bila lagi?

Merantau Warrior - Lanskap Baru Filem Indonesia?



Plot/Sinopsis :
In Minangkabau, West Sumatera, Yuda a skilled practitioner of Silat Harimau is in the final preparations to begin his "Merantau," a century's old rites-of-passage to be carried out by the community's young men that will see him leave the comforts of his idyllic farming village and make a name for himself in the bustling city of Jakarta. After a series of setbacks leave Yuda homeless and uncertain about his new future, a chance encounter results in him defending the orphaned Astri from becoming the latest victim of a European human trafficking ring led by the wildly psychotic Ratger and his right-hand man Lars. With Ratger injured in the melee and seeking both his "merchandise" and bloody retribution, Yuda's introduction to this bustling city is a baptism of fire as he is forced to go on the run with Astri and her younger brother Adit. With escape seemingly beyond their grasp, Yuda has no choice but to face his attackers in an adrenaline charged, jaw-dropping finale.

Antara Festival Filem Yang Disertai :
2009 (13th) Puchon International Fantastic Film Festival - July 16th-26th - Closing Film * World Premiere
2009 (42nd) Sitges Film Festival - October 1st-12th - Orient Express - Casa Asia
2009 (29th) Hawaii International Film Festival - October 15th-25th - After Dark

Barisan Pemain Watak :
Iko Uwais - Yuda (Merantau Warrior)
Sisca Jessica - Astri
Christine Hakim - Wulan
Mads Koudal - Ratger
Yusuf Aulia - Adit
Alex Abbad - Johni
Yayan Ruhian - Eric
Laurent Buson - Luc
Doni Alamsyah - Yayan
Ratna Galih - Ayi

Review & Respon Jase :
Really good action movie (teringat zama Barry Prima yang gagah tapi kayu dan menggunakan suara pelakon lain di dalam filemnya - Namun tidak bai Iko Uwais) which has the Asian mysticism, tradition and culture, which also has long captured the attention and imagination of Western viewers. The story is based on the traditional custom of “merantau” where a rural adolescent male has to make their way to the city (or other country) to seek his path of enlightenment. Lebih kurang macam Ong Baklah nii. Yuda (Iko Uwais) not just very good in the Silat Harimau, hansome young actor but also can act beautifully with the caractor given. Before being given an opportunity to act in the movie, Iko Uwais studied Silat Tiga Berantai since he was 10 years old. Although "Merantau Warrior" marks his film debut, this ex-lorry driver's acting has make us go'wow' and give us 'moment' too and he is able to execute his action stunts convincingly (ala-ala Jackie Chan). JaseMario believes that with this movie, he's able to launch his career as a full-fledged action star. (Yes !!! I really believe that he can make it BIG one day !!!) The action scenes are expertly choreographed and make the Indonesian Action Movie into the next level (The new lanscape, I suppose). The spirit of Nationalism, Humanism and Martial Artistry is carried out at its best !! (Malaysia movie makers also could follow this). But.... why they have to kill Yuda in the last scene. It would be good it we could have a happy ending instead. (pps : saya baru sempat menonton filem ini semalam meskipun telah hampir dua bulan DVD ini dimiliki. Alasan? Remote Control DVD Player saya meragam !!!)

Saturday, April 10, 2010

Tahniah Maya Karin


Tahniah kepada Maya Karin kerana telah dilantik menjadi Duta Tilam Vono yang baru (sebelum ini Ziana Zain dikenali ramai sebagai Duta untuk produk ini). Majlis menandatangani Duta Baru Vono dan Pelancaran Koleksi Penjagaan Tulang Belakang Maya Kari akan di adakan pada hari Isnin, 12 April 2010 dari jam 2.00 hingga 6.00 petang bertempat di Selangor Ballroom 2, Hotel Grand Dorsette Subang. Tahniah sekali lagi daripada saya !!!


Selera Thai di Kesesakan Jalanraya


Kesesakan lalu lintas pada 25 Mac 2010 yang baru lalu memaksa saya dan Lisa memakir kereta di Life Centre (ini nama lala ya... nama baru Life Centre saya pun lupa) dan berjalan kaki ke Kompleks Antarabangsa. Di dalam bangunan yang serba canggih ini terdapat sebuah restoran Thai yang tidak kurang enaknya. Bersih dan agak eksklusif. Meskipun begitu harga makanan restoran ini agak mahal (kan saya dah kata agak eksklusif tadi). Namun begitu kami mencuba juga (sesekalikan). Restoran QThai ini sebenarnya jika kita kunjungi waktu makan tengah hari mereka ada menyediakan 'Value Meal' yang berharga RM10.00. Yang ini menarik.

Flea Market & Carboot Sales @ MAEPS


Usai memakir kereta kita akan disambut dengan dentuman engin 'go-kart'. Ya, cabaran 'go-kart' ini memang menanti pengunjung setipa minggu. Seikhlasnya saya memang tidak meminati 'go-kart' tetapi saya memang pernah mencubanya sekali. Dan hanya sekali ya...


Awal bulan ini kita dikejutkan dengan jangkitan air kencing tikus. Maka berpusu-pusu e-mail mengenai virus tersebut yang memenuhi kotak e-mel saya. Di sini juga ada dijual racun tikus, cicak, lalat dan sebagainya. Kata penjualnya racun-racun ini memang dibuat untuk warga kota. Hmmm... kalau nak tahu lebih lanjut kenalah memanjangkan kaki ke sini.


Apakah yang dimaksudkan dengan 'Vintage Dress'? Adakah ia pakaian dengan rekaan lama? Ataupun baju terpakai yang dijual semula seperti 'bundle'?



Nasi Lemuni Sambil Tumis dikatakan adalah resipi tradisi dari Pulau Pinang. Saya juga pertama kali merasa juadah ini. Boleh tahan sedapnya. Gerai yang sama juga menjual Teh Tarik Line Clear.


Selalunya kita makan Nasi Impit sama ada dengan kuah kacang ataupun sayur lodeh. Ada lagi juadah istimewa di sini. Nasi Himpit Goreng. Kalau berani bolehlah mencuba...


Ikan Pekasam memang termasuk di dalam senarai sebagai salah satu hidangan yang menjadi minat saya. Malangnya akibat masalah kesihatan saya tidak dapat menjamah selalu ikan pekasam goreng bercili ini. Sesekali bila pulang ke kampung, insyaAllah dapatlah merasa... Untuk rekod, orang utara memang suka makan ikan pekasam.


Cenderahati yang amat menarik yang dihasilkan daripada buah hutan. Sungguh istimewa untuk dijadikan hadiah. Saya juga ada membeli satu. Tetapi masih berfikir samada untuk disimpan atau dijadikan hadiah.



Ada juga dulang tin zaman dahulu yang dijual. Dua tahun lampau saya memang mnecari dulang tin ini untuk hadiah hari raya untuk Nenek Sarah. Namun sehingga sudah tidak ketemu. Aleh-aleh terjumpa di sini. Selain daripada itu set pinggan mangkuk kaca zaman 70an juga ada. Menarik bukan?


Tidak sah jika pasar terbuka sebegini tiada pentas terbuka untuk para pengunjung berkaraoke. Jika ada keberanian, leburkan saja RM1.00 dan ekspreslah nadamu agar di dengari 'rakyat jelata' !!!

Monday, April 5, 2010

Tasbih Cinta



Lirik 'Menyesal' - Ressa Herlambang

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski di hati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

reff:
Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

* Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

Ulang Reff [2x]
Ulang *

Nota Jase : Sebentar tadi bila saya menelefon seorang 'saudara' di utara terdengar sebuah melodi yang amat indah di sebelah sana talian. 'Caller Ring Tone' beliau menggunakan sebuah lagu yang kiranya amat popular bagi mereka yang suka menontong drama berantai dari seberang. Pernah dengar drama berantai Tasbih Cinta? Mungkin telah menjadi kegilaan ramai dan saya juga yang ketinggalan (saya sebenarnya belum pernah menonton lagi drama ini). Tetapi lagu ini yang menjadi 'OST' kepada drama berantai ini memang akan berhantu tatkala pertama kali kita mendengarnya. Tajuknya ialah Menyesal. Nyanyian Ressa Herlambang. Kalau sesiapa yang ada maklumat tambahan berkenaan Ressa bolehlah berkongsi dengan saya. Sudah tentu lagu ini akan masuk Carta Lagu (JaseBoard) saya sedikit masa lagi... Hmm... Bilakah Komposer kita akan dapat melahirkan melodi yang ringan, santai, 'catchy' tetapi sarat dengan lirik yang amat mendalam seperti ini tetapi ringkas?