Thursday, July 23, 2009

Pencuci Magik???







Pencuci ala-ala magik ni saya dan Lisa terjumpa di AEON Cheras Selatan. Ada sebuah kedai (di aras yang sama dengan TGV) yang menjual gajet komputer menjual pencuci ini. Yang menarik, pencuci gel ini mempunyai daya serapan dan pencucian yang amat tinggi. Memang mudah dan berkesan untuk membersih habuk-habuk terutama di laptop kita. Ia boleh sampai ke bahagian yang tidak mampu di capai oleh jari. Saya konon-konon mencuba untuk mencuci cap... lantaran itu gel ini telah melekat di cap tersebut. Jadi.... jangan menggunakannya di kain. Ia tidak membantu. Di permukaan besi, kayu, lcd dan plastik memang elok. Nak guna mudah sahaja "don't rub, just press". Habuk akan melekat di gel tersebut. Ada penanda aras warna di botol, jika warna telah mencapai ke sesuatu tahap maka ia bolehlah dibuang. Tahan lama, mudah di simpan. Murah pula. Cuma RM28.00 sebotol !!!

No comments: